|
1. Satu tinjauan yang melibatkan 1,280 remaja berumur antara 13-24 tahun oleh The Associated Press and MTV telah menunjukkan bahasa yang paling membahagiakan kebanyakan mereka ialah menghabiskan masa bersama ahli keluarga. 2. Orang yang paling gembira/bahagia adalah orang yang dikelilingi oleh ahli keluarga dan kawan 3. Satu artikel menyenaraikan beberapa perkara yang boleh mewujudkan rasa gembira/bahagia, iaitu seperti yang berikut: a. Belajar supaya merasa bagahia dengan apa yang ada atau boleh dicapai. b. Bangunkan hubungan yang baik antara pasangan, ahli keluarga dan sahabat. c. Merasa seronok dengan kerja hakiki (makan gaji atau kerja sendiri) dan kerja-kerja sukarela (untuk membantu orang lain) d. Membantu dan berkerjasama dengan orang lain yang memerlukannya e. melaksanakan kerja kerohanian yang dianggap lebih penting dari diri sendiri dengan penuh kepercayaan dan keinsafan. Yang nyata, setiap orang menjadi gembira disebabkan oleh faktor yang berbeza, bergantung kepada masa dan keadaan. Bagi anda pula, apa yang membuat anda rasa gembira atau bahagia? Rujukan: http://www.cbsnews.com/stories/2007/08/20/health/main3186010.shtml http://www.usatoday.com/news/health/2002-12-08-happy-main_x.htm http://home.exetel.com.au/h2bh/1-happiness/happy.shtml |
| Leave a Comment: |