Menuntut Ilmu Wajib bagi Semua Mukmin dan Mukminah



Kurniailah Kami Dengan Ilmu Yang Bermemfaat

Ilmu itu bagaikan bintang-bintang yang gemerlapan
Menyinari hati sanubari setiap insan yang mendamba kebenaran





Monday, September 01, 2014
Siang dan Malam



Terjemahan Ayat-Ayat  70-73 Surah Al-Qasas

(Terjemahan dipetik dari : http://www.surah.my/28)





 Al-Qasas 28:70

Dan Dia lah Allah tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji tertentu bagiNya, di dunia dan di akhirat; dan hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, serta kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.


Al-Qasas 28:71

Katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?"


Al-Qasas 28:72

katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?"


Al-Qasas 28:73

Dan di antara rahmat pemberianNya, Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.


Komentar/Tafsir

Allah Maha Esa dan Maha berkuasa atas sesuatu (Ayat 70). Dialah yang memberi semua keperluan untuk manusia dan sekelian yang bernyawa. Allah menyuruh Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassallam memberitahu kepada orang-orang kafir yang menyekutukan Allah, bahawa antara nikmat yang Allah berikan ialah siang dan malam yang silih berganti. Allah berkuasa untuk menghidipkan semula orang yang telah mati dan akan menghukum mereka seadil-adilnya (Ayat 70, 71)

Pada umumnya siang untuk bekerja dan malam untuk berehat. Maka hendaklah manusia bersyukur (Ayat 73) atas nikmat itu . Namun mereka tidakpun mahu mengetahui siapakah yang memberikan nikmat-nikmat tersebut kepada mereka. Bahkan ada yang menyembah selain dari Allah, sedangkan yang memberikan nikmat-nikmat itu adalah Allah.

Allah juga berfirman (mafhumnya):

"Tidakkah mereka (orang-orang zalim) memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda bagi kaum yang beriman." (An-Naml 27:86)

Walau bagaimanapun Allah juga menciptakkan kerja yang dilakukan pada malam hari. Allah berfirman (mafhumnya):

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran). " (Ar-Ruum 30:23)

Apa akan jadi pada manusia jika Allah menjadikan malam  berterusan sehingga hari qiamat atau siang selama-lamanya hingga hari qiama?   Tentu kehidupan manusia akan jadi  tidak teratur.   Waktu makan, waktu tidur dan waktu beribadat kepada Allah tidak dapat diaturkan. Maka manusia hilang arah. 

Allah menyuruh manusia berfikir tentang perkara ini agar dapat bersyukur dengan ciptaanNya dan kembali kepada agama yang menyembah hanya Dia sahaja.  Kerana hanya kepada Allah setiap manusia akan dikemabalikan. Di akhirat kelak mereka akan ditanya tentang amalan mereka ketika hidup di dunia dahulu.

Manusia boleh berfikir mengikut ilmu yang ada pada sesuatu zaman. Dalam zaman teknologi ini kita dapat membuat senerio bahawa, berdasarkan sunnatullah yang mengawal bumi,  tiada apa yang boleh hidup di atas muka bumi ini jika siang atau malam sahaja tanpa bersilih ganti. Jika malam tanpa siang, suhu akan menjadi sangat sejuk. Sebagai contoh, di negara-negara temprat, suhu menjadi sejuk apabila siangnya pendek dan malamnya panjang. Maka malam sahaja tanpa ada siang, air dalam dunia ini akan menjadi ais keseluruhannya.

Dari sudut lain, tanpa adanya siang, pengawapan air tidak berlaku dan dari itu hujan tidak akan turun. Maka tidak ada tumbuhan yang akan hidup di muka bumi.

Seterusnya tidak tumbuhan yang boleh menjalankan fotosintesis, lalu tidak ada oksigen untuk hidupan bernafas.

Sebaliknya, jika dunia ini diliputi siang sepanjangan, maka suhu akan naik sehingga berpuluh kali ganda seperti yang kita alami sekarang. Lihatlah betapa tingginya suhu dinegara temperat dengan hanya sebab waktu siang lebih panjang dari waktu malam. Jika siang sepanjangan, maka suhu akan naik berlipat ganda dari apa yang kita alamai sekarang.  Bolehkan manusia dan haiwan serta tumbuhan hidup di atas meka bumi jika suhu terlalu tinggi?

Maka kita tidak ada pilihan selain daripada mensyukutri nikmat-nikmat Allah dan padaNya sahajalah kita berserah diri.

Wallahu a'alam.


Posted at 01:54 pm by ismad
 




Wednesday, August 27, 2014
Potret Hati 6 (2)

              
Aiman, Qisya dan Lily

“ASSALAMUALAIKUM.”

Selepas tiga kali jawapan salam kedengaran dari dalam rumah.  Suara seorang perempuan.

“Walaikum salam,” ulang tuan rumah.  Terkelu lidah sebentar melihat tetamu yang datang. “Jemput masuk.”

Orang baru. Aiman dan Qisya juga terkelu lidah sekejap sebelum menyambut alu-aluan. “Terima kasih.”

“Oh!   Aiman. Qisya. Masuklah.” 

“Terima kasih makcik.”  Qisya mencium tangan Puan Hasyimah.

“Aiman! Qisya!  Subhanallah. Masya Allah. Macam ada imbasan, tapi dapat nak  connect."

Aiman dan Qisya cuba mengecam perempuan muda itu. Tetapi otak mereka juga tak boleh connect.  Mereka hanya dapat senyum. Namun Qisya dan perempuan itu tetap berjabat tangan dan bersentuh pipi,

"Tak kenal ke saya ni siapa?”

Aiman  dan Qisya cuba mengecam lagi. Qisya terpinga. “Lily ke ni?” Aiman ahkirnya menalah.

“Lily la ni. Baru  dua hari balik dari Ireland.” Puan Hasyimah mencelah, turut excited.

“Doktor Lily lah ni, ya? ”

“Alhamdulillah. Kau orang berdua buat apa sekarang ni?”

“Abang Aiman dah tiga tahun tamat Sarjana Muda. Saya baru habis sekarang ni nak buat master.”

“Tahniah kau orang berdua.”

“Terima kasih."

“Masuklah dalam. Seronok sikit bersembang.”

“Aiman.... Qisya..., Makan tengahari kat sini ya.”

“Tak apalah Mak Cik. Buat susah Makcik aje.”

“Tak susah pun. Makcik tambah aje laukyang Makcik tengah masak ni.”

“Maaflah Makcik kami datang dekat-dekat tengahhari ini. Sebenarnya kami datang nak bercakap sikit dangan Pakcik Ibrahim dan Makcik.”

“Pakcikpun balik dalam pukul duabelas. Nanti makan sekalilah. Lagipun banyak tu nak cerita. Tak habis buka cerita, nasipun dah masak.”  Puan Hasyimah meninggalkan mereka di ruang tamu untuk bekerja di dapur.

“Dah lebih limabelas tahun kita tak jumpa, ya Ly.” Aiman membuka pintu memori sebaik mencicahkan ponggong di sofa

“Ya la Aiman. Ly harap tak terlambat ucap takziah. Bila terfikir nasib kau orang, Ly turut sedih. Ly simpati.”

“Tak apelah Ly. Kami dah terima dugaan walaupun berat. Ayah dan emak Ly pun banyak bantu kami. Apa pun terima kasih atas simpati.”

“Betul kata Abang Aiman.  Kami bersyukur kerana ada orang yang sudi beri pertolongan pada kami.”

Selepas makan tengah hari dan berbincangan dengan Hji Ibrahim dan Puan Hasyimah, Aiman dan Qisya memohon diri.

“Terima kasih Pakcik, Makcik. Apa-apa perkembangan, kami sampaikan maklumat pada Pakcik, Makcik.” Aiman menghulur tangan.

Haji Ibrahim menyambut tangan dan menarik rapat Aiman kepadanya. Usai berpelukan Haji Ibrahim menyatakan kesediaan menjadi tuan rumah majlis meminang. “Insya Allah Pakcik dan Makcik akan usruskan. Sudah tugas kami membantu.”

Aiman menunggu Qisya berpelukan dengan Puan Hasyimah dan kemudian Lily selesai berpelukan. Sekali lagi dia mengucapkan terima kasih. Tetapi kali ini ditambah dengan terrima kasih pada Lily.

“Ly, Terima kasih. Jaga diri baik-baik. Jangan nakal macam dulu dulu.”

“Sama-sama. Jaga diri baik-baik. Jangan ponteng mengaji nanti kena marah Ustaz Ibrahim .”  Lily memeluk tangan ayahnya Haji Ibrahim.    Buat-buat manja macam yang dia suka buat semasa dia kecil.

Semua orang ketawa. Nostalgia.


Posted at 01:21 pm by ismad
 




Tuesday, August 26, 2014
Potret Hati 6 (1)

 Airis dan Saiful

 

TAHNIAH. MENANG SATU PERLAWANAN lagi dapat masuk final. Pingat perak dalam tangan.” 

“Terima kasih bagi sokongan pada kami. Separuh mati bertahan. Kalau ikutkan sepuluh golpun dia orang boleh sumbat.”

“Kaupun main baik. Tiap kali dia orang serang kau boleh patahkan. Aku rasa mungkin kau orang terlalu merendah diri. Terlalu bagi respect pada dia orang. Sebab tulah asyik nak bertahan sahaja. Kalau ada keyakinan tinggi pada kebolehan sendiri, mesti berani menyerang kubu lawan. Orang kata the best defence is attack.”

“Tidak juga, Saiful. Tiap kali kita orang bawa bola ke atas dia orang, senag-senang aje dia orang rampas balik bola.  Rasanya, kalau pasukan kita jumpa dia orang kat final, susah nak menang.”

“Airis. Kan aku dah cakap, kau orang ni bagi respect banyak sangat kat dia orang tu. Masuk padang tu mesti yakin yang kita pun boleh bermain dengan baik.”

Airis memandang ke hadapan. Kawan-kawan sepasukan hoki sudah jauh di hadapan. “Jom jalan laju sikit.”

Langkah dibesarkan dan di cepatkan. Sekejap sahaja mereka sudah samapi ke kawasan asrama.

“Malam ni turun makan sama-sama, ya.”  Kata Saiful ketika di persimpangan untuk pergi ke asrama penempatan atlit perempuan dan asrama penempatan atlit lelaki.

“Tak apa lah Saiful. Aku nak makan sama Miz dan Yana.  Esok jumpa lagi okey?”

“Okey.” Saiful setuju tetapi kecewa sikit.

Posted at 01:42 pm by ismad
 




Monday, July 07, 2014
Sirah Nabi Muhammad SAW

Mufti Ismail Menk dari Zimbabwe telah memberikan satu siri kuliah tentang kehidupan Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam. Ikuti kesemua 29 syarahan/kuliah yang beliau sampaikan sepanjang bulan Ramadhan 1433/2012

Senarai Syarahan
Oleh Mufti Ismail Menk




Bahagian I

Jika Image Youtube tidak terpapar sila klik pautan ini Bahagian I


Bahagian II

Jika Image Youtube tidak terpapar sila klik pautan ini Bahagian II


Bahagian III


Jika Image Youtube tidak terpapar sila klik pautan ini Bahagian III



Untuk mencapai syarahan yang lain sila gunakan pautan ini:

http://www.youtube.com/watch?v=PTI8xORtPO0


Posted at 08:50 am by ismad
Comments  




Friday, June 13, 2014
Rezeki



Allah adalah sumber segala rezki bagi seluruh kehidupan. Allah melebihkan rezki kepada yang dikehendaki-Nya dan mengurangkan bagi yang Dia kehendaki. Allah tidak memberikan rezki kepada setiap hambaNya kerana Allah mengetahui apa yang terbaik untuk masing-masing.

Allah berfirman dalam Al-Quran (Al-'Ankabuut 29:62)



Mafhumnya: "Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

Allah tidak memberikan rezeki yang banyak kepada semua orang. Bukan semua orang menyedari bahawa semua yang dia perolehi dari usahanya dalah pemberian Allah. Orang yang tidak bersyukur berkumingkinan menjadi sombong dan dan membuat kerosakan sesuka hati.

Allah berfirman dalam Al-Quran (Asy-Syuura 42:27)

 

Mafhumnya:

"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata."

Allah Maha mengetahui tentang semua perkara. Keranya Dialah yang menciptakan semuanya dan tidak ada yang terlepas dari penyetahuan dan kekuasaan Nya. Walau apapun yang diberikan Allah setelah segala dilakukan setiap manusia hendaklah bersyukur akan rezki yang diberikan kepadanya.



Posted at 08:50 am by ismad
 




Friday, April 04, 2014
Kemarau

Kemarau

Kemrau mendatangkan banyak orang. Tetapi dalam kesusahn itu ada rahmat Allah.  Dalam menjalani kehiudupan didunia ini manusia banyak berbuat dosa terhadap hukum-hakam Allah serta berbuat dosa sesama manusia. Allah mahu menyedarkan manusia agar kembali kepadaNya sebagai hamba yang taat dan berserah diri.

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang mulia:  Surah  Al-Kahfi 18:54


Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".

Namun, peringatan dari peringatan yang telah diberikan, manusia tetap dengan kedegilan mereka. Peringatan Allah dilihat sebagai fenomena alam tanpa mahu mengambil iktibar.

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang mulia:  Surah  Al-Kahfi 18:54


“Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.”

Marilah kita semua bersama-sama menuju kepada kebaikan dengan ketaqwaan dan kesabaran.  Allah berjanji tidak mensia-siakan pahala oran-orang yang berbuat kebaikan.

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang mulia:  Surah Yusuf 12:56

 

“Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.”

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang mulia:  Surah Hud 11:155


“Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.”

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang mulia:  Surah  An-Nahl 16:30


“Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh tuhan yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan" orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Semua terjemahan dipetik dari: http://www.surah.my

Posted at 04:59 pm by ismad
 




Saturday, March 29, 2014
Terjemahan Ayat-ayat Pilihan


Terjemahan Ayat 63-73 Surah Al-Qasas dan  Ayat 30 Surah Al-Mulk. Dipetik dari : http://www.surah.my/28

Semoga saya dan anda dapat mengambil pengajaran

Al-Qasas 28:68
 
Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya.

Al-Qasas 28:69

Dan Tuhanmu mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan.

Al-Qasas 28:70
 
Dan Dia lah Allah tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji tertentu bagiNya, di dunia dan di akhirat; dan hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, serta kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Al-Qasas 28:71
 
Katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?"

Al-Qasas 28:72

katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?"

Al-Qasas 28:73

Dan di antara rahmat pemberianNya, Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.

Al-Mulk 63:30
 
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".

 


Posted at 08:42 am by ismad
 




Previous Page Next Page
 
PROFILES & COMMENTS




Selamat Datang ke
Blog AlurIlmu




MISI MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI

Seruan para Nabi dan Rasul Sepanjang zaman dari Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam:

Quluu, "Laa ilaaha illallah"
Katakanlah, "Tiada Tuhan selain Allah"
Say, "No God but Allah"










Disember 2008 Click untuk sambung ke penerbit Jemariseni


Ogos 2010 Click untuk sambung ke penerbit Jemariseni








Petikan dari Novel Untuk Asyikin

Nurasyikin memasuki universiti dengan hati yang berbaur, suka dan keliru, kerana di universiti dia akan mengikuti kursus bioteknologi, sedangkan minatnya ialah bidang sastera.

Setahun berlalu, pelajar cemerlang ini dapat gred yang lemah dan hanya dapat bertahan daripada dibuang dari universiti. Dengan Ketiadaan minat terhadap bioteknologi, bagaimanakah dia dapat belajar dengan baik? Kehadiran teman sebilik yang 'all rouder', Nurul Iffa, juga tidak dapat membantu.....

"Kalau dah tau nak jadi pakar bahasa, kenapa ambil jurusan sains? Lepas tu, masa isi borang UPU dulu, kenapa tak isi aje pilihan yang kau minat tu? Yang gatal masukkan bioteknologi tu buat apa?” Suara Iffa menyaingi nada jawapan klien."

"Masa nak isi borang UPU dulu pun, abah yang bagi senarai pilihan. Syikin isi aje."

Petikan dari Novel Antara Safa dan Marwah

"Saya baru berjinak dengan keusahawanan. Saya dapati orang-orang Melayu kurang memberikan perhatian terhadap makanan. Ada yang tidak mengambil berat status halal makanan. Orang-orang Melayu tidak menghayati makanan halal. Sebab itu makanan halal dkuasai oleh orang bukan Islam. Orang Islam patut menyokong makanan Halal Muslim. Orang lain tidak akan menyokong barang keluaran orang Melayu Islam, sedangkan orang Melayu Islam tidak kisah membeli barangan buatan orang lain. Kita tak meragukan label yang genuaine. Tetapi sesetengah jenama, mereka gunakan label halah itu sewenang-wenangnya."

"Muaz! Ana pun pelik dengan orang Melayu. Mereka tidak hirau sama ada sesebuah restoran itu ada tanda halal atau tidak, orang yang bekerja dalam restoran itu Islam atau tidak. Menutup aurat atau tidak. Sepatutnya apabila ada produk yang dibuat oleh orang Islam, itulah diutamakan. Bukan sahaja menyokong orang Islam tetapi juga memilih yang paling diyakini status halalnya. Makanan mempengaruhi jiwa kita. Mungkin sebab makananlah anak-anak Melayu jadi kumpulan yang terbanyak terlibat dalam masalah sosial."

"Bukan menangis sedih, Humairah. Sebenarnya ibu menangis kerana bersyukur. Tanpa bapanyapun Ardi bisa jadi Doktor Ardi. Hmmm.... Humairah!. Jom petik bunga mawar."

Setengah jam berlalu. Kuntum-kuntum bunga mawar kuning emas sudah digubah cantik di dalam vas. Vas itu di bawa masuk ke dalam rumah.

"Humairah nak ibu bawa ke dalam bilik ke?"

Nur Atiqah mengangguk surut lalu mengikuti Ibu Kartini memanjat tangga. Selesai meletak vas di atas meja sudut, Ibu Kartini keluar bilik dan turun ke tingkat bawah. Nur Atiqah mendekati jambak bunga mawar, lalu menciumnya.

Segar dan menyegarkan. Masa hanya tinggal dua hari lagi. Sempatkah Faisal Hakimi mengirim kuntum mawar seperti ini sebelum waktu ‘Asar hari Isnin ini? Dia mencium jambak mawar lagi. Setitis air mata jatuh ke atas jambak itu.

Tak mungkin. Dia masih di Shanghai. Mungkin juga dia sedang dalam pesawat menuju ke Manila. Setitik lagi air mata jatuh ke atas jambak mawar.............

Akan Datang : Insya Allah
Ikebana: Sebuah Hikayat Yang Merongkai Bibit-Bibit Sejarah Tanah Air yang Semakin Dilupa

Sebelum mengenali Michiko, Najmi tidak kenal apa itu ikebana. Bukan itu sahaja, dia tak tahupun erti yang terangkum dalam bunga, baik namanya, jenisnya, warananya dan baunya. Ikhlas, Micihiko membawa erti bunga kepadanya. Michiko sendiripun sekuntum bunga ... yang tak layu ditelan masa ... hari, bulan dan tahun; selagi hayat dikandung badan.

Michiko memandang lurus ke hadapan, kedua-dua lengan direhatkan pada arm-rest kereta tolak (Wheel chair).Indahnya sawah padi yang menghijau. Seindah sawah padi di sebuah desa di negera sakura, negara yang sedang dirinduinya ketika itu.

Hijau dan damai. Namun disebalik kedamain itu, Najmi tahu ada termaktubnya detik-detik pahit. Detik-detik pahit itu pernah didengar dari mulut datuknya sendiri. Yang sedihnya, ada pihak-pihak tertentu yang memutar-belitkan fakta. Mereka yang tidak tahu hujung-pangkal cerita sebenar, tetapi sanggup menjadi pak turut memartabatkan musuh negara sebagai pejuang kemerdekaan.





   





  ENTRIES & SITE INDEX

<< August 2015 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31




http://www.hitwebcounter.com/countersiteservices.php


Visitors Number Count

Mulai 1 Februari 2009





free counters





Site Index




My other blogs: "Purplemelastoma
Gedung Ilmu


Mawar Untuk Umi (MUU)
Ceraka sekadar hiburan


[1(1)] [1(2)] [2(1)] 2(2)] [3(1)] [3(2)] [4(1)] [4(2)] [5(1)] [5(2)] [7(1)] [7(2)] [10(1)] [10(2)] [10(3)] [10(4)] [11(1)] [11(2)] [11(3)] [12(1)] [13(1)] [13(2)] [13(3)] [14(1)] [14(2)] [15(1)] [15(3)] [15(4)] [16(1)] [Pengumuman]

Ikebana
Ceraka sekadar hiburan


[1]

Potret Hati
Ceraka sekadar hiburan


[1 (1)] [1 (2)] [1 (3)] [2 (1)] [2 (2)] [2 (3)] [3 (1)] [3 (2)] [4 (1)] [4 (2)] [6 (1)] [6 (2)]

Karya Kreatif

Qisah Nabi Yusuf

Kisah Dan Teladan
Sebagai panduan



>



Panduan Menulis

Asmaul Husna

Kerohanian

Membaca Al-Quran

Ramadhan dan Ibadat Puasa

Solat

Himpunan Doa

Panduan Belajar dan Peperiksaan

Kebajikan

Kebajikan

Unclassified








 

LINKS & INFORMATION


Berita Dalam Negara


Berita Luar Negara


Halaman Sastera



Jalan-jalan Cari Resipi

Resepi Masakan Di Internet




Lagu-lagu Terbaik Universiti-universiti Tempatan



UNIMAS Gemilang



Unimas Gemilang





Terciptalah Suatu Sejarah
Wujudmu di Persada Negara
Di Bumi Kenyalang Bertuah
Kebanggaan Nusa dan Bangsa







Berinovasi dan Berwawasan
Berilmu Berpandangan Jauh
Inilah Hasrat dan Harapan
Kamilah Pendukung Warisan






Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga....







Berbudaya, Bersifat Sezaman
Bersatu Hati Mencurah Bakti
Jasamu, Tiada Bandingan
Kau Disanjung dan Dihormati






Wajahmu Tak Kan Kami Lupakan
Sentiasa Terpahat di Ingatan
Menjadi Lipatan Sejarah
Segar Mekar Dalam Kenangan







Teguh Terunggul Namamu

UNIMASku yang Gemilang

Dengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di Sini

Berbangga.. ...




UNIMAS Gemilang .....









UKM - Varsiti Kita







UiT M - Wawasan Setia Warga UiTM







UM -Lagu Universiti Malaya





Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed








rel=/tbody /font/font