|
"Okey. Terima kasih, Salmi." "Assalamualaikum. Cik Nur Atiqah apa khabar?" "Alhamdulililah baik. Encik Muaz apa khabar?" "Setakat ni Alhamdulillah, baik. Cik Nur Atiqah, saya panggil ni nak follow up yang kita bincang masa majlis makan malam tu." "Saya dah ada datenya, Rabu minggu depan, jam 2.30 petang, boleh?" "Sekejap. Saya semak diari." Diam sebentar. "Okey, clear. Saya datang sorang aje." "Puan Mariam Dayana, tak datang sama?" "Tak. Peringkat dia dan Tuan Sheikh dah selesai. Sekarang ni kita nak bincang tentang perlaksanaan aje lagi. Kita berdua saja." "Kalau macam tu, Encik Muaz terus datang ke pejabat ana. Tak payah guna bilik perundingan." "Okey. Terima kasih. Assalamualaikum. Jumpa minggu depan." "Waalaikum salam." Hubungan diputuskan. Nur Atiqah membuka fail yang ada di hadapannya. Tuan Sheikh serahkan fail itu sebelum dia berangkat balik ke Jeddah pagi tadi. Nur Atiqah membelek-belek helaian kertas dalam fail itu. Semua yang hendak dibincang nanti ada di dalam fail itu. Dalam pada dia membelek-belek isi fail itu, kata-kata ayahnya pada suatu masa dahulu kembali ke dalam ingatannya. "Di Malaysia tu nanti habibati akan jumpa ramai lelaki dalam masa mengendalikan perniagaan syarikat." Fail ditutup. Fikirannya melayang ke majlis makan malam. Pada malam itu Nur Atiqah dapat mengumpul sedikit maklumat tentang Muaz Afifi. Dia dibesarkan di Alor Star. Bapanya orang Kedah dan emaknya orang Kelantan. Mereka bertemu di Kuala Lumpur semasa bekerja di Jabatan Kerajaan. Sebelum Muaz Afifi dilahirkan mereka berpindah ke Alor Star dan terus menatap di situ. Dia baru enam bulan berjinak-jinak dengan bidang perniagaan. "Kenapa Encik Muaz sanggup tinggalkan jawatan pensyarah? Kan tu jawatan yang baik?" "Saya memang suka mengajar kat universiti. Tapi, emak saudara saya ni nak sangat saya tolong dia buka bisnes ekspot-impot makanan halal ke luar negara." Muaz Afifi menoleh ke kanannya di meja bulat. "Fikir-fikir, solat istiharah, terus saya bagi notis duapuluh empat jam." Mariam Dayana tersenyum apabila dia dilibatkan dalam perbualan. "Tapi, bila dah masuk bisnes ni, saya rasa banyak yang saya kena buat. Satu, untuk kemajuan diri sendiri. Keduanya, saya dapat sediakan makanan yang kita yakin status halalnya kepada orang Islam di seluruh dunia. Ini satu fardu kifayah yang orang Islam kena lakukan sendiri. Tak lah kita biarkan orang bukan Islam mendominasi perdagangan halal. Saya anggap ini satau bentuk jihad. Jadi, saya rasa pengorbanan yang saya buat ni berbaloi. Kalau gagalpun saya tak akan menyesal." Muaz Afifi punya falsafah hidup dan komitmen terhadap perjuangan Islam. Muaz Afifi memang pandai bercakap dan ada humor. Muaz Afifi seperti abi, menceburkan diri bisnes atas dasar jihad juga. Ana pun begitu. FATIN NABIHAH mengangkat mata dari atas meja. “Oh... Kak Nur. Kak Nur datang sini? Patutnya Fatin yang pergi pejabat Kak Nur, bukan Kak Nur.” “Saja jengok sambil lalu. Tadi cek perkembangan sayap kiri bangunan yang tengah renovate tu.” “Pagi tadi masa Fatin tengok masih tengah buat lagi.” “Tinggal cat, lepas tu bubuh perabut. Dah boleh guna.” “Duduklah Kak Nur. Malu Fatin nanti kalau orang nampak biarkan bos berdiri macam tu.” “Tak apa. Kak Nur sekejap aje.” “Kak Nur, boleh Fatin tanya, betul ke bilik baru tu nak buat bilik operasi Halal Muslim?” “Betul.” “Bila nak mula beroperasi?” “Bila Pengerusi Kumpulan Mawaddah balik sini bulan depan.” “Dengar kata eksekutif yang duduk situ nanti Encik Muaz. Ya ke, Kak Nur?” “Cepatnya tau.” “Information flies fast. Semua orang dah cakap-cakap tentang dia Kak Nur. Zaman digital ni, mulut orangpun dah jadi digital juga. Masa dia orang tunggu Tuan Sheikh balik lunch dulu tu, siap ada yang interview lagi. Kalau Kak Nur nak tau, dah ada pun yang berminat.” Ah! Sudah. “Apa yang nak minat sangat dengan dia. Belum tau pun lagi baik buruknya, kawin bujangnya.” “First impression is important. Orang sekarang dah belajar sikologi. Orang kata, berkilau ikan di air sudah tau jantan betinanya. Tambah lagi orang yang sesegak dia.” Jangan Kak Nur pun berminat juga, sudahlah. “Ye ke ...... ? Fatin tak termasuk kut....” “Insya Allah tak. Fatin dah ada kawan, orang Kedah. Sebulan dua lagi dah nak bertunang.” Kedah lagi. Hmmm .... Entah-entah dia tu tak? Mana tau. “Tahniah. Nanti jangan lupa jemput Kak Nur ya, Fatin.” |
| Leave a Comment: |