Menuntut Ilmu Wajib bagi Semua Mukmin dan Mukminah


Tuntutlah Ilmu dari Buaian hingga ke Liang Lahat

Ilmu itu bagaikan bintang-bintang yang gemerlapan
Menyinari hati sanubari setiap insan yang mendamba kebenaran







Selamat Datang ke
Alur Ilmu





Novel motivasi untuk kecemerlangan pelajar


   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



My other blogs: "Purplemelastoma
Gedung Ilmu


Mawar Untuk Umi (MUU)
Ceraka sekadar hiburan


[1] [2] [3(1)] [3(2)] [4(1)] [4(2)] [5(1)] [5(2)] [6(1)] [7(1)] [7(2)] [8(1)] [8(2)] [9(1)] [9(2)] [9(3)] [10(1)] [10(2)] [10(3)] [10(4)] [11(1)] [11(2)] [11(3)] [12] [13(1)] [13(2)] [13(3)] [14(1)]

"Umi tak sayang Tiqah. Itu sebab Umi tinggalkan Tiqah...." Diulang-ulangnya kata-kata itu, dan dia terus menangis, menangis, menangis...
Beng! Satu das tembakan tepat sasarannya pada tengah-tengah dada Nur Atiqah. Satu das lagi menyemburkan darah daripada Ibu Kartini yang telah meluru untuk melindungi Nur Atiqah dengan jiwa dan raganya. Nur Atiqah sempat memeluk Ibu Kartini dari belakang dengan kekuatan yang masih bersisa. "Ya Allah!" Kedua-dua mereka bersama-sama rebah ke atas jubin lorong jalan kaki, kaku.
"Usah ditangisi yang telah pergi. Memang sudah tersurat sejak azali... di Luh Mahfuz tempat tersimpan segala rahsia ....."


Panduan Menulis



Panduan Belajar dan Peperiksaan




Dapatkan Barangan Halal
untuk anda dan keluarga anda

  • HalalMall, 9163, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Nombor telefon: 03-41066385; HP: 0196346350; Fax 03-41067324

  • AlHambra Organic Food and Trading, 31-G-01 Jalan Medan PB2B Syeksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor. E-mail: azzain.product@gmail.com

  • Cokolet dari Tasneem chocolate

  • Pelbagai produk keluaran muslim oleh HPA Industries Sdn Bhd untuk muslim dan muslimat.

  • Dapatkan pelbagai informasi dari portal untuk produk-produk muslim di laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

  • Ubat gigi Halagel dan produk-produk lain olehKohalal

  • Muslim media
  • HPA
  • Victus Semulajadi
  • Kohalal
  • Az-Zain Halal Products
  • PERHATIAN: Senarai Hotel dengan Sijil Halal Malaysia


    Bahan-bahan Bacaan Menarik


    [Selesema babi] [Vitamin] Baca Info Info halal

    Halaman Penerbit Ulasan Novel

    Kebajikan dan Amal

    Al Quran On-line



    Kalau memang baka yang baik, di tepi longkang pun tetap beseri.

    Pink daisy khas buat Darwisi

    DAISY ANDERSON DAN SALAMAH LESLEY mimum teh petang di rumah keluarga Mustaffa Adnan berdekatan kawasan Southwark, Greater London. Musim bunga di bulan Mei amat menyegarkan. Dari tingkap yang terbuka luas, boleh sahaja dinikmati pokok-pokok kecil dan besar yang sedang berbunga. Sesetengahnya pohon-pohon endosperma mengeluarkan pucuk-pucuk yang sedang mencambahkan daun dan bunga pada masa yang sama. Spring is when every plant spings up, a time of renewal. Itu ibarat yang berlaku ketika itu. Desiran angin membuai-buai kuntum-kuntum bunga yang pelbagai bauan. Indah dan nyaman apabila bayu mengulis pipi dan menjamah indera bauan. Bukan sahaja begitu, hati-hati yang dibuai perasaan pun turut berbunga apabila disapa bayu musim bunga itu.





    free counters



    Peningkatan Ibadat



    Berita Dalam Negara


    Resepi Masakan Di Internet


    Berita Luar Negara


    Halaman Sastera



    Santapan Jiwa

    Kalau Boleh Memilih



    Kalau boleh aku memilih
    Aku mahu dicipta sebagai sepohon tumbuhan
    Dimakan haiwan dan berakhir sebagai seketul najis
    Atau hanya sekadar sahelai daun
    Gugur ke tanah dihancurkan oleh mikroorganisma
    Andai jadi seekor haiwan pula, aku hanya makan dan minum
    Mati disembilih atau dimakan haiwan buas tamat riwayat
    Jadi ikan pun begitu
    Sedang bermain-main di dalam lautan tiba-tiba terperangkap di dalam pukat
    Tamat riwayat di dalam kuali bersama asam, garam dan cili
    Tetapi aku tiada pilihan
    Dijadikan sebagai manusia yang diberi akal dan tanggungjawab
    Akan dimatikan dan dihimpun di padang Mahsyar
    Akan ditimbang segala amalan baik dan amalan buruk
    Aku hanya mampu mengharap dengan penuh positif
    Bahawa Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang
    Hanya kerana limpah rahmatNya
    Mengurniakan aku kejayaan abadi

    Air Mata


    Air mata mengalir
    Dalam tangisan
    Seiring warna hati
    Gembira
    Sedih
    Sayu
    Kecewa
    Namun harus waspada!
    Air mata buaya
    Lakunan memperdaya
    Dan air mata yang paling berharaga
    Menitis di malam yang hening
    Berbaring, duduk maupun berdiri
    Mengenang nasib di alam baqa
    Tiada yang melihat
    Keculi yang diRindui

    5 1.2002

    Hujan


    Kau dipohon
    Kau dipuji
    Kau dicaci
    Kau dimarahi
    Kau dibenci
    Pelbagai perasaan dilemaparkan
    Apabila kau tak datang
    Tanah kering kuntang
    Padang pasir gersang
    Debu-debu berterbangan
    Bahang sinaran suria
    terasa hingga ke tulang
    Kau dipohon
    Apabila kau datang bertalu-talu
    Banjir kilat
    Harta benda hanyut
    Nyawa tergugat
    Hakisan melanda
    Pergerakan terganggu
    Kau dicaci
    Kau dimarahi
    Kau dibenci
    Apabila kau datang di sini
    Ada insan memuji
    Ada insan membenci
    Apabila di sana, tidak di sini
    Ada insan membenci
    Ada insan memuji
    Perasaan mengikut keperluan
    Wahai hujan yang patuh sunnatullah
    Kaulah air dari langit
    Menghidupkan bumi yang mati
    Dari mu bermula segala kehidupan
    Dengan izin Yang Maha Kuasa
    Aku tahu kau ingin berkata demikian
    Wahai insan yang sentisa mementingkan diri
    Jangan mencaci jangan membenci
    Bersyukur dan bersabar
    Kerana, bagi setiap insan
    tak mungkin sama keperluan

    Ogos 1997

    Air


    Bersih lagi membersihkan
    Suci dan mensucikan
    Mengikis kotoran dan najis polar bersendirian
    Mengikis kotoran bukan polar dengan bantuan penyerak
    Daripada permukaan dan dalaman
    Itulah air asas kebersihan dan kesucian
    Turun dari langit sebagai hujan
    Asal dari permukaan paya, sungai dan lautan
    Diwapkan dan dijadikan awan
    Turun ke bumi menghidupkan dan menyuburkan
    Haiwan, tumbuhan dan segala hidupan
    Itulah air asas kehidupan dan kesuburan
    Mengalir dari hulu ke muara sungai
    Dengan arus yang deras atau perlahan
    Disekat ampangan dan dikawal laluan
    Menghasilkan elektrik yang memancarkan cahaya
    Juga tenaga yang menjalankan alat jentara
    Itulah air asas keperluan dan keselesaan
    Sungguhpun ianya teramat penting
    Sumber utama kehidupan
    Namun ada manusia yang gelojoh
    Mereka yang merosakkan alam sekitar
    Mencemarkan segenap badan air
    Baik di kolam, di sawah, di paya, di suangi dan di lautan
    Itulah air tidak dihargai selagi ada
    Cair tetapi boleh dibeku dan diwapkan
    Sebatian yang ringkas tetapi stabil
    Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen
    Boleh melarutkan pelbagai sebatian polar
    Bagi kegunaan keseluruhan hidupan
    Itulah air
    Asas kepada pembinaan sebatian stabil
    Berpotensi mengganti petroleum yang kian lengai
    Dengan teknologi moden dan terkini
    Sumber tenaga baru
    Yang bersih dan dan selamat
    Yang banyak dan percuma
    Itulah air
    Sumber tenaga baru akan datang
    Anugerah dari Tuhan
    Janganlah dicemari dan persiakan
    Hargailah dan peliharalah air
    Bangunkanlah teknologi baru tenaga
    Sebagai sumber baru ekonomi negara
    Senjata baru keselamatan negara
    Itulah air
    Bahan kajian untuk saintis muda

    24.11.2001


  • Friday, October 23, 2009
    Mawar Untuk Umi



    BAB 13-2


    Dato' Shafie membalas pandangan isterinya, segera mencelah, "eeeh... ke situ pulak perginya. Abang dah pergi ke pejabat dia di London. Dia menduda sejak Nur Atiqah masih menyusu lagi. Tak ingat ke, dalam dua tahun dulu abang dah pergi jumpa Sheikh Hamdani tu di London. Rancang nak bincang tentang usahasama tubuhkan syarikat tulah." Bersungguh-sungguh dia mempertahankan kesetiaan sang lelaki pada cinta.

    Berdegup jangtung Datin Ameerah, bagai nak putus salur darah aortanya. Gelas air diletak dibibir. Perubahan riak pada wajah disembunyikan sebolehnya, hati terus berdoa. Oh Tuhan! Tenangkanlah hatiku yang tiba-tiba berdegup ini.

    "Ia ke, abah? Kenapa abah tak jadi ambil share dalam syarikat tu? Kalau ada share boleh jugak Abang Fai kerja satu pejabat dengan Cik Nur Atiqah. Boleh abang Fai berkenalan dengan lebih dekat macam Fatin ni. Dah lah agamanya bagus, tingkah lakupun bagus, rupapun bagus. Cantik orangnya abah, umi." Fatin menjeling Faisal sambil tersenyum sinis.

    Dato' Shafie memandang ke arah Fatin Nabihah yang sedang bercakap dan kemudian kepada Datin Ameerah dan akhir sekali pada Faisal. "Kalau Faisal ada idea baru, boleh buat usahasama bangunkan produk IT baru. Ushasama dengan syarikat dia orang tu bagus. Sebab, syarikat tu dah ada tract record pasarkan produk di Britain dan Amerika Syarikat. Dengan sendirinya syarikat kita boleh tumpang tembusi pasaran-pasaran di kedua-dua negara tu."

    "Betul tu Abang Fai. Syarikat tu memang international. Dalam dua minggu lagi Fatin pergi ke Glasgow atas urusan bisnes syarikat."

    "Bisnes apa syarikat tu nak buat di Glasgow?" Soal Faisal, bersungguh-sungguh nak tahu.

    "Itu Fatin tak boleh cerita. Fatin diamanahkan menyimpan maklumat cadangan projek tu sebagai rahsia syarikat," jelas Fatin Nabihah dengan tegas.

    "Tengok abah! Anak abah lebih setia kepada pesaing daripada syarikat keluarga sendiri," komplein Faisal.

    "Itu tanggungjawab yang mesti ada pada setiap pekerja. Kalau kita buat tak betul dalam syarikat kita bekerja, nanti orang lain pun boleh buat macam tu dalam syarikat kita," nasihat Datin Ameerah, sekali gus menyokong pendapat Fatin Nabihah.

    Faisal menjeling Fatin Nabihah. Adiknya menjuih bibir.

    "Abah kamu dah berikan pendapat yang baik. Saranan abah kamu tu ada benarnya, fikir-fikirkanlah baik-baik. Takkanlah bahagian inovasi syarikat tak ada idea baru yang novel yang nak dikembangkan? Untung-untung nanti dapat berkerjasama dengan Nur Atiqah tu," sambung Datin Ameerah, sambil tersenyum kerana berjaya mengusik anak teruna yang masih belum bertemu jodohnya.

    "Fatin kan nak bertunang dengan orang Kedah tu. Berilah dia peluang jadi orang yang pertama kawin dalam keluarga ni," tingkah Faisal dengan hasrat menduga.

    "Alaaa.... Abang Fai tu kat mulut aje kata macam itu. Dalam hati dia umi pun dah boleh baca..." sindir Fatin, mengerling abangnya sambil tersenyum nipis.

    Dato' Shafie sudah selesai makan, tetapi masing belum berganjak. Dia mahu menunggu yang lainnya selesai. "Macam mana prestasi Syarikat kita sekarang ni?" Dia menukar tajuk perbincangan, muka dan pertanyaan dihalakan kepada Faisal.

    "Dalam dua bulan kebelakangan ni, nampak sakit sikitlah, abah. Sale menurun dan kita kalah tiga tender. Cuma satu aje yang sangkut."

    "Itu kena beri perhatian. Cari sebab-sebabnya. Cari kelemahan dan kekuatan syarikat. Faisal kena kerja kuat. Abah dah tak boleh aktif sangat lagi. Nanti kesihatan abah tambah teruk."

    "Kita kalah dua tender pada Syarikat Mawaddah Communication International tulah." Dia memandang pada Dato' Shafie dan kemudian ke arah Fatin Nabihah.

    "Abah nak Faisal kaji kelemahan produk, servis dan harga yang kita tawarkan berbanding dengan syarikat yang menang tu. Dari situ kita boleh baiki prestasi kita."

    "Ahli Lembaga Syarikat suruh tambah "minyak pelincir" aje, abah. Faisal tak setuju."

    "Faisal! Kalau kita guna minyak pelincir nak menang tender, apa yang kita makan tadi tu semunya haram, tau!" Macam membentak suara Datin mendengar saranan itu.

    "Tau abah, umi. Sebab itu tak sokong. Cuma Syarikat baru ni dah ambil rezeki kita."

    "Abang Fai, rezeki Allah yang bagi. Tak ada orang yang ambil dan tak ada orang yang bagi."

    "Itulah abah, umi. Lepas adik Fai ni masuk syarikat tu, dia dah reject terus syarikat keluarga sendiri."

    "Fatin makan gaji dengan syarikat tu. Kalau Fatin belot pada syarikat bermakna gaji Fatin tu duit haram, abah, umi. Lagi pun Fatin dah bagitau abang Fai, pasal tolong-menolong untuk membangunkan umat Islam ni cepat aje dia hulur tangan,
    Tapi Abang Fai buat dek aje. Lagi-lagi sangsi pada dia. Tadi pun abah dan umi dah beri cadangan. Buat temujanji, bincang dengan dia. Apa yang susah sangat?"

    "Abang tak mau jumpa dia. Biar dia jumpa abang."

    "Elleeh....abang yang keras hati! Ego tak kena tempat!" Fatin Nabihah mencebik, mual dengan kelakuan abang yang egoistik itu.

    "Faisal, ni umi nak cakap. Kita dilarang sangka buruk pada seseorang sebelum kita mengenali keburukannya. Tambah-tambah lagi kalau orang itu seorang muslim atau muslimah. Ni dalam Al-Quran, bukan main cakap aje. Umi cakap ni bukan pada Faisal seorang, untuk semua, termasuk diri umi sendiri."

    Suasana lengang apabila ustazah memberi syarahan. Mungkin masing-masing sedang memikirkan sama ada masing-masing ada buat macam yang ditegah itu.

    "Macam ni lah. Apa kata, kita ajak Nur Atiqah tu makan di rumah kita. Nak juga tengok bos yang berkawan rapat dengan anak umi tu. Boleh la umi berkenalan."

    "Boleh aje umi. Kalau umi yang cakap dia tu elok, tentu Abang Fai percaya. Mana tau, kalau-kalau Fatin dapat kakak baru!" Dia menjeling kepada Faisal yang seolah-olah tidak mendengar ayat terakhir itu.

    "Eloklah tu Faisal. Ikut aje cakap umi dan adik kau ni. Kau pun bukan muda sangat lagi. Lagi lima bulan dah duapuluh lapan tahun."

    "Betul tu Abang Fai. Kan tadi umi dah imply yang umi dah kepingain nak timang cucu."

    "Yang kau tu Fatin, buah hati kat Kedah tu macam mana? Semenjak berkawan dengan bos tu, abang nampak dah kurang sangat nak bercakap tentang dia. Hmmm....."

    "Fatin tak ada maslah. Dia kata lagi dua bulan emak ayah dia akan datang jumpa umi dan abah."

    "Bila dia orang datang nanti, umi suruh dia orang kawin capat-cepat. Cepat sikit umi timang cucu." Balas Faisal, ketawa dengan usikan balasnya itu.

    "Tak jadi hal. Yang jadi hal, abang tu.... bila lagi nak tunjuk calonnya pada umi?"

    "Tak apa. Nanti kalau umi kata bos kau tu okey, abang setuju aje." Mengaku setuju, tetapi bunyinya sinis.


    Posted at 07:12 am by ismad
    Make a comment  

    Thursday, October 22, 2009
    Skor A dalam Peperiksaan



    Panduan untuk dapat A dalam sesuatu kursus:

    1. Semasa peperiksaan:

    a) Bersedia: nota yang baik, baca banyak kali, jumpa pensyarah bermula dari awal semester untuk mendapatkan kefahaman yang jelas, buat latihan terhadap soalan-soalan peperiksaan lama. Jangan biarkan bahan kuliah yang anda tidak fahami sehingga peperiksaan sudah hampir. Jika anda tidak memahami kuliah-kuliah pada awal semester, anda akan mengalami kepayahan untuk memahami kuliah-kuliah yang seterusnya, kerana biasanya setiap kuliah bertali-temali antara satu dengan yang lain.

    Lagipun, kuliah-kuliah yang disampaikan pada awal semester biasanya mengandungi teori dan konsep asas subjek. Jika teori dan konsep asas tidak difahami, tentu sekali bahan-bahan kuliah yang mengaplikasikan teori dan konsep tersebut tidak difahami juga.

    b) Jawab soalan yang diberikan, jangan jawab soalan yang and buat sendiri . Ini bermakna, pelajar tidak faham soalan. Apa yang dia buat, ialah menjawab berdasarkan kefahamannya tenang soalan itu. Rasa sedap jawab, panjang dua tiga muka surat. Tetapi jawapannya tidak menepati soalan.

    c) Tentukan jawapan cukup skop dan cukup fakta; fakta pula mesti betul (kalau anda tak faham maksudnya, anda boleh tanya di ruangn komen di bawah, nanti saya terangkan)

    d) Jawab secara sistematik dan teratur

    e) Doa dan bertawakkal.


    2. Menulis assignment dan penilaian berterusan

    a) Pilih tajuk yang sesuai. Buat sumbang saran antara ahli kumpulan tentang isi (content dan skop) yang hendak dimasukkan. Selepas itu, cuba minta komen dari pensyarah sama ada pendekatan (approach) anda itu sesuai atau tidak.

    b) Gunakan bahan rujukan dari kertas-kerja yang ditulis dalam jurnal yang berkaitan. Bahan internet hanya untuk mengetahui skop tajuk sahaja. Kalau tak pasti macam mana nak cari rujukan yang sesuai, jumpa pensyarah. Nak tanya pensyarah pun kena ada 'teknik' yang sesuai (nanti penysarah ingat anda malas)

    c) Jangan copy-paste, gunakan ayat-ayat sendiri. Bab ni, pensyarah akan potong banyak markah. Biar bahasa kurang cantik asalkan itu ayat-ayat sendiri.

    d) Letakkan rujukan dalam teks (in text citation) apabila mengambil fakta daripada sesuatu bahan rujukan. Senaraikan bahan rujukan dengan betul.

    e) Siapkan awal, jangan tunggu last minute; tunjuk pada pensyarah 3-4 hari sebelum due date, minta pensyarah komen, kemudian edit untuk kali terakhir.

    f) Jika berkumpulan, bahagikan tugas secara bertulis dan rangkakan plan kerja dan dateline.

    g) Gunakan satu font yang konsisten antara ahli kumpulan. Semua ahli kumpulan kena baca keseluruhan arikel yang ditulis, supaya semua bahan yang dikumpulkan dari ahli kumpulan selenjar dan terintegerasi. Beritahu pensyarah tentang ahli kumpulan yang curi tulang, supaya dia tidak diberikan markah penuh seperti ahli-ahli kumpulan lain.

    3. Quiz dan lain-lain.

    Quiz dan penilaian lain boleh juga diberikan oleh pensyarah. Penilaian-penilaian lain termasuk juga kehadiran tutorial dan menjawab forum atau perbincangan dalam on-line courseware.
    Keseluruhan kerja ini diberikan lebih kurang 5 markah.

    Anda patut melakukan semua kerja dalam bahagian ini dengan baik kerana 5 markah pada masa ini adalah lebih mudah diperoleh berbanding masa peperiksaan. Tambahan pula 5 markah merupakan perubahan satu tingkatan gred. Sebagai contoh, jika selepas dikira keseluruhan markah, anda mendapat 68%. Gred akhir anda ialah B. Jika anda melalkuak kerja (3) ini sambil lewa anda mungkin dapat hanya 2 markah. Bnayakan jika anta dapat 4 markah untuk bahagian ini. Markah akhir anda ialah 70% dan gred yang anda peroleh ialah B+. Kesimpulannya, anda buat sahaja apa yang ditugaskan. Kadang-kadang satu tugasan kecil ini hanya memakan masa 5 minit sahaja! Apakah 5 minit berbanding dengan masa yang anda gunkakan untuk menjawab dua sms?


    Insya-Allah anda berjaya dapat A.


    Posted at 07:21 am by ismad
    Make a comment  

    Sunday, October 18, 2009
    Mawar Untuk Umi


    Bab Tiga Belas


    "PUKUL BERAPA flight pagi esok?" Soal Datin Ameerah. Dia menoleh ke arah Fatin yang sedang meletakkan sebuah pinggan berisi sayur di tengah-tengah meja makan.

    "Pukul sepuluh," jawab Fatin Nabihah sambil menarik kerusi besebelahan emaknya.

    “Flight nak pergi mana?” Soal Faisal, mencelah perbualan yang baru bermula di meja makan. Sejak Fatin meninggalkan syarikat keluarga dan bekerja di syarikat Mawaddah Comunication International, Fasil semakin berminat dengan perjalanan hidup adiknya itu.

    Kedatangan Dato’ Shafie ke meja makan menghentikan perbualan yang baru mula menjadi rancak. Mata masing-masing difokuskan kepada ketua rumah itu.

    “Abah nak makan nasi ke, makan roti?” Soal Fatin Nabihah, menukar tajuk perbualan. Bukan kerana dia tak mahu Dato’ tahu, tetapi dia perihatin pada keadaan tahap kesihatan ayahnya. Sejak beberapa tahun kebelakannya ini dia terpaksa meneliti setiap suap makanan yang masuk ke dalam perutnya.

    “Makan nasi. Malam ni nampak lauk sedap. Abah nak makan macam orang lain. Esok abah puasa. Isnin nanti pun puasa.” Dato’ Shafie senyum sambil berkata begitu.

    “Setengah senduk cukup untuk rasa. Lepas tu makan roti,” saran isterinya Datin Ameerah. Fatin Nabihah memasukkan balik separuh senduk ke dalam bekas nasi. Selebihnya dibubuh ke dalam pinggan Dato’ Shafie.

    Dato’ Shafie akur. Itu tanda isterinya sayangkan dia. Isterinya itu mahu dia sihat dan hidup lebih lama. Begitulah selalunya dia memujuk diri. Daripada ditarik kesemua nikmat dunianya biarlah dia menahan apa-apa kemahuan yang membahayakan. “Tadi Abah dengar ada orang nak ambil flight esok pagi. Siapa yang nak terbang ke mana tu?” Soalan ekspres, dua fakta sekali gus.

    "Fatin, abah. Ni nak mintak kebenaran pada Abah."

    "Dah beli tiket baru nak mintak kebenaran. Hmmm..... nak pergi mana dengan siapa?" Dato' Shafie mengulangai soalannya

    "Pergi Langkawi dengan bos baru dia tulah abah. Sayang sangat dia tu dengan bos. Ikut saja ke mana dia pergi," celah Faisal, sambil melempar pandangan pada Dato' Shafie dan kemudian kepada Datin Ameerah.

    "Kalau bos perempuan apa salahnya. Eloklah kalau baik dengan bos. Cepat belajar selok-belok berniaga," balas Dato' Shafie.

    Kembang perasaan Fatin Nabihah dapat sokongan begitu. Dia melerek Faisal, sempat pula mengukir senyum sinis.

    "Kalau baik sangat tu, abah kenalah selidik. Bukan abah tak tau macam-macam masalah yang berlaku sekarang ni."

    "Abang Fai ni tak habis-habis ragui Cik Nur Atiqah. Fatin dah masuk tiga bulan kerja kat syarikat tu. Fatin kenal dia. Dia orang yang sangat baik dan pemurah. Lagipun abah, Fatin yang ajak dia pergi. Fatin kesian bila fikir dia duduk sorang-sorang kat rumah besar dia tu."

    "Muda sangat lagi ke orangnya yang boleh buat kawan tu?"

    "Kata Pengurus Personal, agak-agak baru duapuluh tujuh la umi. Muda sikit dari Abang Fai kita yang masih bujang ni la kut" Senyuman sinis dipamer di bibir.

    "Dia tak duduk dengan keluarga ke?" soal Datin Ameerah, terus meneroka identiti orang yang sudah menjadi kawan akrab anak daranya yang hanya seorang itu.

    "Emak dia tak ada. Ayah dia commute London, Jeddah, KL," jelas Fatin. Matanya memandang emak yang bertanya dan kemudian kepada ayah yang duduk di hujung meja makan. Dia juga menjeling sekilas pada Faisal.

    "Buat apa ulang-alik Jeddah dan London tu? Isteri-isteri dia ada di situ ke?" Datin Ameerah bertanya penuh perasaan. Dia menjeling ke arah suaminya sekilas.

    Posted at 12:10 pm by ismad
    Make a comment  

    Saturday, October 10, 2009
    Mawar Untuk Umi

    Bab 12-1
    NUR ATIQAH MENEKAN butang 'terima' pada kotak interkom. "Cik Nur Atiqah, ada panggilan dari Encik Muaz Afifi. Cik nak saya sambungkan, ke?"

    "Okey. Terima kasih, Salmi." "Assalamualaikum. Cik Nur Atiqah apa khabar?"

     "Alhamdulililah baik. Encik Muaz apa khabar?"

    "Setakat ni Alhamdulillah, baik. Cik Nur Atiqah, saya panggil ni nak follow up yang kita bincang masa majlis makan malam tu."

    "Saya dah ada datenya, Rabu minggu depan, jam 2.30 petang, boleh?"

     "Sekejap. Saya semak diari." Diam sebentar. "Okey, clear. Saya datang sorang aje."

    "Puan Mariam Dayana, tak datang sama?"

     "Tak. Peringkat dia dan Tuan Sheikh dah selesai. Sekarang ni kita nak bincang tentang perlaksanaan aje lagi. Kita berdua saja."

     "Kalau macam tu, Encik Muaz terus datang ke pejabat ana. Tak payah guna bilik perundingan."

    "Okey. Terima kasih. Assalamualaikum. Jumpa minggu depan."

    "Waalaikum salam."

    Hubungan diputuskan. Nur Atiqah membuka fail yang ada di hadapannya. Tuan Sheikh serahkan fail itu sebelum dia berangkat balik ke Jeddah pagi tadi. Nur Atiqah membelek-belek helaian kertas dalam fail itu. Semua yang hendak dibincang nanti ada di dalam fail itu. Dalam pada dia membelek-belek isi fail itu, kata-kata ayahnya pada suatu masa dahulu kembali ke dalam ingatannya.

     "Di Malaysia tu nanti habibati akan jumpa ramai lelaki dalam masa mengendalikan perniagaan syarikat."

    Fail ditutup. Fikirannya melayang ke majlis makan malam. Pada malam itu Nur Atiqah dapat mengumpul sedikit maklumat tentang Muaz Afifi.

    Dia dibesarkan di Alor Star. Bapanya orang Kedah dan emaknya orang Kelantan. Mereka bertemu di Kuala Lumpur semasa bekerja di Jabatan Kerajaan. Sebelum Muaz Afifi dilahirkan mereka berpindah ke Alor Star dan terus menatap di situ. Dia baru enam bulan berjinak-jinak dengan bidang perniagaan.

     "Kenapa Encik Muaz sanggup tinggalkan jawatan pensyarah? Kan tu jawatan yang baik?"

    "Saya memang suka mengajar kat universiti. Tapi, emak saudara saya ni nak sangat saya tolong dia buka bisnes ekspot-impot makanan halal ke luar negara." Muaz Afifi menoleh ke kanannya di meja bulat. "Fikir-fikir, solat istiharah, terus saya bagi notis duapuluh empat jam."

    Mariam Dayana tersenyum apabila dia dilibatkan dalam perbualan.

     "Tapi, bila dah masuk bisnes ni, saya rasa banyak yang saya kena buat. Satu, untuk kemajuan diri sendiri. Keduanya, saya dapat sediakan makanan yang kita yakin status halalnya kepada orang Islam di seluruh dunia. Ini satu fardu kifayah yang orang Islam kena lakukan sendiri. Tak lah kita biarkan orang bukan Islam mendominasi perdagangan halal. Saya anggap ini satau bentuk jihad. Jadi, saya rasa pengorbanan yang saya buat ni berbaloi. Kalau gagalpun saya tak akan menyesal."

    Muaz Afifi punya falsafah hidup dan komitmen terhadap perjuangan Islam. Muaz Afifi memang pandai bercakap dan ada humor. Muaz Afifi seperti abi, menceburkan diri bisnes atas dasar jihad juga. Ana pun begitu.


    FATIN NABIHAH mengangkat mata dari atas meja. “Oh... Kak Nur. Kak Nur datang sini? Patutnya Fatin yang pergi pejabat Kak Nur, bukan Kak Nur.”

    “Saja jengok sambil lalu. Tadi cek perkembangan sayap kiri bangunan yang tengah renovate tu.”

    “Pagi tadi masa Fatin tengok masih tengah buat lagi.”

    “Tinggal cat, lepas tu bubuh perabut. Dah boleh guna.”

    “Duduklah Kak Nur. Malu Fatin nanti kalau orang nampak biarkan bos berdiri macam tu.”

    “Tak apa. Kak Nur sekejap aje.”

    “Kak Nur, boleh Fatin tanya, betul ke bilik baru tu nak buat bilik operasi Halal Muslim?”

    “Betul.”

    “Bila nak mula beroperasi?”

    “Bila Pengerusi Kumpulan Mawaddah balik sini bulan depan.”

    “Dengar kata eksekutif yang duduk situ nanti Encik Muaz. Ya ke, Kak Nur?”

    “Cepatnya tau.”

    “Information flies fast. Semua orang dah cakap-cakap tentang dia Kak Nur. Zaman digital ni, mulut orangpun dah jadi digital juga. Masa dia orang tunggu Tuan Sheikh balik lunch dulu tu, siap ada yang interview lagi. Kalau Kak Nur nak tau, dah ada pun yang berminat.”

    Ah! Sudah. “Apa yang nak minat sangat dengan dia. Belum tau pun lagi baik buruknya, kawin bujangnya.”

    “First impression is important. Orang sekarang dah belajar sikologi. Orang kata, berkilau ikan di air sudah tau jantan betinanya. Tambah lagi orang yang sesegak dia.” Jangan Kak Nur pun berminat juga, sudahlah.

    “Ye ke ...... ? Fatin tak termasuk kut....”

    “Insya Allah tak. Fatin dah ada kawan, orang Kedah. Sebulan dua lagi dah nak bertunang.”

    Kedah lagi. Hmmm .... Entah-entah dia tu tak? Mana tau. “Tahniah. Nanti jangan lupa jemput Kak Nur ya, Fatin.”


    Posted at 02:20 am by ismad
    Make a comment  

    Monday, October 05, 2009
    Mawar Untuk Umi


    Bab 11-3

    "Dah ada orangnya....? Siapa.....?" Puan Qaisara meletakkan gelas ke atas meja, matanya memandang kedua-dua anaknya bersilih ganti, benar-benar mengharap jawapan yang menggembirakan dari anak-anaknya.

    Kedua beradik berpandangan.

    "Entahlah ma. Nak cakappun tak kena, tak nak cakap nanti mama tertanya-tanya."

    "Habis tu?"

    "Macam ni lah ma. Nanti mama senang-senang Hiz cerita. Abah dan mama doalah yang terbaik untuk Hiz."

    "Abang Hiz, Hessa cerita kat mama sekejap lagi, boleh?"

    Doktor Hizbul Muslim memandang adiknya beberapa ketika sebelum mengangguk. Tidak sukar untuknya bersetuju. Antara tiga orang adik beradik, Hessa Tasnim Atifa sangat rapat dengan abang sulungnya.

    Encik Bokhari dan Puan Qaisara Husna bangun dan beredar dari ruang tamu ke bilik tidur tamu. Mereka perlu rehat. Perjalanan lima jam dari Alor Setar bukanlah suatu perjalanan yang dekat. Dalam pada merehatkan badan, otak Puan Qaisara sibuk berfikir. Siapa gadis pilihan Hiz? Kenapa susah sangat nak bagitau..... ada masalah ke?

    "Hmmmh..."

    "Apa yang mengeluh sangat tu? Tak baik tau mengeluh. Apa-apapun sabar aje lah."

    "Entahlah bang. Susahnya, nak dapat menantu! Macam la tak ada perempuan kat Malaysia ni yang layak jadi isteri dia."

    "Macam emak dia dulu juga. Bukan main susah lagi nak dapat. Kalau tak dapat dulu, entah-eantah ayah dia pun masih bujang sampai la ni."

    "Alahai abang ni.... main-main pulak. Qais serius ni."

    "Eh....Ingat abang tak serius ke?"

    "Itu dulu..."

    "Kalau dah kena penyakit macam tu, dulu sekarang sama aje. Dah lah bawa betenang. Orang bercinta tak boleh dipaksa."

    "Sampai bila?.."

    "Kan tadi Hessa tu nak cerita sekejap lagi. Sambil tu doalah banyak-banyak.  Kan doa ibu untuk anak tu mustajab?"

    "Itu kalau betul ada orangnya..."

    "Dahlah. Insya Allah, adalah tu," Encik Bokhari menutup cerita pasal anak sulungnya dengan nada positif, berharap apa yang dikatakannya itu benar.

    Sambil itu, dia merebahkan diri di atas katil dan memejamkan matanya. Lebih baik melayani matanya yang celik sepanjang perjalanan daripada melayani rungutan isterinya terhadap Dr. Hizbul Muslim. Dia tahu rahsia hati anaknya itu akan terungkai sebelum dia pulang ke Alor Setar bersama-sama Hessa Tanim Atifa dalam dua hari lagi.


    DAISY ANDERSON menutup kaset dan kemudian menutup naskhah Al-Quran yang telah dibacanya selama lebih kurang satu jam. Kaset itu telah dirakamkannya semasa belajar Al-Quran atau mendengar ceramah. Dia akan memasang kaset itu di rumah dan mengulang dengar beberapa kali sehingga lancar dan faham apa yang telah dipelajari bersama-sama guru di masjid atau Pusat Islam. Begitulah cara dia belajar agama.

    "Kalau nak cepat dapat, kenalah usaha lebih." Dia ingat sangat nasihat salah seorang dari gurunya. Setiap kali dia teringat, dia akan senyum. Ah! Kenapa hati ini? Rindukah aku padanya? Ataukah aku hanya menggunakan dia untuk aku dapat berjumpa dengan anakku? Dia menggeleng surut. Tidak. Bukan.

    Setelah membuka telekong dia duduk di meja solek. Selesai menyikat rambut dan meletakkan krim malam yang nipis, dia bangun untuk memasang lampu malap dan menutup lampu bilik. Dia berbaring di atas katil dan memejamkan mata. Ya Allah! Sudah genap dua tahun aku mendiami rumah ini seorang diri. Sudah dua tahun teragedi yang menimpa diriku dan keluargaku berlalu. Sudah dua tahun aku bertaubat dan memohon keampunan Mu. Daku bermohon pada Mu agar Engkau lembutkan hati anakku. Supaya dia memaafkan daku. Ya Allah! Engkau kasihanilah daku. Engkau redailah hidup ku....

    Apabila Daisy Anderson terjaga pada jam empat pagi, tasbih yang dibilangnya ketika mula tidur, masih berada di tangannya. Selepas membaca doa bagun tidur, dia bersuci dan kemudian berdiri di atas sejadah. Dikesempatan yang masih ada, dia berusaha mendirikan malam bagi mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Dialah Tuhan yang telah membukakan jalan pulang selepas terbabas dalam mengharungi kehidupan dunia yang fana ini.


    Posted at 07:18 am by ismad
    Make a comment  

    Friday, October 02, 2009
    Apa yang membuat anda gembira?



    Apa yang membuat seseorang rasa gembira?



    1. Satu tinjauan yang melibatkan 1,280 remaja berumur antara 13-24 tahun oleh The Associated Press and MTV telah menunjukkan bahasa yang paling membahagiakan kebanyakan mereka ialah menghabiskan masa bersama ahli keluarga.

    2. Orang yang paling gembira/bahagia adalah orang yang dikelilingi oleh ahli keluarga dan kawan

    3. Satu artikel menyenaraikan beberapa perkara yang boleh mewujudkan rasa gembira/bahagia, iaitu seperti yang berikut:

    a. Belajar supaya merasa bagahia dengan apa yang ada atau boleh dicapai.

    b. Bangunkan hubungan yang baik antara pasangan, ahli keluarga dan sahabat.

    c. Merasa seronok dengan kerja hakiki (makan gaji atau kerja sendiri) dan kerja-kerja sukarela (untuk membantu orang lain)

    d. Membantu dan berkerjasama dengan orang lain yang memerlukannya

    e. melaksanakan kerja kerohanian yang dianggap lebih penting dari diri sendiri dengan penuh kepercayaan dan keinsafan.


    Yang nyata, setiap orang menjadi gembira disebabkan oleh faktor yang berbeza, bergantung kepada masa dan keadaan.

    Bagi anda pula, apa yang membuat anda rasa gembira atau bahagia?


    Rujukan:

    http://www.cbsnews.com/stories/2007/08/20/health/main3186010.shtml
    http://www.usatoday.com/news/health/2002-12-08-happy-main_x.htm
    http://home.exetel.com.au/h2bh/1-happiness/happy.shtml

    Posted at 07:45 am by ismad
    Make a comment  

    Thursday, October 01, 2009
    Mawar Untuk Umi


    BAB 11-2


    "Ya. Ana dan Cik Fatin."

    "Bila tu Cik Nur Atiqah?"

    "Cadangan awal, terus dari London. Tarikh sebenar ana akan tentukan kemudian. Tapi untuk pemergian yang agak lama tu, Cik Fatin perlu siapkan kerja yang sedang dibuat dan buat arahan untuk menyenggara sistem keselamatan komputer dan rangkaian kepada orang yang akan menanggung kerja."

    "Terima kasih Cik Nur Atiqah. Saya akan mulakan hari ini." Fatin Nabihah keluar dari bilik CEO penuh kegembiraan. Dia tidak menyangka yang dia begitu bernasib baik dapat kepercayaan daripada CEO dan juga Pengerusi Kumpulan Mawaddah. Umi dan abah pasti gembira dengan berita ini nanti. Abang Fai pun.... entahlah Abang Fai ni, mengada lebih!.

    Dalam Perjalanan balik ke Bahagian Keselamatan Kumputer dan Rangkaian, Fatin Nabihah terserempak dengan Doktor Aimi Najwa, Waheda dan Nurul Syuhada.

    "Ni pun dia. Telefon tak angkat. Engkau pergi mana?" tegur Doktor Aimi Najwa.

    "Jumpa bos."

    "Jom minum kat pantri," ajak Waheda.

    "Sibuk sikit. Ada kerja bos suruh buat. Hari Isnin kena bentang kat mesyuarat Lembaga. Kau orang pergilah dulu."

    "Tak ada kau, tak seronoklah minum," tambah Nurul Syuhada.

    "Don't worry. Nanti kita makan tengah hari sama-sama."

    "Okey. Nak apa-apa ke? Saya boleh bawa balik."

    "Tak payah. Thanks."

    Hari Khamis dan Jumaat minggu itu Fatin Nabihah juga tidak dapat minum bersama rakan-rakan dia biasa minum di pantri. Bukan itu sahaja, makan tengah hari pun terpaksa bawa bekal dari rumah. Pukul tiga petang hari Jumaat, barulah dia dapat berbicang dengan Nur Atiqah buat kali terakhir sebelum dibentangkan pada hari Isnin.


    ENCIK BOKHARI DAN PUAN QAISARA HUSNA melabuhkan diri di atas sofa. Doktor Hizbul Muslim memasukkan beg pakaian kedua orang ibu bapanya ke dalam bilik tidur tamu. Hessa Tasnim Atifa datang dari dapur membawa tabung air minum bertapis bersama-sama gelas-gelas kosong. Dia duduk sambil mengisi air ke dalam gelas.

    "Ma! Petang karang mama masak ikan patin asam pedas, ya ma."

    "Abah dan mama, baru sampai. Tak habis pun penat lagi dah nak suruh masak," komen Encik Bokhari, tersenyum melihat gelagat anak bongsunya yang mereka rindui tatkala berjauhan.

    "Bukan Hessa yang nak, abah. Lusa Hessa dah nak balik cuti panjang, kalau nak hari-hari pun boleh makan ikan patin masak asam pedas tu. Abang Hiz tu yang suruh Hessa cakap."

    "Ikan patinnya kami dah belipun semalam, ma," sampuk Doktor Hizbul yang baru kembali dari bilik tidur tamu.

    "Kalau dah ada penyeri rumah, taklah tunggu mama datang baru dapat hidangan ikan patin asam pedas, tu," usik Puan Qaisara, tangannya mencapai gelas yang berisi air minuman. Bibirnya menghirup air, matanya pula mengintai reaksi anak sulungnya yang baru duduk di hadapan.

    "Takkan sama dengan masakan mama. Masakan mama istimewa."

    "Boleh aje belajar, bukan susah macam buat PhD tu."

    "Hmmm..... Calon yang mana pulak mama nak rekomen kat Hiz ni, ma?"

    "Semua yang mama rekomen tak nak. Tak kuasalah mama nak risik-risik lagi anak kawan-kawan mama. Dah tanya, lepas tu tak nak. Segan mama kat kawan-kawan mama tu."

    "Mana abang Hiz nak, ma. Dia dah ada orang. Kalau mama nak tau......"

    "Hessa.......," potong Doktor Hizbul Muslim.


    Posted at 07:05 am by ismad
    Make a comment  

    Sunday, September 27, 2009
    Mawar Untuk Umi



    BAB 11-1



    “SEBAGAI KESIMPULAN, strategi yang saya cadangkan ini dijangka dapat memperkasakan Bahagian Keselamatan Komputer dan Rangkaian. Bahagian ini nanti, bukan sahaja berfungsi dalam menjaga keselamatan sistem komputer dan rangkaian di syarikat ini, bahkan dapat mengeluarkan produk yang akan menambah pendapatan syarikat.”

    “Di samping itu, usahasama yang dicadangkan dengan syarikat di Glasgow, Scotland itu saya yakin akan berkembang dari kita sebagai pekongsi yang pasif kepada pekongsi yang lebih aktif dengan penghasilan produk-produk baru secara usahasama. Saya jangkakan, dalam lima tahun, produk yang dihasilkan di premis kita ini akan menembusi pasaran Britain dan Eropah melalui aktiviti pemasaran bersama dengan syarikat di Glasgow itu.”

    “Fatin! Tahniah,” puji Sheikh Hamdani. “Keep it up.”

    “Terima kasih Tuan Sheikh.”

    “Fatin! Cadangan projek ni sangat bagus. Kami yakin Ahli Lembaga Syarikat akan memberikan sokongan kepada rancangan ini.” Giliran Nur Atiqah pula memberikan sokongan

    “Kami ada buat catatan dalam hardcopy ni. Fatin buat ubahsuai selaid dan kertas kerja. Esok kita bincang kertas kerja yang dah diubahsuai tu. Hari Isnin boleh present pada Lembaga Pengarah. Minta bantuan Pengurus Bahagian Reseach, Development and Innovation, Encik Encik Zambri Muhammad Syukri.”

    “Terma kasih. Saya tak hampakan harapan Cik Nur Atiqah, insya Allah.”

    “Alhamdulillah. Kita patut bersyukur pada Allah yang sentiasa memudahkan kerja kita.”

    “Fatin! Tuan Pengerusi Kumpulan Mawaddah dan ana dah setuju nak hantar Fatin ke Glasgow bulan depan. Kami nak Fatin membuat lawatan sambil belajar di sebuah Syarikat rakan kongsi di sana.”

    “Bulan depan! Bulam Mei ni?” Fatin meminta kepastian.

    “Minggu kedua bulan Mei.”

    “Terima kasih, Cik Nur Atiqah. Terharu saya dengan kepercayaan yang Tuan Sheikh dan Cik Nur Atiqah berikan pada saya.”

    “Fatin. Kepercayaan disertai dengan tanggungjawab. Tanggungjawab Fatin semakin berat. Tapi kami percaya Fatin boleh lakukan.”

    “ Saya akan cuba sedaya upaya agar saya tidak mengecewakan Cik Nur Atiqah, Tuan Sheikh dan juga Syarikat.”

    “Bukan itu sahaja ... Fatin juga berkewajipan untuk bersama-sama membangunkan syarikat ini. Hmmm..... tentang attachment di syarikat rakan kongsi tu, ana akan berikan surat sokongan. Tuan Pengerusi Kumpulan Mawaddah akan meminta syarikat rakan kongsi itu mengeluarkan surat jemputan bagi memudahkan permohonan visa. Jangan lupa juga buat visa di Kedutaan Arab Saudi.”

    “Kedutaan Arab Saudi? Saya ke pergi Arab Saudi juga ke?”

    “Kita akan melawat Ibu pejabat Kumpulah Mawaddah di Jeddah.”

    “Kita?”



    Posted at 07:41 pm by ismad
    Make a comment  

    Next Page