|
Panduan untuk dapat A dalam sesuatu kursus: 1. Semasa peperiksaan: a) Bersedia: nota yang baik, baca banyak kali, jumpa pensyarah bermula dari awal semester untuk mendapatkan kefahaman yang jelas, buat latihan terhadap soalan-soalan peperiksaan lama. Jangan biarkan bahan kuliah yang anda tidak fahami sehingga peperiksaan sudah hampir. Jika anda tidak memahami kuliah-kuliah pada awal semester, anda akan mengalami kepayahan untuk memahami kuliah-kuliah yang seterusnya, kerana biasanya setiap kuliah bertali-temali antara satu dengan yang lain. Lagipun, kuliah-kuliah yang disampaikan pada awal semester biasanya mengandungi teori dan konsep asas subjek. Jika teori dan konsep asas tidak difahami, tentu sekali bahan-bahan kuliah yang mengaplikasikan teori dan konsep tersebut tidak difahami juga. b) Jawab soalan yang diberikan, jangan jawab soalan yang and buat sendiri . Ini bermakna, pelajar tidak faham soalan. Apa yang dia buat, ialah menjawab berdasarkan kefahamannya tenang soalan itu. Rasa sedap jawab, panjang dua tiga muka surat. Tetapi jawapannya tidak menepati soalan. c) Tentukan jawapan cukup skop dan cukup fakta; fakta pula mesti betul (kalau anda tak faham maksudnya, anda boleh tanya di ruangn komen di bawah, nanti saya terangkan) d) Jawab secara sistematik dan teratur e) Doa dan bertawakkal. 2. Menulis assignment dan penilaian berterusan a) Pilih tajuk yang sesuai. Buat sumbang saran antara ahli kumpulan tentang isi (content dan skop) yang hendak dimasukkan. Selepas itu, cuba minta komen dari pensyarah sama ada pendekatan (approach) anda itu sesuai atau tidak. b) Gunakan bahan rujukan dari kertas-kerja yang ditulis dalam jurnal yang berkaitan. Bahan internet hanya untuk mengetahui skop tajuk sahaja. Kalau tak pasti macam mana nak cari rujukan yang sesuai, jumpa pensyarah. Nak tanya pensyarah pun kena ada 'teknik' yang sesuai (nanti penysarah ingat anda malas) c) Jangan copy-paste, gunakan ayat-ayat sendiri. Bab ni, pensyarah akan potong banyak markah. Biar bahasa kurang cantik asalkan itu ayat-ayat sendiri. d) Letakkan rujukan dalam teks (in text citation) apabila mengambil fakta daripada sesuatu bahan rujukan. Senaraikan bahan rujukan dengan betul. e) Siapkan awal, jangan tunggu last minute; tunjuk pada pensyarah 3-4 hari sebelum due date, minta pensyarah komen, kemudian edit untuk kali terakhir. f) Jika berkumpulan, bahagikan tugas secara bertulis dan rangkakan plan kerja dan dateline. g) Gunakan satu font yang konsisten antara ahli kumpulan. Semua ahli kumpulan kena baca keseluruhan arikel yang ditulis, supaya semua bahan yang dikumpulkan dari ahli kumpulan selenjar dan terintegerasi. Beritahu pensyarah tentang ahli kumpulan yang curi tulang, supaya dia tidak diberikan markah penuh seperti ahli-ahli kumpulan lain. 3. Quiz dan lain-lain. Quiz dan penilaian lain boleh juga diberikan oleh pensyarah. Penilaian-penilaian lain termasuk juga kehadiran tutorial dan menjawab forum atau perbincangan dalam on-line courseware. Keseluruhan kerja ini diberikan lebih kurang 5 markah. Anda patut melakukan semua kerja dalam bahagian ini dengan baik kerana 5 markah pada masa ini adalah lebih mudah diperoleh berbanding masa peperiksaan. Tambahan pula 5 markah merupakan perubahan satu tingkatan gred. Sebagai contoh, jika selepas dikira keseluruhan markah, anda mendapat 68%. Gred akhir anda ialah B. Jika anda melalkuak kerja (3) ini sambil lewa anda mungkin dapat hanya 2 markah. Bnayakan jika anta dapat 4 markah untuk bahagian ini. Markah akhir anda ialah 70% dan gred yang anda peroleh ialah B+. Kesimpulannya, anda buat sahaja apa yang ditugaskan. Kadang-kadang satu tugasan kecil ini hanya memakan masa 5 minit sahaja! Apakah 5 minit berbanding dengan masa yang anda gunkakan untuk menjawab dua sms? Insya-Allah anda berjaya dapat A. |
| Leave a Comment: |