Menuntut Ilmu Wajib bagi Semua Mukmin dan Mukminah


Tuntutlah Ilmu dari Buaian hingga ke Liang Lahat

Ilmu itu bagaikan bintang-bintang yang gemerlapan
Menyinari hati sanubari setiap insan yang mendamba kebenaran







Selamat Datang ke
Alur Ilmu





Novel motivasi untuk kecemerlangan pelajar


   

<< July 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



My other blogs: "Purplemelastoma
Gedung Ilmu


Mawar Untuk Umi (MUU)
Ceraka sekadar hiburan


[1] [2] [3(1)] [3(2)] [4(1)] [4(2)] [5(1)] [5(2)] [6(1)] [7(1)] [7(2)] [8(1)] [8(2)] [9(1)] [9(2)] [9(3)] [10(1)] [10(2)] [10(3)] [10(4)] [11(1)] [11(2)] [11(3)] [12] [13(1)] [13(2)]

"Umi tak sayang Tiqah. Itu sebab Umi tinggalkan Tiqah...." Diulang-ulangnya kata-kata itu, dan dia terus menangis, menangis, menangis...
Beng! Satu das tembakan tepat sasarannya pada tengah-tengah dada Nur Atiqah. Satu das lagi menyemburkan darah daripada Ibu Kartini yang telah meluru untuk melindungi Nur Atiqah dengan jiwa dan raganya. Nur Atiqah sempat memeluk Ibu Kartini dari belakang dengan kekuatan yang masih bersisa. "Ya Allah!" Kedua-dua mereka bersama-sama rebah ke atas jubin lorong jalan kaki, kaku.
"Usah ditangisi yang telah pergi. Memang sudah tersurat sejak azali... di Luh Mahfuz tempat tersimpan segala rahsia ....."


Panduan Menulis



Panduan Belajar dan Peperiksaan




Dapatkan Barangan Halal
untuk anda dan keluarga anda

  • HalalMall, 9163, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Nombor telefon: 03-41066385; HP: 0196346350; Fax 03-41067324

  • AlHambra Organic Food and Trading, 31-G-01 Jalan Medan PB2B Syeksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor. E-mail: azzain.product@gmail.com

  • Cokolet dari Tasneem chocolate

  • Pelbagai produk keluaran muslim oleh HPA Industries Sdn Bhd untuk muslim dan muslimat.

  • Dapatkan pelbagai informasi dari portal untuk produk-produk muslim di laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

  • Ubat gigi Halagel dan produk-produk lain olehKohalal

  • Muslim media
  • HPA
  • Victus Semulajadi
  • Kohalal
  • Az-Zain Halal Products
  • PERHATIAN: Senarai Hotel dengan Sijil Halal Malaysia


    Bahan-bahan Bacaan Menarik


    [Selesema babi] [Vitamin] Baca Info Info halal

    Halaman Penerbit Ulasan Novel

    Kebajikan dan Amal

    Al Quran On-line



    Kalau memang baka yang baik, di tepi longkang pun tetap beseri.

    Pink daisy khas buat Darwisi

    DAISY ANDERSON DAN SALAMAH LESLEY mimum teh petang di rumah keluarga Mustaffa Adnan berdekatan kawasan Southwark, Greater London. Musim bunga di bulan Mei amat menyegarkan. Dari tingkap yang terbuka luas, boleh sahaja dinikmati pokok-pokok kecil dan besar yang sedang berbunga. Sesetengahnya pohon-pohon endosperma mengeluarkan pucuk-pucuk yang sedang mencambahkan daun dan bunga pada masa yang sama. Spring is when every plant spings up, a time of renewal. Itu ibarat yang berlaku ketika itu. Desiran angin membuai-buai kuntum-kuntum bunga yang pelbagai bauan. Indah dan nyaman apabila bayu mengulis pipi dan menjamah indera bauan. Bukan sahaja begitu, hati-hati yang dibuai perasaan pun turut berbunga apabila disapa bayu musim bunga itu.





    free counters



    Peningkatan Ibadat



    Berita Dalam Negara


    Resepi Masakan Di Internet


    Berita Luar Negara


    Halaman Sastera



    Santapan Jiwa

    Kalau Boleh Memilih



    Kalau boleh aku memilih
    Aku mahu dicipta sebagai sepohon tumbuhan
    Dimakan haiwan dan berakhir sebagai seketul najis
    Atau hanya sekadar sahelai daun
    Gugur ke tanah dihancurkan oleh mikroorganisma
    Andai jadi seekor haiwan pula, aku hanya makan dan minum
    Mati disembilih atau dimakan haiwan buas tamat riwayat
    Jadi ikan pun begitu
    Sedang bermain-main di dalam lautan tiba-tiba terperangkap di dalam pukat
    Tamat riwayat di dalam kuali bersama asam, garam dan cili
    Tetapi aku tiada pilihan
    Dijadikan sebagai manusia yang diberi akal dan tanggungjawab
    Akan dimatikan dan dihimpun di padang Mahsyar
    Akan ditimbang segala amalan baik dan amalan buruk
    Aku hanya mampu mengharap dengan penuh positif
    Bahawa Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang
    Hanya kerana limpah rahmatNya
    Mengurniakan aku kejayaan abadi

    Air Mata


    Air mata mengalir
    Dalam tangisan
    Seiring warna hati
    Gembira
    Sedih
    Sayu
    Kecewa
    Namun harus waspada!
    Air mata buaya
    Lakunan memperdaya
    Dan air mata yang paling berharaga
    Menitis di malam yang hening
    Berbaring, duduk maupun berdiri
    Mengenang nasib di alam baqa
    Tiada yang melihat
    Keculi yang diRindui

    5 1.2002

    Hujan


    Kau dipohon
    Kau dipuji
    Kau dicaci
    Kau dimarahi
    Kau dibenci
    Pelbagai perasaan dilemaparkan
    Apabila kau tak datang
    Tanah kering kuntang
    Padang pasir gersang
    Debu-debu berterbangan
    Bahang sinaran suria
    terasa hingga ke tulang
    Kau dipohon
    Apabila kau datang bertalu-talu
    Banjir kilat
    Harta benda hanyut
    Nyawa tergugat
    Hakisan melanda
    Pergerakan terganggu
    Kau dicaci
    Kau dimarahi
    Kau dibenci
    Apabila kau datang di sini
    Ada insan memuji
    Ada insan membenci
    Apabila di sana, tidak di sini
    Ada insan membenci
    Ada insan memuji
    Perasaan mengikut keperluan
    Wahai hujan yang patuh sunnatullah
    Kaulah air dari langit
    Menghidupkan bumi yang mati
    Dari mu bermula segala kehidupan
    Dengan izin Yang Maha Kuasa
    Aku tahu kau ingin berkata demikian
    Wahai insan yang sentisa mementingkan diri
    Jangan mencaci jangan membenci
    Bersyukur dan bersabar
    Kerana, bagi setiap insan
    tak mungkin sama keperluan

    Ogos 1997

    Air


    Bersih lagi membersihkan
    Suci dan mensucikan
    Mengikis kotoran dan najis polar bersendirian
    Mengikis kotoran bukan polar dengan bantuan penyerak
    Daripada permukaan dan dalaman
    Itulah air asas kebersihan dan kesucian
    Turun dari langit sebagai hujan
    Asal dari permukaan paya, sungai dan lautan
    Diwapkan dan dijadikan awan
    Turun ke bumi menghidupkan dan menyuburkan
    Haiwan, tumbuhan dan segala hidupan
    Itulah air asas kehidupan dan kesuburan
    Mengalir dari hulu ke muara sungai
    Dengan arus yang deras atau perlahan
    Disekat ampangan dan dikawal laluan
    Menghasilkan elektrik yang memancarkan cahaya
    Juga tenaga yang menjalankan alat jentara
    Itulah air asas keperluan dan keselesaan
    Sungguhpun ianya teramat penting
    Sumber utama kehidupan
    Namun ada manusia yang gelojoh
    Mereka yang merosakkan alam sekitar
    Mencemarkan segenap badan air
    Baik di kolam, di sawah, di paya, di suangi dan di lautan
    Itulah air tidak dihargai selagi ada
    Cair tetapi boleh dibeku dan diwapkan
    Sebatian yang ringkas tetapi stabil
    Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen
    Boleh melarutkan pelbagai sebatian polar
    Bagi kegunaan keseluruhan hidupan
    Itulah air
    Asas kepada pembinaan sebatian stabil
    Berpotensi mengganti petroleum yang kian lengai
    Dengan teknologi moden dan terkini
    Sumber tenaga baru
    Yang bersih dan dan selamat
    Yang banyak dan percuma
    Itulah air
    Sumber tenaga baru akan datang
    Anugerah dari Tuhan
    Janganlah dicemari dan persiakan
    Hargailah dan peliharalah air
    Bangunkanlah teknologi baru tenaga
    Sebagai sumber baru ekonomi negara
    Senjata baru keselamatan negara
    Itulah air
    Bahan kajian untuk saintis muda

    24.11.2001


  • Thursday, July 09, 2009
    Mawar Untuk Umi

    BAB EMPAT (Versi 6) - 2


    KERJA DI PEJABAT hari itu membawa banyak hasil yang baik. Nur Atiqah dan Sheikh Hamdani pulang ke rumah dengan wajah yang ceria dan hati yang penuh kesyukuran. Sesampai di rumah mereka terus makan malam bersama-sama dan kemudian membawa diri ke dalam bilik masing-masing. Setelah itu mereka solat Maghrib dan kemudian 'Isyak secara berjemaah di masjid yang berdekatan.

    Makan sudah solat pun sudah. Mereka ada masa untuk berbual lagi. "Semua dalam rumah ni kepunyaan habibati," ujar Syeikh Hamdani, ketika mereka sedang berehat di ruang keluarga di tingkat atas.

    "Jazakallahu khair, abi," sambut Nur Atiqah. "Tiqah tak dapat membalas semua kebaikan yang abi curahkan kepada Tiqah."

    "Tiada sesiapa yang walid ada lagi di dunia ini selain dari Nur Atiqah, habibati."

    "Kalau hanya untuk Tiqah seorang, mengapa abi bertungkus lumus nak cari harta yang banyak ni? Yang sedia ada pun Tiqah rasa sudah lebih dari memadai."

    "Kan walid dah kata yang kita ni sedang berjihad, habibati tak ingat?"

    Nur Atiqah tidak menjawab. Dia hanya merenung wajah ayahnya yang telah sebulan tidak ditatapnya. Dia ingin ayahnya meneruskan penerangan, walaupun sudah beberapa kali dia mendengar penerangan yang sama. Biar falsafah yang dipegang oleh ayahnya itu tersemat di hatinya sampai bila-bila. Dia ingin bersemangat gagah di dalam walaupun berkeperbadian lembut di luar.

    "Kita perlu membina ekonomi umat Islam. Kita perlu mewujudkan perkerjaan yang menghasilkan rezeki yang halal kepada orang-orang Islam. Kita perlu mengumpul harta supaya kita dapat membayar zakat dan berderma. Walid nakkan Tiqah faham yang segala usaha dan pengorbanan yang kita lakukan di dunia ini mestilah ada nilai akhirat di sisi Tuhan."

    "Tiqah faham apa yang abi fikirkan. Tapi Syarikat yang ada di Jeddah dan London tu, dua-dua besar. Dah lebih daripada cukup abi bayar zakat dan menderma dengan banyak."

    "Lagi banyak kita menderma lagi tinggi kebaktian kita di jalan Allah. Kamu sekali-kali belum sampai kepada kebaktian (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian daripada harta yang kami cintai. Habibati ingat kan ayat sembilan pulah dua surah Al-Baqarah tu? Kalau kita penuhi hidup kita dengan kebaktian, kita boleh mendapatkan taqwa dalam diri kita. Taqwa itu pula adalah sebaik-baik bekalan di akhirat nanti."

    "Apa maksud kebaktian yang sempurna itu abi?"

    "Antara ciri orang yang sampai kepada kebaktiaan yang sempurna itu ialah orang-orang yang mendermakan harta yang mereka sayangi kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, orang-orang yang terlantar dalam perjalanan, dan untuk memerdekakan hamba sahaya. Walid nak tanamkan ciri itu pada diri walid dan diri habibati."

    "Bandingkan apa yang kita dermakan dengan apa yang didermakan oleh para sahabat. Cuba bayangkan kebaktian seorang sahabat Nabi Sallah-u-alaihiwassallam, Abdurrahman Bin A'uf radhia-Allah-hu-anhu. Beliau menderma lebih daripada satu juta dirham sekali beliau menderma. Tu pada zaman Rasullulah. Kalau ditukarkan kepada nilai sekarang, berapa banyak agaknya sahabat tu menderma?"

    Nur Atiqah mengangguk. Dia menerima penerangan ayah yang disayanginya itu. Setiap kali dia mendengar penerangan, setiap kali dia mengakui kebenaran kata-kata ayahnya. Kekuatan dalamannya untuk berjihad juga kian bertambah.

    Mereka terus berbual. Habis satu perkara melompat kepada perkara lain, bagaikan dunia ini penuh dengan peristiwa yang mereka perlu kongsi. Namun ada sesuatu yang mereka jarang-jarang dapat berkongsi. Kalau adapun hanya sedikit sahaja, bagaikan melihat iceburg yang terapung di lautan Arctic, ada sembilan puluh peratus tersembunyi di bawah aras air. Kenapa? Kenapa, sudah dua puluh tujuh tahun dia hidup, belum ada tanda-tanda rahsia itu akan tersingkap? Kenapa umi masih menjadi rahsia?" Tanda tanya.

    Tentang umi. Kerap kali, apabila rancak berbual, timbul keinginan untuk menyelitkan soalan tentang umi. Malam itupun tidak terkecuali. Benarkah dia seorang sahaja yang ada dalam hidup abi? Tidak! Mesti ada seseorang wanita yang pernah melahirkan seorang bayi yang bernama Nur Atiqah. Pasti dia itu umi. Tetapi siapakah umi itu? Masih hidupkah lagi umi? Mengapakah abi tak mahu cerita tentang umi habibahnya yang seorang ini? Apa salah umi, hingga anaknya tak perlu tau tentang umi?"

    Tetapi soalan itu hanya berupa suara hati, rintihan hati yang tak pernah melepasi ruang atrium mahupun ventrikel. Walau berapa banyak darah yang dipam keluar dari jantung, namum soalan tentang umi terpegun di situ. Terpegun bagaikan digam dengan gam cap gajah! Ah! Rasa nak nagis aje. Tapi, ana tak nak abi tahu yang ana sakit. Sakit yang hanya diubati bila ana jumpa umi.

    "Cuti hujung minggu ni walid nak pergi melawat kubur atuk dan nenek. Habibati nak ikut?" Suara garau Syeikh Hamdani mematikan lamunan Nur Atiqah.

    "Tiqah rasa okey aje. Di mana kubur atuk dan nenek tu abi?"

    "Kedah."

    "Kedah, abi?" Ah! Kenapa mesti Kedah?  Dah lama ana tak nak sebut lagi nama negeri tu.

    "Ya, Kedah. Tapi kenapa macam terperanjat aje bunyinya habibati tadi."

    "Err... Macam jauh ke tempat tu, abi."

    "Jauh juga la. Tapi walid mesti pergi. Sudah lebih tiga bulan kubur arwah-arwah tu walid tak di jenguk."

    "Kubur umi pula di mana, abi?" Hanya bisikan hati itu sahaja yang mampu di kata. Rasa sedih dan sayu turut menyapa. Namun dia tidak lagi berani bertanya tentang uminya. Dulu, setiap kali dia bertanya tentang umi, abi akan merasa sedih. Dalam keadaan tekanan darahnya yang sudah menghampiri aras bahaya, Nur Atiqah tidak mahu mengambil risiko. Apa-apa yang terjadi pada abi, dia mungkin akan menjadi anak yatim piatu!

    Nur Atiqah sabar dan dia reda. Itulah kesan pendidikan ayahnya. Biar masa yang menentukan. Jika ditakdirkan dia tidak berjumpa dengan uminya semasa hayatnya, dia pasrah. Namun dia bertekad untuk mencari uminya. Pencarian itu akan bermula hari itu juga. Petunjuk awal tetang sejarah hidup abi, tentunya sejarah umi juga. Suatu yang dia tak pernah tahu sebelum ini. Baling, Kedah. Di situlah satu sumber awal misi pencarian umi. Mudah-mudahan usaha murni itu berakhir dengan kejayaan, insya-Allah.

    Sedikit daripada bahagian iceburg di bawah permukaan lautan Arctic sudah tersingkap. Bertambah ringan rasa hati melepaskan abi kembali ke Jeddah hujung minggu hadapan. Mudah-mudahan ubat yang ana cari akan dijumpai.... umi penawar hati yang rindu.

    Umi! Tunggu Tiqah, ya umi......

    Air mata kasih pada umi mengalir lagi. Air air mata rindu membasahi pipi....


    Posted at 07:35 am by ismad

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry