Selamat Datang ke Alur Ilmu

Novel motivasi untuk kecemerlangan pelajar
My other blogs: "Purplemelastoma
Gedung Ilmu
Mawar Untuk Umi (MUU) Ceraka sekadar hiburan
[1]
[2]
[3(1)]
[3(2)]
[4(1)]
[4(2)]
[5(1)]
[5(2)]
[6(1)]
[7(1)]
[7(2)]
[8(1)]
[8(2)]
[9(1)]
[9(2)]
[9(3)]
[10(1)]
[10(2)]
[10(3)]
[10(4)]
[11(1)]
[11(2)]
[11(3)]
[12]
[13(1)]
[13(2)]
[13(3)]
[14(1)]
"Umi tak sayang Tiqah. Itu sebab Umi tinggalkan Tiqah...." Diulang-ulangnya kata-kata itu, dan dia terus menangis, menangis, menangis...
Beng! Satu das tembakan tepat sasarannya pada tengah-tengah dada Nur Atiqah. Satu das lagi menyemburkan darah daripada Ibu Kartini yang telah meluru untuk melindungi Nur Atiqah dengan jiwa dan raganya. Nur Atiqah sempat memeluk Ibu Kartini dari belakang dengan kekuatan yang masih bersisa. "Ya Allah!" Kedua-dua mereka bersama-sama rebah ke atas jubin lorong jalan kaki, kaku.
"Usah ditangisi yang telah pergi. Memang sudah tersurat sejak azali... di Luh Mahfuz tempat tersimpan segala rahsia ....."
|
Panduan Menulis
Panduan Belajar dan Peperiksaan
|
Dapatkan Barangan Halal untuk anda dan keluarga anda
HalalMall, 9163, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Nombor telefon: 03-41066385; HP: 0196346350; Fax 03-41067324
AlHambra Organic Food and Trading, 31-G-01 Jalan Medan PB2B Syeksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor. E-mail: azzain.product@gmail.com
Cokolet dari Tasneem chocolate
Pelbagai produk keluaran muslim oleh HPA Industries Sdn Bhd untuk muslim dan muslimat.
Dapatkan pelbagai informasi dari portal untuk produk-produk muslim di laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Ubat gigi Halagel dan produk-produk lain olehKohalal
Muslim media
HPA
Victus Semulajadi
Kohalal
Az-Zain Halal Products
PERHATIAN: Senarai Hotel dengan Sijil Halal Malaysia
Bahan-bahan Bacaan Menarik
[Selesema babi]
[Vitamin]
Baca
Info
Info halal
Halaman Penerbit
Ulasan Novel
Kebajikan dan Amal
Al Quran On-line
Kalau memang baka yang baik, di tepi longkang pun tetap beseri.
Pink daisy khas buat Darwisi
DAISY ANDERSON DAN SALAMAH LESLEY mimum teh petang di rumah keluarga Mustaffa Adnan berdekatan kawasan Southwark, Greater London. Musim bunga di bulan Mei amat menyegarkan. Dari tingkap yang terbuka luas, boleh sahaja dinikmati pokok-pokok kecil dan besar yang sedang berbunga. Sesetengahnya pohon-pohon endosperma mengeluarkan pucuk-pucuk yang sedang mencambahkan daun dan bunga pada masa yang sama. Spring is when every plant spings up, a time of renewal. Itu ibarat yang berlaku ketika itu. Desiran angin membuai-buai kuntum-kuntum bunga yang pelbagai bauan. Indah dan nyaman apabila bayu mengulis pipi dan menjamah indera bauan. Bukan sahaja begitu, hati-hati yang dibuai perasaan pun turut berbunga apabila disapa bayu musim bunga itu.
|
Peningkatan Ibadat
Berita Dalam Negara
Resepi Masakan Di Internet
Berita Luar Negara
Halaman Sastera
Santapan Jiwa
Kalau Boleh Memilih
Kalau boleh aku memilih
Aku mahu dicipta sebagai sepohon tumbuhan
Dimakan haiwan dan berakhir sebagai seketul najis
Atau hanya sekadar sahelai daun
Gugur ke tanah dihancurkan oleh mikroorganisma
Andai jadi seekor haiwan pula, aku hanya makan dan minum
Mati disembilih atau dimakan haiwan buas tamat riwayat
Jadi ikan pun begitu
Sedang bermain-main di dalam lautan tiba-tiba terperangkap di dalam pukat
Tamat riwayat di dalam kuali bersama asam, garam dan cili
Tetapi aku tiada pilihan
Dijadikan sebagai manusia yang diberi akal dan tanggungjawab
Akan dimatikan dan dihimpun di padang Mahsyar
Akan ditimbang segala amalan baik dan amalan buruk
Aku hanya mampu mengharap dengan penuh positif
Bahawa Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang
Hanya kerana limpah rahmatNya
Mengurniakan aku kejayaan abadi
Air Mata
Air mata mengalir
Dalam tangisan
Seiring warna hati
Gembira
Sedih
Sayu
Kecewa
Namun harus waspada!
Air mata buaya
Lakunan memperdaya
Dan air mata yang paling berharaga
Menitis di malam yang hening
Berbaring, duduk maupun berdiri
Mengenang nasib di alam baqa
Tiada yang melihat
Keculi yang diRindui
5 1.2002
Hujan
Kau dipohon
Kau dipuji
Kau dicaci
Kau dimarahi
Kau dibenci
Pelbagai perasaan dilemaparkan
Apabila kau tak datang
Tanah kering kuntang
Padang pasir gersang
Debu-debu berterbangan
Bahang sinaran suria
terasa hingga ke tulang
Kau dipohon
Apabila kau datang bertalu-talu
Banjir kilat
Harta benda hanyut
Nyawa tergugat
Hakisan melanda
Pergerakan terganggu
Kau dicaci
Kau dimarahi
Kau dibenci
Apabila kau datang di sini
Ada insan memuji
Ada insan membenci
Apabila di sana, tidak di sini
Ada insan membenci
Ada insan memuji
Perasaan mengikut keperluan
Wahai hujan yang patuh sunnatullah
Kaulah air dari langit
Menghidupkan bumi yang mati
Dari mu bermula segala kehidupan
Dengan izin Yang Maha Kuasa
Aku tahu kau ingin berkata demikian
Wahai insan yang sentisa mementingkan diri
Jangan mencaci jangan membenci
Bersyukur dan bersabar
Kerana, bagi setiap insan
tak mungkin sama keperluan
Ogos 1997
Air
Bersih lagi membersihkan
Suci dan mensucikan
Mengikis kotoran dan najis polar bersendirian
Mengikis kotoran bukan polar dengan bantuan penyerak
Daripada permukaan dan dalaman
Itulah air asas kebersihan dan kesucian
Turun dari langit sebagai hujan
Asal dari permukaan paya, sungai dan lautan
Diwapkan dan dijadikan awan
Turun ke bumi menghidupkan dan menyuburkan
Haiwan, tumbuhan dan segala hidupan
Itulah air asas kehidupan dan kesuburan
Mengalir dari hulu ke muara sungai
Dengan arus yang deras atau perlahan
Disekat ampangan dan dikawal laluan
Menghasilkan elektrik yang memancarkan cahaya
Juga tenaga yang menjalankan alat jentara
Itulah air asas keperluan dan keselesaan
Sungguhpun ianya teramat penting
Sumber utama kehidupan
Namun ada manusia yang gelojoh
Mereka yang merosakkan alam sekitar
Mencemarkan segenap badan air
Baik di kolam, di sawah, di paya, di suangi dan di lautan
Itulah air tidak dihargai selagi ada
Cair tetapi boleh dibeku dan diwapkan
Sebatian yang ringkas tetapi stabil
Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen
Boleh melarutkan pelbagai sebatian polar
Bagi kegunaan keseluruhan hidupan
Itulah air
Asas kepada pembinaan sebatian stabil
Berpotensi mengganti petroleum yang kian lengai
Dengan teknologi moden dan terkini
Sumber tenaga baru
Yang bersih dan dan selamat
Yang banyak dan percuma
Itulah air
Sumber tenaga baru akan datang
Anugerah dari Tuhan
Janganlah dicemari dan persiakan
Hargailah dan peliharalah air
Bangunkanlah teknologi baru tenaga
Sebagai sumber baru ekonomi negara
Senjata baru keselamatan negara
Itulah air
Bahan kajian untuk saintis muda
24.11.2001
|
|
Wednesday, September 16, 2009
Telefon bimbit dihidupkan. Beberapa 'miss call' dan pesanan tertera di skrin. Dalam pada cuba membuka pesanan-pesanan itu, satu panggilan masuk ke dalam telefon bimbit.....
"Assalamualikum."
"Waalaikum salam."
"Umi sudah tak ada...."
"Inna Lillah wa inna ilaihirajiun..."
Umi telah pergi semasa saya masih berada di dalam pesawat. Saya begegas ke kampung dan dapat menatap wajah umi yang tenang, pada waktu azan subuh sedang berkumandang.
Sepanjang umi uzur, doa saya hanyalah "Ya Allah! aku bermohon kurniaanMu agar Engkau tidak mengambil umi melainkan Engkau telah mengampunkan segala dosanya dan semoga umi tidak pergi melainkan dia mengucapkan 'la ila ha illallah', sebagai akhir qalamnya."
Al-Fatihah buat umi.
Posted at 09:19 am by ismad
Permalink
Thursday, September 10, 2009
BAB 10-4
"Abang Hiz ni, buat kerja kat rumah, macam kat pejabat. Sebab tulah agaknya Kak Lin tu macam rasa jauh hati. Tiap-tiap kali Kak Lin ajak keluar makan, asyik aje abang kata sibuk."
"Hessa ada "paper" ke, esok?" Doktor Hizbul Muslim menoleh ke arah adik bongsunya, tidak sedikitpun mengendahkan usikan dan sindiran adiknya itu.
"Tak ada. Lagi dua hari, "last paper". Ada apa Abang Hiz tanya?"
"Abang nak ajak Hessa makan kat luar. Makan roti pita special, nak?"
"Betul ke ni Abang Hiz? Rasa tak percaya pulak Hessa."
"Dah! Jangan banyak cakap. Kalau nak ikut, bersiap. Kalau tak nak, duduklah memerap kat rumah ni sorang-sorang."
"Okey. Thanks abang."
Doktor Hizbul Muslim mematikan komputer lalu beredar meninggalkan bilik bekerjanya. Hessa Tasnim mengikuti di belakang. Mereka perlu bersegera kerana waktu untuk makan malam sudah lewat.
DI PARKIR, SHEIKH HAMDANI dan Nur Atiqah sudah berada di dalam kereta untuk pulang. Pemandu, Abdul Rahim pun sudah menghidupkan engin. Dalam pada kereta Mercedes itu mula bergerak, Nur Atiqah tertarik dengan sekumpulan empat orang lelaki yang sedang keluar dari sebuah kereta mewah yang diparkir tidak berapa jauh di hadapan. Seorang lagi baru keluar, dah jadi lima orang semuanya, tiga orang Melayu dan dua orang Cina. Yang paling akhir keluar itu menarik perhatian Nur Atiqah. Dia adalah ialah seorang pekerja di Syarikat Mawaddah Communication International.
Doktor Hizbul Muslim memasuki petak parkir yang sedang dikosongkan kereta Nur Atiqah dan Sheikh Hamdani.
"Cantik kan kereta Mercedes tu? Abang Hiz tak teringin ke nak pandu kereta macam tu?"
"Kalau mampu semua orang nak, Hessa. Insya-Allah kalau ada rezeki, bolehlah ganti kereta abang ni. Tapi tak adalah nak pakai kereta mewah macam tu."
"Abang kerja siang malam kat komputer tu, tak ada hasilnya ke?"
"Entahlah dek, kalau Allah nak beri rezeki, adalah Syarikat yang nak beli software yang abang tengah bangunkan tu. Tapi kalau dapat bayarannya pun, abang tak beli kereta dulu, tau."
"Hessa tau, abang nak kawin, kan, kan.. Kak Lina tu tengah tunggu, kan...kan."
"Tak lah dek. Abang nak belanja abah dengan mama pergi umrah."
"Masukkan Hesssa sekali, ya bang."
"Insya-Allah kalau cukup bujet. Tapi Hessa kena janji dengan abang dulu...."
"Janji? Boleh...."
Doktor Hizbul Muslim menoleh ke sisi sambil tangan kirinya melonggarkan tali keledar. "Jangan sebut lagi tentang Doktor Marlina."
"Kenapa bang? Abang dengan Kak Lina dah putus ke?"
"Tak. Tak pernah putus. Tak pernah pun ada rasa apa-apa. Abang dah cuba nak suka dia lebih daripada rakan sepasukan penyelidikan, tapi......"
Sunyi seketika. Hessa Tasnim Atifa perlu berhati-hati untuk menyambung. Dia pasti tindakan abangnya itu ada kaitan dengan gadis yang gambarnya ada di atas meja abangnya. Tentu abangnya tersangat rindu pada gadis itu.
"Abang Hiz! Gambar kat meja abang tu, siapa bang? Hessa perasan Abang Hiz macam tak nak orang lagi dah."
Doktor Hizbul Muslim menatap sisi wajah adiknya. Mungkin sudah masanya dia tidak berahsia lagi tentang gadis yang selama ini menjadi gadis idamannya. "Nanti, dalam restoran tu, abang cerita."
Hessa Tasnim Atifa mengangguk. Bibirnya mengukir senyum. Akhirnya, dia akan tahu juga siapa gadis yang menjadi rahsia abang sulungnya selama ini.
Posted at 07:58 am by ismad
Permalink
Monday, September 07, 2009
Tajuk adalah penting untuk ditetapkan, tetapi ia tidak semestinya kekal apabila selesai menulis. Ditetapkan tetapi tidak kekal? Anda tak perlu Keliru dengan pernyataan ini. Ia bukan satu paradoks, tetapi sudah menjadi satu norm (kebiasaan) dalam karang-mengarang. Kita akan lihat apa yang saya maksudkan di akhir perbincangan ini nanti. Untuk masa sekarang kita hanya mahu menetapkan tajuk dahulu.
Kenapa kita mahu menetapkan tajuk sebelum kita mengarang? Jawapannya mudah; tajuk adalah seperti jantung di dalam tubuh badan. Jantung merupakan pusat bagi perjalanan darah ke seluruh bahagian tubuh. Perjalanan darah adalah penting untuk membawa nutrien (makanan) dan oksigen ke setiap sel di seluruh tubuh. Sel adalah unit asas di dalam badan. Satu kelompok sel yang sama bentuk dan fungsi membentuk satu tisu dan sekeloppok tisu-tisu yang berkerjasama antara satu sama lain pula membetuk organ. Organ-organ pula akan membentuk suatu tubuh yang lengkap. Ini bermakna setiap sel, setiap tisu, setiap organ adalah dihubungkan kepada jantung. Andainya satu perkataan boleh dianggap sebagai satu sel, satu ayat dianggap sebagai satu tisu dan satu perenggan atau bahagian (atau sub-tajuk) sebagai satu organ, dan seluruh karangan melambangkan seluruh tubuh badan, maka kita lihat setiap daripada elemen dalam karangan itu mestilah ada hubungan dengan tajuk.
Apa maknanya pernyataan di atas bagi seseorang yang sedang hendak memulakan kerja mengarang? Jawapanya ialah, seseorang pengarang wajib memastikan bahawa setiap butir maklumat yang hendak dimuatkan ke dalam sesebuah karangan itu mempunyai kaitan dengan tajuk. Kukuh atau longgar kaitan itu, tidak penting , asalkan sahaja ada kaitan.
Jika demikian, kita harus memilih tajuk yang maklumat tentangnya boleh dicari dan difahami. Tidak ada gunanya memilih tajuk yang maklumatnya banyak tetapi kita tak dapat memahami maklumat yang terkandung di dalamnya. Hanya dari sumber rujukan yang boleh difahami sahaja, maklumat-maklumat yang berkaitan dnegan tajuk dapat diekstrak dan dibuat catatan. Maka setelah kita mengekstrak dan mngumpulkan maklumat barulah kita dapat menyusun maklumat itu menguikut kepentingannya dengan tajuk.
Bagaimana hendak menyusun maklumat berdasarkan kepentingan dengan tajuk? Satu soalan yang penting untuk dijawab. Untuk memudahkan pemahaman mari kita buat empat bulatan satu di dalam yang lain, iaitu yang terkecil diameternya, paling dalam dan terbesar pula paling luar. Di dalam bulatan terkecil itu tuliskan tajuk karangan. Sementara itu, kita pilih beberapa maklumat yang terpenting dan tuliskan (secara ringkas) pada kawasan antara bulatan yang terkecil dan yang kedua kecil. Selepas itu pilih pula maklumat yang kurang sedikit kepentingannya dan letakkan pada ruang antara bulatan ketiga dan kedua. Kaitkan maklumat yang berkaitan pada bulatan dua dan ketiga ini dengan meletakkan anak panah. Ini bermakna, maklumat di dalam bulatan dua ialah sub-tajuk utama dan maklumat dalam bulatan tiga adalah pengembangan kepada sub-tajuk utama itu. Demikian juga dengan bulatan keempat; ia adalah pengembangan atau contoh-contoh khusus kepada maklumat di dalam bulatan ketiga.
Dengan mengamalkan cara ini kita akan dapat membentuk gagasan yang jitu untuk membina kerangka karangan. Sebagai kesimpulan, tajuk asal yang kita dapat, akan digunakan untuk membina kerangkan karangan. Bagaimana pula jika maklumat dan tajuk tidak begitu serasi, sedangkan kita hendak memasukkan semua maklumat yang telah kita susun di dalam bulatan yang konsentrik itu?
Jawapannya ialah kita ubahsuai tajuk kepada yang yang lebih menggambarkan gagasan dan kandungan karangan. Jadi pernyataan yang seakan paradoks tentang tajuk karangan itu sudah terjawab.
Insya-Allah boleh cuba.
Posted at 06:58 am by ismad
Permalink
Monday, August 31, 2009
Penulisan yang berkesan adalah tajuk yang penting untuk dibincangkan. Saya akui, jika kita tahu sedikit sebanyak apa yang dimaksudkan dengan tulisan berkesan, kita akan lebih berhati-hati dalam memilih bidang, tajuk, kandungan, pendekatan, dan cara pembentangan idea dalam menghasilkan sesebuah karangan. Tetapi memilih bidang untuk ditulis pun juga merupakan satu persoalan yang asas, justeru itu perlu diberikan perhatian. Jadi, buat kali ini saya masih memilih untuk membincangkan tentang bahan, khususnya tentang pencarian bahan.
Banyak nampaknya yang hendak difahami sebelum dapat menulis! Tapi tidak mengapa. Saya akan terangkan perlahan-perlahan, satu-satu.
Mula-mula mari kita bincangkan tentang bidang. Untuk menulis tentang sesuatu perkara dengan baik, kita terlebih dahulu mesti mengetahui tentang bidang yang kita hendak tulis itu. Kita mesti lebih tahu daripada pembaca. Kalau kita menulis tentang sesuatu yang semua orang sudah mengetahui, tiada orang yang akan membacanya. Bagaimana pula kita hendak mengetahui sesuatu bidang itu, kalau kita hanya seorang pelajar universiti? Kalau pelajar sekolah menengah pula macam mana?
Pertama kita mesti ada ilmu asas yang kita pelajari secara formal dari kursus atau subjek yang kita ambil di universiti atau di sekolah. Kalau kita jenis orang yang tidak malu bertanya, kita boleh bertanya pada guru atau pensyarah yang ada kepakaran tentang perkara yang kita berminat untuk menulis. Dari situ Kita pilihlah satu bidang yang dibincangkan oleh umum sekarang ini. Antara bidang-bidang yang diperkatakan sekarang ini ialah kemelesetan ekonomi, pencemaran sekitaran, gejala sosial, penghasilan bahan tanaman dan makanan secara moden dan penyakit-penyakit berjangkit. Jika kita menulis tugasan atau assingment untuk memenuhi keperluan kursus, lagi mudah, sebab bidangnya sudah diketahui. Tetapi dalam keghairahan kita memilih bidang, kita berwaspada supaya mengelakkan diri dari menulis tentang perkara yang kontroversi ataupun sesuatu yang tidak etikel dan tidak bermoral.
Selepas memilih bidang, kitapun perlulah membuat kerja sedikit.... mencari bahan. Kerja ini disebut sebagai penyelidikan. Percayalah, sebuah buku ilmiah yang telah siap ditulis, mungkin telah dirujuk kejituan fakta-faktanya dari lebih seratus bahan bacaan yang lain. Malah dalam menulis sebuah novel fiksyen pun begitu juga. Walaupun ceritanya rekaan tetapi latarbelakang tempat kejadian, peralatan yang digunakan, pekerjaan orang-orang yang diceritakan, mestilah logik dan tepat. Tentu sekali perkara-perkara yang berkaitan itu mesti dicari faktanya. Sebagai contoh, jika watak utama adalah seorang doktor di hospital, maka peralatan yang digunakan dan cara kerja seorang doktor mestilah diterangkan dengan tepat. Kalau watak-watak itu bekerja dalam sekitaran bisnes arkitek pula, tentu sekali kita dituntut untuk mengetahui tentang bidang senibena. Jika ada pengalaman, lagi mudah. Pengalaman dapat membantu.
Apakah sumber yang baik untuk mencari rujukan yang akan dijadikan sebagai bahan tulisan? Saya fikir itulah persoalan pertama yang datang ke minda setiap orang yang hendak memulakan penulisan. Jika perkara yang hendak ditulis itu adalah faktual, maka sudah tentu Internet, perpustakaan dan majalah-majalah pendidikan (contohnya, majalah-majalah Dewan, Scientific American dan yang sepadan). Macam mana hendak mendapatkan bahan-bahan yang relevan dari Internet? Jawapannya ialah menggunakan keyword (kata kekunci) yang sesuai. Letakkan kata kekunci itu pada kotak pencarian dan tekan "go". Dalam kurang dari dua puluh saat, kita sudah dapat maklumat yang kita cari. Mudah bukan?
Selepas kita berjaya memilih bidang, kita beralih kepada tahap seterusnya, iaitu memilih tajuk karangan. Bagaimana hendak memilih tajuk yang sesuai? Apa yang dimaksdudkan dengan tajuk yang sesuai? Itulah persoalan asas yang perlu dijawab apabila berdepan dengan tugas menyediakan karangan atau tugasan (assignment).
..... Tajuk akan datang
Posted at 08:47 am by ismad
Permalink
Thursday, August 27, 2009
BAB 10-3
"Tadi abi kata cinta kasih sayang tu sebahagian dari rencah-rencah kebahagian rumah tangga yang berpanjangan. Tiqah rasa sedih sebab abi macam tak dapat aje mengecap sesuatu yang abi idamkan. Tiqah takut Tiqah pun jadi macam tu juga." Wajah mulus anak gadis itu sedikit berkerut kerana menahan sebak. Ya Allah! Kuatkanlah semangat ana. Janganlah ana menambahkan luka di hati abi.
"Hmmm.... Habibati, sebenarnya walid bukan tak dapat mengecap kebahagian yang habibati maksudkan tu."
Diam buat seketika. Sheikh Hamdani mencari ketenangan dalam banjir yang sedang melanda pekarangan hatinya. Dia menentang mata anaknya. Kalaulah masa boleh diputar semula, taklah habibati merindui umi seperti sekarang ni! "Tapi sayang..... hanya buat seketika."
Nur Atiqah terus menatap wajah ayahnya. Nyata wajah ayah terukir sedikit rasa sedih berbaur cemas, tetapi secara keseluruhan dia kelihatan tenang. Malahan ayahnya itu cuba menguntumkan senyuman bagi melindungi perasaan.
Nur Atiqah membalas senyuman itu, rasa sedih sudah ditambahi dengan rasa sebal. Patutkah ana bertanya pada abi tentang sesuatu yang melukai hati abi? "Abi! Tiqah mohon maaf sebab tadi Tiqah tanya abi soalan yang macam tu."
"Tak apa, habibati patut tahu."
Diam. Kedua-dua anak beranak cuba menghabiskan makanan yang sudah menjadi sejuk.
"Habibati! Apa yang walid alami tak diwarisi oleh anaknya. Walid akan berikan sokongan. Abi nak habibati merasai kebahagian yang berpanjangan. Habibati tak usah bimbang."
Nur Atiqah mengangguk. Untuk malam itu dia sudah menutup mindanya dari memikirkan tentang sejarah hidup ayahnya. Dia hanya mahu berbual tentang busines Halal Muslim dan.... mungkin sedikit sebanyak tentang Muiz Afifi. Kerana majlis makan malam itu sudah tinggal tiga hari saja lagi.
DOKTOR HIZBUL MUSLIM memasukkan beberapa baris lagi kod dalam program yang sedang dibangunnya. Dalam dua atau tiga hari lagi keseluruhan program data mining yang sedang dibangunkannya itu sudah lengkap. Akahirnya, usaha gigih selama lebih tiga tahun itu boleh diuji kefungsiannya. Usaha itu telah dimulakan sebelum dia melanjutkan pengajian ke peringkat PhD lagi. Program yang dibangunkan itu mengintegrasikan tiga aspek penting dalam sains pengkomputeran, iaitu smart system, heuristic algorithm dan logical programming. Pelajaran dan pengalaman yang diperolehi dari pengajian peringkat PhD itu telah banyak membantunya memantapkan ilmu pengaturcaraan dalam membina program yang kompleks. Suatu hari nanti dia berharap dapat mengaplikasikan program itu bagi menyaring data yang di simpan di dalam sesebuah komputer atau sistem komputer dalam sesebuah organisasi bagi mengenalpasti insiden pencerobohan dan pencerobohnya sekali.
Hessa Tasnim Atifa mendekati meja bekerja Doktor Hizbul. Sempat dia menatap potret seorang gadis yang ada di atas meja itu. Dia tidak mengenali gadis itu, malah tidak pernah berjumpa pun. Doktor Hizbul Muslim tidak pernah menceritakan kepadanya siapa gadis itu. Kalau ditanyapun dia tidak menjawab soalannya. Sehingga kini, masih menjadi rahsia. Yang pasti dia bukan Doktor Marlina Shaari.
Posted at 07:48 am by ismad
Permalink
Tuesday, August 25, 2009
Menulis: Bahan atau Cerita
Menulis buku bukan-fiksyen atau menulis novel fiksyen hanya melibatkan sebilangan kecil penulis. Masih ramai orang-orang yang mempunyai keperluan untuk menulis, dan menulis dalam bidang dan bentuk penulisan yang lain. Tetapi, ini tidak bermakna orang lain tidak perlu tahu tentang selok-belok menulis. Sebabnya, setiap orang perlu menghasilkan bahan tulisan dalam melaksanakan tugasnya. Contohnya, pensyarah perlu menghasilkan kertas kerja dalam bidang pngkhususannya. Murid-murid sekolah perlu menghasilkan karangan sebagai keperluan sukatan pelajaran dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Pelajar-pelajar kolej dan universiti diwajibkan untuk menyediakan tugasan (assignment) sebagai satu komponen penilaian kursus-kursus yang mereka ambil. Pegawai-pegawai di jabatan kerajaan atau eksekutif dalam syarikat swasta juga diberi tugas untuk menulis laporan terhadap tugasan yang telah selesai. Pendek kata, setiap individu dilatih dan diberi tugasan menulis sejak di bangku sekolah sehinggalah sampai ke alam pekerjaan.
Dalam artikel ringkas ini, penulisan jenis faktual (nukan fiksyen) inilah yang saya akan tekankan. Bukan menulis cerpen atau novel fiksyen!
Baik. Sebelum melanjutkan perbincangan ini, saya mahu bertanya pada anda satu soalan: "Mengapa bahan tulisan juga disebut sebagai cerita?"
Okey, tanpa menunggu jawapan anda, saya jelaskan serba ringkas.
Bahan tulisan menjadi kaku jika ditulis secara deskriptif semata-mata. Boring. Tidak menarik. Oleh itu, penulis haruslah memikirkan bagaimana bahan yang hendak ditulis itu menjadi menarik. Jika kita hendak menulis tentang selsema babi misalnya, tentukan tulisan itu menarik perhatian pembaca. Yang lebih penting ialah mengekalkan pembacaannya sehingga ke noktah terakhir.
Jika kita menulis sebuah nararatif (menceritakan sebuah cerita yang benar), cerpen ataupun novel, kita sebenarnya menyampaikan sebuah cerita. Tetapi jika kita hendak menyampaikan sesuatu bahan faktual kita akan menceritakan tentang bahan tersebut dengan ekspresi kita sendiri. Jadi, dari sini, kita dapati bahawa bahan dan cerita sebenarnya berkait rapat. Apa-apa sahaja yang hendak kita tulis itu boleh ditakrifkan sebagai bahan atau cerita, bergantung dari sudut mana yang kita mahu lihat. Maksudnya kita tidak perlu membahaskan tentang istilah bahan atau cerita, tetapi membahaskan ekspresi yang kita cipta untuk menyampaikan bahan atau cerita tersebut.
Frasa "ekspresi yang kita cipta untuk menyampaikan bahan atau cerita tersebut" boleh diringkaskan dalam satu perkataan, iaitu mengarang. Kita mengarang supaya apa yang kita tulis itu menarik, jelas, sedap dibaca, mudah difahami dan memberi kesan kepada pembaca. Secara ringkas, karangan kita itu merupakan sebuah tulisan yang berkesan.
Ingat! Apa-apapun yang kita tulis, ianya mestilah berkesan. Soalnya, bagaimana caranya untuk melahirkan sebuah tulisan yang berkesan?
Posted at 07:31 am by ismad
Permalink
Sunday, August 23, 2009
Tulisan atau bahan bacaan adalah saluran komunikasi yang penting. Malah dalam penyampaian maklumat, tulisan adalah saluran komunikasi yang terpenting. Tulisan bukan sahaja wujud dalam bentuk bercetak, tetapi juga dalam bentuk digital. Bahan bercetak yang terdapat dalam bentuk surat khabar, majalah dan buku tedapat dijual dikedai-kedai majalah dan kedai buku. Bahan-bahan bercetak ini, jika berguna untuk jangka masa yang lama, akan disimpan diperpustakaan awam atau di rak-rak buku peribadi di rumah. Bahan digital pula disimpan di dalam komputer atau alat penyimpan fail digital yang lain termasuk CD, HD, TD dan juga laman web. Walupun tulisan digital itu adalah dalam bentuk virtual, tetapi proses menyediakannya adalah sama dengan bahan bercetak, iaitu menerusi proses mengarang.
Untuk menulis, beberapa syarat perlu dipatuhi. Pertama sekali, penulis mesti ada bahan yang hendak ditulis. Seorang ahli fizik boleh menulis tentang teori cahaya. Tentu sahaja ada yang berminat untuk membacanya. Seorang sasterawan boleh menulis tentang masalah pencemaran bahasa. Pun akan ada pembacanya. Ada pula seseorang yang mahu menulis novel. Pun ada pembacanya juga. Banyak orang ada bahan yang hendak ditulis.
Memang benar, setiap orang boleh menulis apa sahaja yang ada dalam fikirannya. Tetapi perlu diingat bahawa menulis hanyalah tahap pertama dalam proses menyediakan bahan bacaan untuk tatapan para pembaca. Tahap kedua ialah penerbitannya. Pernerbitan dalam bentuk bahan cetak memakan belanja yang banyak. Para Penerbit perlu mendapat kembali modal yang dibelanjakan dengan tambahan untung melalui penjualan. Pendek kata, semua jenis buku, baik buku-buku ilmiah, buku-buku popular atau pun novel fictions, perlu dibaca oleh ramai orang. Hanya dengan itu penerbit boleh mendapakan pulangan yang setimpal dengan usha mengarang dan kos penerbitan.
Oleh itu, bahan yang hendak ditulis itu mestilah sesuatu yang menarik perhatian pembaca. Kalau tidak, bahan itu tidak akan dibaca oleh sesiapa. Untuk mencapai tujuan ini, setiap jenis bahan cetak mempunyai strategi untuk menaik perhatian pembaca. Contohnya, akhbar tabloid akan menggunakan berita sensesi pada muka hadapannya. Novel Melayu kontemporari pula menggunakan tajuk-tajuk yang berunsur cinta bagi menarik perhatian pembaca yang kepanyakannya terdiri daripada remaja perempuan. Bagi buku-buku popular pula, penerbit dan pengarang menggunakan strategi bagaimana hendak jadi seorang yang berjaya atau seorang yang kaya raya (tanpa banyak modal), sebagai daya tarikan. Bagi sesiapa yang ingin tulisannya dibaca orang, carilah dahulu bidang-bidang atau ceruk-ceruk yang menjadi tumpuan pembaca.
Bagaimanapun bahan atau cerita sahaja tidak cukup untuk meraih minat pembaca. Sesuatu hasil penulisan yang berkualiti mesti ada cerita dan teknik penceritaan yang baik... bersambung.
Posted at 10:27 am by ismad
Permalink
Wednesday, August 19, 2009
BAB 10-2
Tetapi Sheikh Hamdani yang membuka mulut terlebih dahulu. Dia mahu arus perbualan itu disambung segera. Jika keadaan diam berlarutan seketika lagi, ia akan jadi sejuk, sesejuk angin yang ditiup dari corong pendingin hawa yang berdekatan.
“Tentang majlis makan malam tu, memang walid nakkan habibati ikut sama. Sebab walid nak kenalkan habibati dengan bakal rakan kongsi perniagaan Halal Muslim.”
“Perniagaan Halal Muslim? Tak pernah pun abi cerita pasal tu sebelum ni.”
“Habibati kan sibuk..... walid tak nak tambahkan lagi tugas habibati. Jadi, pada peringkat permulaan ni, biarlah walid yang uruskan dulu.”
“Abi! Abi nak luaskan bidang perniagaan Kumpulan Mawaddah ke? Tiqah tak naklah abi jadi sibuk sangat. Abi kena lebih banyak rehat. Tiqah takut....Tiqah takut kalau....”
“Habibati! Walid dah buat perancangan nak kurangkan kesibukan walid. Walid nak tambahkan masa buat kerja-kerja amal. Cuma walid belum bincang strateginya dengan habibati. Tak percaya?” Pantas Sheikh Hamdani memintas luahan perasaan anaknya. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh anaknya itu.
“Susah nak fikir logiknya, tapi Tiqah percaya. Kalau abi cakap, Tiqah tak pernah tak percaya.”
“Macam ni ajelah habibati.... cuba fikir, kalau walid jadi tambah sibuk, macam mana walid nak kawin lepas habibati kawin nanti?”
“Ooo... ye ke abi? Hmmm.... Abi! Boleh tak Tiqah tanya satu soalan lagi?”
“Boleh.” Spontan jawapan Sheikh Hamdani. Dia sudah memikirkan jawapan sekiranya soalan yang paling sensitif dalam hubungan antara dirinya dengan Nur Atiqah. Dia akan berterus terang. Apa-apa yang akan terjadi lepas itu, dia akan berserah pada Tuhan.
“Abi! Abi ada dah ke calon yang bakal jadi umi baru Tiqah tu? Kalau ada, boleh tak abi kenalkan dia pada Tiqah?”
Sheikh Hamdani berhenti seketika. Dia merenung ke hadapan melampaui wajah anaknya yang sedang menunggu jawapan. Daisy? Daisy hanya kenalan. Jika dia kata ‘tak”, dia yakin dia tidak menyembunyikan sesuatu dari anaknya. Jika kata “ya”, betulkah dia ada menyimpan rasa cinta dan kasih pada wanita barat itu?
“Walid belum pasti, tapi walid yakin Tuhan permudahan perkara yang baik.” Itulah jawapan terbaik yang dapat diberikannya.
“Okey.... Tapi siapa orang yang walid nak kenalkan dengan Tiqah tu?”
“Muiz, Encik Muaz Afifi. Dialah yang jumpa walid lepas kita makan tengahari dua hari lalu.”
“Maksud abi, abi nak suruh kami berkenalan ke arah berpanjangan ke?"
"Tak salahkan kan kalau walid usahakan?"
"Tak la salah. Tapi kalau tak jadi apa-apa, abi nak paksa ke?”
“Tak ada paksaan dalam hal munakahat. Habibati bebas pilih lelaki yang habibati suka. Cinta kasih sayang adalah sebahagian dari rencah-rencah kebahagian rumah tangga yang berpanjangan.”
Nampaknya inilah masa untuk Nur Atiqah menanyakan soalan yang telah diolahnya sebelum perbualan melencong ke arah lain. Cepat-cepat dia mengambil peluang itu. “Abi! Boleh tak Tiqah tanya satu soalan lagi?”
“Eh! Ada lagi satu. Ha... apa dia?”
Posted at 08:13 am by ismad
Permalink
|
|
|