Menuntut Ilmu Wajib bagi Semua Mukmin dan Mukminah


Tuntutlah Ilmu dari Buaian hingga ke Liang Lahat

Ilmu itu bagaikan bintang-bintang yang gemerlapan
Menyinari hati sanubari setiap insan yang mendamba kebenaran







Selamat Datang ke
Alur Ilmu





Novel motivasi untuk kecemerlangan pelajar


   

<< July 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



My other blogs: "Purplemelastoma
Gedung Ilmu


Mawar Untuk Umi (MUU)
Ceraka sekadar hiburan


[1] [2] [3(1)] [3(2)] [4(1)] [4(2)] [5(1)] [5(2)] [6(1)] [7(1)] [7(2)] [8(1)] [8(2)] [9(1)] [9(2)] [9(3)] [10(1)] [10(2)] [10(3)] [10(4)] [11(1)] [11(2)] [11(3)] [12] [13(1)] [13(2)]

"Umi tak sayang Tiqah. Itu sebab Umi tinggalkan Tiqah...." Diulang-ulangnya kata-kata itu, dan dia terus menangis, menangis, menangis...
Beng! Satu das tembakan tepat sasarannya pada tengah-tengah dada Nur Atiqah. Satu das lagi menyemburkan darah daripada Ibu Kartini yang telah meluru untuk melindungi Nur Atiqah dengan jiwa dan raganya. Nur Atiqah sempat memeluk Ibu Kartini dari belakang dengan kekuatan yang masih bersisa. "Ya Allah!" Kedua-dua mereka bersama-sama rebah ke atas jubin lorong jalan kaki, kaku.
"Usah ditangisi yang telah pergi. Memang sudah tersurat sejak azali... di Luh Mahfuz tempat tersimpan segala rahsia ....."


Panduan Menulis



Panduan Belajar dan Peperiksaan




Dapatkan Barangan Halal
untuk anda dan keluarga anda

  • HalalMall, 9163, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Nombor telefon: 03-41066385; HP: 0196346350; Fax 03-41067324

  • AlHambra Organic Food and Trading, 31-G-01 Jalan Medan PB2B Syeksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor. E-mail: azzain.product@gmail.com

  • Cokolet dari Tasneem chocolate

  • Pelbagai produk keluaran muslim oleh HPA Industries Sdn Bhd untuk muslim dan muslimat.

  • Dapatkan pelbagai informasi dari portal untuk produk-produk muslim di laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

  • Ubat gigi Halagel dan produk-produk lain olehKohalal

  • Muslim media
  • HPA
  • Victus Semulajadi
  • Kohalal
  • Az-Zain Halal Products
  • PERHATIAN: Senarai Hotel dengan Sijil Halal Malaysia


    Bahan-bahan Bacaan Menarik


    [Selesema babi] [Vitamin] Baca Info Info halal

    Halaman Penerbit Ulasan Novel

    Kebajikan dan Amal

    Al Quran On-line



    Kalau memang baka yang baik, di tepi longkang pun tetap beseri.

    Pink daisy khas buat Darwisi

    DAISY ANDERSON DAN SALAMAH LESLEY mimum teh petang di rumah keluarga Mustaffa Adnan berdekatan kawasan Southwark, Greater London. Musim bunga di bulan Mei amat menyegarkan. Dari tingkap yang terbuka luas, boleh sahaja dinikmati pokok-pokok kecil dan besar yang sedang berbunga. Sesetengahnya pohon-pohon endosperma mengeluarkan pucuk-pucuk yang sedang mencambahkan daun dan bunga pada masa yang sama. Spring is when every plant spings up, a time of renewal. Itu ibarat yang berlaku ketika itu. Desiran angin membuai-buai kuntum-kuntum bunga yang pelbagai bauan. Indah dan nyaman apabila bayu mengulis pipi dan menjamah indera bauan. Bukan sahaja begitu, hati-hati yang dibuai perasaan pun turut berbunga apabila disapa bayu musim bunga itu.





    free counters



    Peningkatan Ibadat



    Berita Dalam Negara


    Resepi Masakan Di Internet


    Berita Luar Negara


    Halaman Sastera



    Santapan Jiwa

    Kalau Boleh Memilih



    Kalau boleh aku memilih
    Aku mahu dicipta sebagai sepohon tumbuhan
    Dimakan haiwan dan berakhir sebagai seketul najis
    Atau hanya sekadar sahelai daun
    Gugur ke tanah dihancurkan oleh mikroorganisma
    Andai jadi seekor haiwan pula, aku hanya makan dan minum
    Mati disembilih atau dimakan haiwan buas tamat riwayat
    Jadi ikan pun begitu
    Sedang bermain-main di dalam lautan tiba-tiba terperangkap di dalam pukat
    Tamat riwayat di dalam kuali bersama asam, garam dan cili
    Tetapi aku tiada pilihan
    Dijadikan sebagai manusia yang diberi akal dan tanggungjawab
    Akan dimatikan dan dihimpun di padang Mahsyar
    Akan ditimbang segala amalan baik dan amalan buruk
    Aku hanya mampu mengharap dengan penuh positif
    Bahawa Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang
    Hanya kerana limpah rahmatNya
    Mengurniakan aku kejayaan abadi

    Air Mata


    Air mata mengalir
    Dalam tangisan
    Seiring warna hati
    Gembira
    Sedih
    Sayu
    Kecewa
    Namun harus waspada!
    Air mata buaya
    Lakunan memperdaya
    Dan air mata yang paling berharaga
    Menitis di malam yang hening
    Berbaring, duduk maupun berdiri
    Mengenang nasib di alam baqa
    Tiada yang melihat
    Keculi yang diRindui

    5 1.2002

    Hujan


    Kau dipohon
    Kau dipuji
    Kau dicaci
    Kau dimarahi
    Kau dibenci
    Pelbagai perasaan dilemaparkan
    Apabila kau tak datang
    Tanah kering kuntang
    Padang pasir gersang
    Debu-debu berterbangan
    Bahang sinaran suria
    terasa hingga ke tulang
    Kau dipohon
    Apabila kau datang bertalu-talu
    Banjir kilat
    Harta benda hanyut
    Nyawa tergugat
    Hakisan melanda
    Pergerakan terganggu
    Kau dicaci
    Kau dimarahi
    Kau dibenci
    Apabila kau datang di sini
    Ada insan memuji
    Ada insan membenci
    Apabila di sana, tidak di sini
    Ada insan membenci
    Ada insan memuji
    Perasaan mengikut keperluan
    Wahai hujan yang patuh sunnatullah
    Kaulah air dari langit
    Menghidupkan bumi yang mati
    Dari mu bermula segala kehidupan
    Dengan izin Yang Maha Kuasa
    Aku tahu kau ingin berkata demikian
    Wahai insan yang sentisa mementingkan diri
    Jangan mencaci jangan membenci
    Bersyukur dan bersabar
    Kerana, bagi setiap insan
    tak mungkin sama keperluan

    Ogos 1997

    Air


    Bersih lagi membersihkan
    Suci dan mensucikan
    Mengikis kotoran dan najis polar bersendirian
    Mengikis kotoran bukan polar dengan bantuan penyerak
    Daripada permukaan dan dalaman
    Itulah air asas kebersihan dan kesucian
    Turun dari langit sebagai hujan
    Asal dari permukaan paya, sungai dan lautan
    Diwapkan dan dijadikan awan
    Turun ke bumi menghidupkan dan menyuburkan
    Haiwan, tumbuhan dan segala hidupan
    Itulah air asas kehidupan dan kesuburan
    Mengalir dari hulu ke muara sungai
    Dengan arus yang deras atau perlahan
    Disekat ampangan dan dikawal laluan
    Menghasilkan elektrik yang memancarkan cahaya
    Juga tenaga yang menjalankan alat jentara
    Itulah air asas keperluan dan keselesaan
    Sungguhpun ianya teramat penting
    Sumber utama kehidupan
    Namun ada manusia yang gelojoh
    Mereka yang merosakkan alam sekitar
    Mencemarkan segenap badan air
    Baik di kolam, di sawah, di paya, di suangi dan di lautan
    Itulah air tidak dihargai selagi ada
    Cair tetapi boleh dibeku dan diwapkan
    Sebatian yang ringkas tetapi stabil
    Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen
    Boleh melarutkan pelbagai sebatian polar
    Bagi kegunaan keseluruhan hidupan
    Itulah air
    Asas kepada pembinaan sebatian stabil
    Berpotensi mengganti petroleum yang kian lengai
    Dengan teknologi moden dan terkini
    Sumber tenaga baru
    Yang bersih dan dan selamat
    Yang banyak dan percuma
    Itulah air
    Sumber tenaga baru akan datang
    Anugerah dari Tuhan
    Janganlah dicemari dan persiakan
    Hargailah dan peliharalah air
    Bangunkanlah teknologi baru tenaga
    Sebagai sumber baru ekonomi negara
    Senjata baru keselamatan negara
    Itulah air
    Bahan kajian untuk saintis muda

    24.11.2001


  • Monday, July 13, 2009
    Mawar Untuk Umi


    Bab Lima (versi 6)-2


    NUR ATIQAH sudah berbaring di atas katil, bersedia untuk tidur. Doa pun sudah dilafazkan, dia menutup mata. Tetapi mata yang tertutup itu bukan membawanya tidur, malahan menjadikan mata itu medan bermainnya peristiwa-peristiwa yang berlaku hari ini.

    Yang pertama menziarahi mindanya ialah ayahnya. Mungkin sebab ayahnya adalah orang yang paling akhir dia berinteraksi. Memang, perkara yang terakhir jika ianya menyeronokkan atau membawa kesedihan akan difikirkan untuk beberapa ketika. Dia pun baru satu jam lalu berhubung dengan ayahnya melalui teleconferencing. Lebih setengah jam mereka berbual.

    “Dah lima hari walid tak ada, habibati apa khabar?”

    “Alhamdulillah, Tiqah baik. Abi sihat di sana tu? Abi kena jaga kesihatan, tau. Abi jangan kerja lebih-lebih sampai abaikan kebajikan diri sendiri.”

    “Insya Allah. Hmmm... habibati. Kalau habibati terasa keseorangan, beritahu walid. Trip walid ke London tu boleh aje walid batalkan.”

    “Kalau abi buat macam tu, nanti kesihatan abi terjejas. Tiqah lagi tak senang hati. Dalam masuk empat bulan duduk kat sini, Tiqah dah boleh berdikari. Lagipun abi, Ibu Kartini ada temankan Tiqah.”

    “Kalau habibati kata macam tu, tak apalah. Kita kekalkan jadual asal. Jadi, walid jumpa habibati dalam tiga minggu di Cyberjaya, Okey?” putus Sheikh Hamdani, tidak pula hendak menyoal lebih lanjut. Di dalam hatinya dia bersyukur dengan memuji Allah, “Ahamdulillah, anak aku sudah belajar berdikari. Mudah-mudahanan dia berjaya.”

    “Insya Allah.”

    “Assalamualikum, habibati.”

    “Waalaikum salam, abi.”

    Hubungan digital diputuskan. Komputer pun dimatikan. Nur Atiqah berteleku sebentar sebelum bereadar dari ‘bilik perhubungan’ dan kemudian bersiap diri untuk tidur.

    Ingatan tentang ayahnya berlalu, kini ingatan tentang Fatin Nabihah pula yang mendatang. Wajah anak buahnya yang ditatapnya di pejabat siang tadi kembali ke dalam mindanya. Benarkah apa yang difikirkannya siang tadi? Dia ingin kepastian. Esok dia akan tanya pada Puan Salmi tentang itu. Tentang Fatin Nabihah.

    Posted at 11:25 am by ismad

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry