Menuntut Ilmu Wajib bagi Semua Mukmin dan Mukminah


Tuntutlah Ilmu dari Buaian hingga ke Liang Lahat

Ilmu itu bagaikan bintang-bintang yang gemerlapan
Menyinari hati sanubari setiap insan yang mendamba kebenaran







Selamat Datang ke
Alur Ilmu





Novel motivasi untuk kecemerlangan pelajar


   

<< July 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



My other blogs: "Purplemelastoma
Gedung Ilmu


Mawar Untuk Umi (MUU)
Ceraka sekadar hiburan


[1] [2] [3(1)] [3(2)] [4(1)] [4(2)] [5(1)] [5(2)] [6(1)] [7(1)] [7(2)] [8(1)] [8(2)] [9(1)] [9(2)] [9(3)] [10(1)] [10(2)] [10(3)] [10(4)] [11(1)] [11(2)] [11(3)] [12] [13(1)] [13(2)]

"Umi tak sayang Tiqah. Itu sebab Umi tinggalkan Tiqah...." Diulang-ulangnya kata-kata itu, dan dia terus menangis, menangis, menangis...
Beng! Satu das tembakan tepat sasarannya pada tengah-tengah dada Nur Atiqah. Satu das lagi menyemburkan darah daripada Ibu Kartini yang telah meluru untuk melindungi Nur Atiqah dengan jiwa dan raganya. Nur Atiqah sempat memeluk Ibu Kartini dari belakang dengan kekuatan yang masih bersisa. "Ya Allah!" Kedua-dua mereka bersama-sama rebah ke atas jubin lorong jalan kaki, kaku.
"Usah ditangisi yang telah pergi. Memang sudah tersurat sejak azali... di Luh Mahfuz tempat tersimpan segala rahsia ....."


Panduan Menulis



Panduan Belajar dan Peperiksaan




Dapatkan Barangan Halal
untuk anda dan keluarga anda

  • HalalMall, 9163, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Nombor telefon: 03-41066385; HP: 0196346350; Fax 03-41067324

  • AlHambra Organic Food and Trading, 31-G-01 Jalan Medan PB2B Syeksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor. E-mail: azzain.product@gmail.com

  • Cokolet dari Tasneem chocolate

  • Pelbagai produk keluaran muslim oleh HPA Industries Sdn Bhd untuk muslim dan muslimat.

  • Dapatkan pelbagai informasi dari portal untuk produk-produk muslim di laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

  • Ubat gigi Halagel dan produk-produk lain olehKohalal

  • Muslim media
  • HPA
  • Victus Semulajadi
  • Kohalal
  • Az-Zain Halal Products
  • PERHATIAN: Senarai Hotel dengan Sijil Halal Malaysia


    Bahan-bahan Bacaan Menarik


    [Selesema babi] [Vitamin] Baca Info Info halal

    Halaman Penerbit Ulasan Novel

    Kebajikan dan Amal

    Al Quran On-line



    Kalau memang baka yang baik, di tepi longkang pun tetap beseri.

    Pink daisy khas buat Darwisi

    DAISY ANDERSON DAN SALAMAH LESLEY mimum teh petang di rumah keluarga Mustaffa Adnan berdekatan kawasan Southwark, Greater London. Musim bunga di bulan Mei amat menyegarkan. Dari tingkap yang terbuka luas, boleh sahaja dinikmati pokok-pokok kecil dan besar yang sedang berbunga. Sesetengahnya pohon-pohon endosperma mengeluarkan pucuk-pucuk yang sedang mencambahkan daun dan bunga pada masa yang sama. Spring is when every plant spings up, a time of renewal. Itu ibarat yang berlaku ketika itu. Desiran angin membuai-buai kuntum-kuntum bunga yang pelbagai bauan. Indah dan nyaman apabila bayu mengulis pipi dan menjamah indera bauan. Bukan sahaja begitu, hati-hati yang dibuai perasaan pun turut berbunga apabila disapa bayu musim bunga itu.





    free counters



    Peningkatan Ibadat



    Berita Dalam Negara


    Resepi Masakan Di Internet


    Berita Luar Negara


    Halaman Sastera



    Santapan Jiwa

    Kalau Boleh Memilih



    Kalau boleh aku memilih
    Aku mahu dicipta sebagai sepohon tumbuhan
    Dimakan haiwan dan berakhir sebagai seketul najis
    Atau hanya sekadar sahelai daun
    Gugur ke tanah dihancurkan oleh mikroorganisma
    Andai jadi seekor haiwan pula, aku hanya makan dan minum
    Mati disembilih atau dimakan haiwan buas tamat riwayat
    Jadi ikan pun begitu
    Sedang bermain-main di dalam lautan tiba-tiba terperangkap di dalam pukat
    Tamat riwayat di dalam kuali bersama asam, garam dan cili
    Tetapi aku tiada pilihan
    Dijadikan sebagai manusia yang diberi akal dan tanggungjawab
    Akan dimatikan dan dihimpun di padang Mahsyar
    Akan ditimbang segala amalan baik dan amalan buruk
    Aku hanya mampu mengharap dengan penuh positif
    Bahawa Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang
    Hanya kerana limpah rahmatNya
    Mengurniakan aku kejayaan abadi

    Air Mata


    Air mata mengalir
    Dalam tangisan
    Seiring warna hati
    Gembira
    Sedih
    Sayu
    Kecewa
    Namun harus waspada!
    Air mata buaya
    Lakunan memperdaya
    Dan air mata yang paling berharaga
    Menitis di malam yang hening
    Berbaring, duduk maupun berdiri
    Mengenang nasib di alam baqa
    Tiada yang melihat
    Keculi yang diRindui

    5 1.2002

    Hujan


    Kau dipohon
    Kau dipuji
    Kau dicaci
    Kau dimarahi
    Kau dibenci
    Pelbagai perasaan dilemaparkan
    Apabila kau tak datang
    Tanah kering kuntang
    Padang pasir gersang
    Debu-debu berterbangan
    Bahang sinaran suria
    terasa hingga ke tulang
    Kau dipohon
    Apabila kau datang bertalu-talu
    Banjir kilat
    Harta benda hanyut
    Nyawa tergugat
    Hakisan melanda
    Pergerakan terganggu
    Kau dicaci
    Kau dimarahi
    Kau dibenci
    Apabila kau datang di sini
    Ada insan memuji
    Ada insan membenci
    Apabila di sana, tidak di sini
    Ada insan membenci
    Ada insan memuji
    Perasaan mengikut keperluan
    Wahai hujan yang patuh sunnatullah
    Kaulah air dari langit
    Menghidupkan bumi yang mati
    Dari mu bermula segala kehidupan
    Dengan izin Yang Maha Kuasa
    Aku tahu kau ingin berkata demikian
    Wahai insan yang sentisa mementingkan diri
    Jangan mencaci jangan membenci
    Bersyukur dan bersabar
    Kerana, bagi setiap insan
    tak mungkin sama keperluan

    Ogos 1997

    Air


    Bersih lagi membersihkan
    Suci dan mensucikan
    Mengikis kotoran dan najis polar bersendirian
    Mengikis kotoran bukan polar dengan bantuan penyerak
    Daripada permukaan dan dalaman
    Itulah air asas kebersihan dan kesucian
    Turun dari langit sebagai hujan
    Asal dari permukaan paya, sungai dan lautan
    Diwapkan dan dijadikan awan
    Turun ke bumi menghidupkan dan menyuburkan
    Haiwan, tumbuhan dan segala hidupan
    Itulah air asas kehidupan dan kesuburan
    Mengalir dari hulu ke muara sungai
    Dengan arus yang deras atau perlahan
    Disekat ampangan dan dikawal laluan
    Menghasilkan elektrik yang memancarkan cahaya
    Juga tenaga yang menjalankan alat jentara
    Itulah air asas keperluan dan keselesaan
    Sungguhpun ianya teramat penting
    Sumber utama kehidupan
    Namun ada manusia yang gelojoh
    Mereka yang merosakkan alam sekitar
    Mencemarkan segenap badan air
    Baik di kolam, di sawah, di paya, di suangi dan di lautan
    Itulah air tidak dihargai selagi ada
    Cair tetapi boleh dibeku dan diwapkan
    Sebatian yang ringkas tetapi stabil
    Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen
    Boleh melarutkan pelbagai sebatian polar
    Bagi kegunaan keseluruhan hidupan
    Itulah air
    Asas kepada pembinaan sebatian stabil
    Berpotensi mengganti petroleum yang kian lengai
    Dengan teknologi moden dan terkini
    Sumber tenaga baru
    Yang bersih dan dan selamat
    Yang banyak dan percuma
    Itulah air
    Sumber tenaga baru akan datang
    Anugerah dari Tuhan
    Janganlah dicemari dan persiakan
    Hargailah dan peliharalah air
    Bangunkanlah teknologi baru tenaga
    Sebagai sumber baru ekonomi negara
    Senjata baru keselamatan negara
    Itulah air
    Bahan kajian untuk saintis muda

    24.11.2001


  • Tuesday, July 07, 2009
    Mawar Untuk Umi


    Bab Empat (versi 6)


    TEMPAT KERJA YANG BARU ini memang mencabar. Serba serbi mencabar. Jawatan yang disandang mencabar. Tugas mencabar. Kerja yang penuh cabaran macam inilah yang dicarinya. Cabaran membuat dia teruja untuk mencapai hasil kerja yang terbaik. Tapi yang paling seronok .... hmmm.... big bos tu lah yang paling mencabar. Baru aje kerja, sudah bagi tugas berat. Kena perah otak, kena gembelingkan semua orang bawahan. Buat satu tim, kata bos. Tapi tak mengapa, setahun bekerja di sebuah syarikat kecilan dan setahun lagi pengalaman bekerja di Syarikat Komunikasi dan IT Damai Sendirian Berhad sudah cukup membantu dalam memulakan tugas. Lagi satu, tapi yang ni susah sikit nak difahami. Ada kontradiksi. Lagi banyak bos bagi tugas, lagi seronok. Sebab, bila banyak tugas, selalu kena jumpa bos. Kalau bos bukan Nur Atiqah, mungkin tak macam ni, menyorok pun mungkin.

    Ring, ring, ring....

    Terkejut Fatin Nabihah dari keasyikan menilai prestasinya, konon, setelah sebulan berada di Syaraikat Mawaddah Commnication International Sendiria Berhad. Cepat-cepat dia mencapai gagang telefon.

    “Helo! Fatin ni. Siapa tu?” Riang percakapan Fatin Nabibah hari ini.

    “Ni Kak Salmi. Kak Salmi nak ingatkan Fatin tentang perjumpaan dengan Cik Nur Atiqah esok.”

    “Terima kasih, Kak Salmi. Fatin tak lupa. Semua dah siap, tunggu bentang aje lagi.”

    “Macam ceria aje. Ada apa-apa ke?”

    “Biasa-biasa aje Kak Salmi. Kerja mesti kita jadikan sesuatu yang menyeronokkan. Kalau tak seronok, hasil kerja pun jadi tak berkualiti.”

    “Baguslah tu..... bertambah sukalah bos tu nanti. Apapun esok, pagi ya Fatin. Bukan petang macam dalam jadual asal. Bos kata dia perlu lebih masa nak bincang pasal proposal Fatin tu.”

    “Okey. Terima kasih.” Macam ada hubungan telepati pula. Baru hendak memikirkan tentang pembentangan penganalisaan dan cadangan penambahbaikan sistem keselamatan komputer syarikat, tau-tau Puan Salmi dah telefon. Mudah-mudahan alamat baik.

    Memang pun alamat baik. Pagi keesokan harinya dengan tenang Fatin Nabihah membuat pembentangan, lancar dan yakin. Sepanjang satu jam pembentangan itu, CEO, Cik Nur Atiqah memberikan perhatian dengan penuh minat. Tidak langsung mencelah, ambil nota saja.

    “Ana berpuashati dengan laporan dan cadangan penambahbaikan ini. Ana yakin Pengerusi Kumpulan Mawaddah dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah syarikat bersetuju dengan kajian dan cadangan Cik Fatin. Ana nak Cik Fatin buat pembentangan pada mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat minggu depan,” gulung Nur Atiqah selepas tamat perbincangan yang memakan masa lagi satu jam. Nah! anak buah mana yang tak gembiara kalau bos puji macam tu.

    “Baik, Cik Nur Atiqah. Boleh saya bincang dengan Cik Nur Atiqah tentang format pembentangan? Sebab, sebagai orang baru, saya perlukan kaedah yang bersesuaian dengan syarikat ini.”

    “Kemaskan selaid pembentangan dulu. Dah kemas nanti tunjukkan pada ana. Buat temujanji dengan Puan Salmi. Sebelum tu, ada sebarang masalah di bahagian computer security, Cik Fatin?”

    “Semua baik. Alhamdulillah. Tidak ada apa-apa masalah.”

    “Maksud ana, bagaimana penerimaan Puan Wardah terhadap Cik Fatin.”

    “Puan Wardah baik orangnya. Dia rajin, cuma lambat sikit. Saya rasa dia dapat terima yang saya dilantik mengisi jawatan dia sekarang, walaupun dia tu orang yang lebih lama di syarikat ini.”

    “Alhamdulihllah. Cik Fatin sudah bentuk tim yang ana sarankan dulu?”

    “Saya dah fikirkan tentang tim yang Cik Nur Atiqah sebut tu. Cuma saya perlukan masa untuk mengenali kekutan da kekurangan setiap dari mereka tu.”

    “Yang eloknya, biarlah sesebuah tin tu terdiri daripada eksekutif-eksekutif berpengalaman dan juga yang muda. Galakkan setiap alhi bercakap tanpa mempercayai yang muda itu cetek pandangannya.”

    “Saya janji akan siapkan yang Cik Nur Atiqah minta tu selewat-lewatnya hujung minggu depan. Pandangan Cik Nur Atiqah tu saya jadikan panduan.”

    “Okey. Ada apa-apa lagi yang dilaporkan kepada ana?”

    “Buat masa ini semuanya saya sudah beritahu sebentar tadi.”

    “Baiklah. Kalau begitu. Itu saja untuk kali ini.”

    “Terima kasih. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.”

    “Waalaikum salam.”

    Fatin bangun dan meninggalkan bilik CEO. Setelah bertegur sapa dengan Puan Salmi, dia meneruskan perjalanan ke biliknya. Sepanjang perjalanan itu otaknya sibuk membuat analisis tentang apa yang dikatakan oleh PA itu tadi. Pertama kali bertemu dengan bosnya dahulu memang dia perasan tentang itu. Tetapi, apabila Puan Salmi dan orang-orang lain yang beria-ia memberitahu, dia yakin apa yang dirasakanya itu ada kebenarannya. Confirm!

    Nur Atiqah tersenyum sendiri. Dia gembira dengan pencapaian Fatin Nabihah setakat ini. Fatin Nabihah adalah pilihan yang tepat untuk jawatan Pengurus Keselamatan Komputer dan Rangkaian. Fikirannya berinovasi dan sikapnya pula proaktif. Dua ciri itu sudah cukup membuatkan seseorang CEO gembira, dari awal masuk hingga ke hari ini. Tidak sabar rasanya dia hendak menceritakan pencapaian yang amat positif ini kepada ayahnya. Mujur dia tidak perlu menunggu lama. Petang nanti Sheikh Hamdani akan tiba dari London semasa waktu rehat tengahari. Semua yang berlaku pagi ini insya Allah akan juga menggembirakan Pengerusi Kumpulan Mawaddah itu


    Posted at 07:47 am by ismad

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry