Selamat Datang ke Alur Ilmu

Novel motivasi untuk kecemerlangan pelajar
My other blogs: "Purplemelastoma
Gedung Ilmu
Mawar Untuk Umi (MUU) Ceraka sekadar hiburan
[1]
[2]
[3(1)]
[3(2)]
[4(1)]
[4(2)]
[5(1)]
[5(2)]
[6(1)]
[7(1)]
[7(2)]
[8(1)]
[8(2)]
[9(1)]
[9(2)]
[9(3)]
[10(1)]
[10(2)]
[10(3)]
[10(4)]
[11(1)]
[11(2)]
[11(3)]
[12]
[13(1)]
[13(2)]
"Umi tak sayang Tiqah. Itu sebab Umi tinggalkan Tiqah...." Diulang-ulangnya kata-kata itu, dan dia terus menangis, menangis, menangis...
Beng! Satu das tembakan tepat sasarannya pada tengah-tengah dada Nur Atiqah. Satu das lagi menyemburkan darah daripada Ibu Kartini yang telah meluru untuk melindungi Nur Atiqah dengan jiwa dan raganya. Nur Atiqah sempat memeluk Ibu Kartini dari belakang dengan kekuatan yang masih bersisa. "Ya Allah!" Kedua-dua mereka bersama-sama rebah ke atas jubin lorong jalan kaki, kaku.
"Usah ditangisi yang telah pergi. Memang sudah tersurat sejak azali... di Luh Mahfuz tempat tersimpan segala rahsia ....."
|
Panduan Menulis
Panduan Belajar dan Peperiksaan
|
Dapatkan Barangan Halal untuk anda dan keluarga anda
HalalMall, 9163, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Nombor telefon: 03-41066385; HP: 0196346350; Fax 03-41067324
AlHambra Organic Food and Trading, 31-G-01 Jalan Medan PB2B Syeksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor. E-mail: azzain.product@gmail.com
Cokolet dari Tasneem chocolate
Pelbagai produk keluaran muslim oleh HPA Industries Sdn Bhd untuk muslim dan muslimat.
Dapatkan pelbagai informasi dari portal untuk produk-produk muslim di laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Ubat gigi Halagel dan produk-produk lain olehKohalal
Muslim media
HPA
Victus Semulajadi
Kohalal
Az-Zain Halal Products
PERHATIAN: Senarai Hotel dengan Sijil Halal Malaysia
Bahan-bahan Bacaan Menarik
[Selesema babi]
[Vitamin]
Baca
Info
Info halal
Halaman Penerbit
Ulasan Novel
Kebajikan dan Amal
Al Quran On-line
Kalau memang baka yang baik, di tepi longkang pun tetap beseri.
Pink daisy khas buat Darwisi
DAISY ANDERSON DAN SALAMAH LESLEY mimum teh petang di rumah keluarga Mustaffa Adnan berdekatan kawasan Southwark, Greater London. Musim bunga di bulan Mei amat menyegarkan. Dari tingkap yang terbuka luas, boleh sahaja dinikmati pokok-pokok kecil dan besar yang sedang berbunga. Sesetengahnya pohon-pohon endosperma mengeluarkan pucuk-pucuk yang sedang mencambahkan daun dan bunga pada masa yang sama. Spring is when every plant spings up, a time of renewal. Itu ibarat yang berlaku ketika itu. Desiran angin membuai-buai kuntum-kuntum bunga yang pelbagai bauan. Indah dan nyaman apabila bayu mengulis pipi dan menjamah indera bauan. Bukan sahaja begitu, hati-hati yang dibuai perasaan pun turut berbunga apabila disapa bayu musim bunga itu.
|
Peningkatan Ibadat
Berita Dalam Negara
Resepi Masakan Di Internet
Berita Luar Negara
Halaman Sastera
Santapan Jiwa
Kalau Boleh Memilih
Kalau boleh aku memilih
Aku mahu dicipta sebagai sepohon tumbuhan
Dimakan haiwan dan berakhir sebagai seketul najis
Atau hanya sekadar sahelai daun
Gugur ke tanah dihancurkan oleh mikroorganisma
Andai jadi seekor haiwan pula, aku hanya makan dan minum
Mati disembilih atau dimakan haiwan buas tamat riwayat
Jadi ikan pun begitu
Sedang bermain-main di dalam lautan tiba-tiba terperangkap di dalam pukat
Tamat riwayat di dalam kuali bersama asam, garam dan cili
Tetapi aku tiada pilihan
Dijadikan sebagai manusia yang diberi akal dan tanggungjawab
Akan dimatikan dan dihimpun di padang Mahsyar
Akan ditimbang segala amalan baik dan amalan buruk
Aku hanya mampu mengharap dengan penuh positif
Bahawa Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang
Hanya kerana limpah rahmatNya
Mengurniakan aku kejayaan abadi
Air Mata
Air mata mengalir
Dalam tangisan
Seiring warna hati
Gembira
Sedih
Sayu
Kecewa
Namun harus waspada!
Air mata buaya
Lakunan memperdaya
Dan air mata yang paling berharaga
Menitis di malam yang hening
Berbaring, duduk maupun berdiri
Mengenang nasib di alam baqa
Tiada yang melihat
Keculi yang diRindui
5 1.2002
Hujan
Kau dipohon
Kau dipuji
Kau dicaci
Kau dimarahi
Kau dibenci
Pelbagai perasaan dilemaparkan
Apabila kau tak datang
Tanah kering kuntang
Padang pasir gersang
Debu-debu berterbangan
Bahang sinaran suria
terasa hingga ke tulang
Kau dipohon
Apabila kau datang bertalu-talu
Banjir kilat
Harta benda hanyut
Nyawa tergugat
Hakisan melanda
Pergerakan terganggu
Kau dicaci
Kau dimarahi
Kau dibenci
Apabila kau datang di sini
Ada insan memuji
Ada insan membenci
Apabila di sana, tidak di sini
Ada insan membenci
Ada insan memuji
Perasaan mengikut keperluan
Wahai hujan yang patuh sunnatullah
Kaulah air dari langit
Menghidupkan bumi yang mati
Dari mu bermula segala kehidupan
Dengan izin Yang Maha Kuasa
Aku tahu kau ingin berkata demikian
Wahai insan yang sentisa mementingkan diri
Jangan mencaci jangan membenci
Bersyukur dan bersabar
Kerana, bagi setiap insan
tak mungkin sama keperluan
Ogos 1997
Air
Bersih lagi membersihkan
Suci dan mensucikan
Mengikis kotoran dan najis polar bersendirian
Mengikis kotoran bukan polar dengan bantuan penyerak
Daripada permukaan dan dalaman
Itulah air asas kebersihan dan kesucian
Turun dari langit sebagai hujan
Asal dari permukaan paya, sungai dan lautan
Diwapkan dan dijadikan awan
Turun ke bumi menghidupkan dan menyuburkan
Haiwan, tumbuhan dan segala hidupan
Itulah air asas kehidupan dan kesuburan
Mengalir dari hulu ke muara sungai
Dengan arus yang deras atau perlahan
Disekat ampangan dan dikawal laluan
Menghasilkan elektrik yang memancarkan cahaya
Juga tenaga yang menjalankan alat jentara
Itulah air asas keperluan dan keselesaan
Sungguhpun ianya teramat penting
Sumber utama kehidupan
Namun ada manusia yang gelojoh
Mereka yang merosakkan alam sekitar
Mencemarkan segenap badan air
Baik di kolam, di sawah, di paya, di suangi dan di lautan
Itulah air tidak dihargai selagi ada
Cair tetapi boleh dibeku dan diwapkan
Sebatian yang ringkas tetapi stabil
Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen
Boleh melarutkan pelbagai sebatian polar
Bagi kegunaan keseluruhan hidupan
Itulah air
Asas kepada pembinaan sebatian stabil
Berpotensi mengganti petroleum yang kian lengai
Dengan teknologi moden dan terkini
Sumber tenaga baru
Yang bersih dan dan selamat
Yang banyak dan percuma
Itulah air
Sumber tenaga baru akan datang
Anugerah dari Tuhan
Janganlah dicemari dan persiakan
Hargailah dan peliharalah air
Bangunkanlah teknologi baru tenaga
Sebagai sumber baru ekonomi negara
Senjata baru keselamatan negara
Itulah air
Bahan kajian untuk saintis muda
24.11.2001
|
|
Saturday, June 27, 2009
Bab Dua (Versi 6)
PESAWAT MAS mendarat di KLIA waktu pagi. Dari KLIA mereka terus ke Cyberjaya dengan menaiki sebuah kereta Mercedes Benz 320 berwarna hitam kepunyaan Syarikat. Dalam setengah jam, mereka sudah berada di foyer syarikat Mawaddah Communications International (M) Sendirian Berhad. Ketibaan mereka di sambut oleh empat orang yang berpakaian eksekutif, iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan. Sheikh Hamdani memperkenalkan pengurus-pengurus kepada Nur Atiqah seorang demi seorang.
Dari foyer, mereka terus beredar ke bilik mesyuarat pengurus-pengurus. Selepas memberikan taklimat, Sheikh Hamdani meminta Nur Atiqah mempengerusikan mesyuarat itu. Masing-masing daripada mereka agak terkejut apabila mendapati CEO syarikat adalah seorang wanita muda, cantik dan berjubah. Itulah reaksi pengurus-pengurus apabila Nur Atiqah membuka purdahnya sebelum memulakan ucapannya. Dalam mesyuarat itu diterangkan tanggungjawab atau term of reference, TOR setiap pengurus, penyampaian laporan dan perkembangan semasa, serta perancangan akan datang. Mesyuarat itu diakhiri dengan ikrar taat setia dan kerahasiaan kepada syarikat dan sesi menandatangai borang pengistiharan ikrar tersebut.
Selepas minum dan berkenalan secara tidak formal dengan pengurus-pengurus, Sheikh Hamdani dan Nur Atiqah meninggalkan pejabat untuk pergi ke sebuah rumah bungalo yang lengkap dengan landskap yang cantik dan alat perabut yang mewah. Apabila kereta berhenti, dua orang pembantu rumah datang untuk menyambut dan membawa beg-beg ke dalam rumah.
"Assalamualaikum Tuan Sheikh, assalamualaikum Tiqah." Ibu Kartini memeluk Nur Atiqah dan mencium pipi anak gadis itu.
"Wa'alaikum salam Ibu Tini. Ibu sihat duduk sini?"
"Ibu sihat. Hmmm...Mari ikut ibu tengok bilik Tiqah." Ibu Kartini menapak ke dalam rumah, memanjat tangga ke tingkat atas. Nur Atiqah mengikuti di belakang.
"Ibu Tini, nanti petang-petang ibu tolong susun pakaian Tiqah, ya bu," ujar Nur Atiqah apabila beg-beg kepunyaannya dimasukkan ke dalam bilik itu.
"Ya lah, nanti ibu buat. Sekarang Tiqah rehatlah dulu." Ibu Kartini keluar bilik dan menutup pintu di belakangnya.
Nur Atiqah merebahkan diri di atas katil. Beberapa minit kemudian dia berbaring itu dia sudah tertidur. Ketukan di pintu mengejutkannya.
"Assalamualaikum. Assalamaulaikum. Tiqah! Tiqah!" Suara panggilan mengiringni ketukan.
Nur Atiqah begun dan kemudian duduk di birai katil. "Ya! Bu. Ada apa Ibu Tini?"
"Tiqah! Tuan Sheikh suruh ibu bangunkan Tiqah. Waktu 'Asar udah masuk," Sahut Ibu Kartini dari luar bilik.
"Beritahu Tuan Sheikh, Tiqah dah bangun. Tunggu Tiqah, Tiqah nak solat berjamaah dengan abi. Tiqah nak mandi dulu."
"Baiklah."
Nur Atiqah mengamati sekeliling. Indahnya bilik tidurnya itui! Peralatan dan perhiasan yang menyerikan bilik itu membuat dia terkedu. Semua yang ada di dalam bili tidur itu dikenalinya. Dia ingat di mana peralatan dan perhiasan di dalam bilik itu dibeli. Dia ingat yang mana dibeli di Jeddah, yang mana di London dan yang mana di Turki. Dia ingat yang mana dibeli bersama-sama ayahnya, dan dia ingat yang mana dibeli besama-sama aunti Salamah Lesley Adnan dan pakcik Mustaffa Adnan. Baru sekarang dia dapat melihat dan menggunakan peralatan dan perhiasan yang dibeli itu. Rupa-rupanya semua itu berada di dalam bilik ini!
Sedang dia asyik mengamati peralatan dan perhiasan itu satu demi satu, matanya kembali kepada jam dinding yang mula-mula sekali dicarinya semasa mula-mula dia dibangunkan tadi. Sudah sepuluh minit! Segera dia bangun, tidak mahu ayahnya menunggu lama. Setelah mandi dan mengenakan pakaian untuk bersolat, barulah dia keluar bilik dan mendapatkan ayahnya di dalam bilik solat. Usai solat merekapun minum di ruang makan bersebelahan dapur.
"Walid tengok habibati dah segar. Lama ke dapat tidur?"
"Tiqah letak kepala atas bantal, langsung terlena sampai Ibu Tini ketuk pintu."
"Lebih dua jam habibati tidur tadi. Hmmm… kalau dah segar tu, bolehlah walid tunjukkan Putrajaya lepas minum ni."
"Abi tak rasa letih ke?"
"Dah biasa. Ulang-alik sana sini tiap-tiap minggu."
"Tiqah ikut saja. Boleh Tiqah kenal kenal-kenal tempat tu."
"Kita pergi keliling Putrajaya dulu. Kita solat Maghrib dan Isyak kat Masjid Purtajaya. Lepas Isyak baru kita balik."
"Bagus juga tu. Tiqah naik salin pakaian dululah, abi."
"Walid tunggu di ruang tamu."
Lima belas minit kemudian Sheikh Handani dan Nur Atiqah sudah berada di dalam kereta. Encik Rahim, pemandu yang baru dua bulan bekerja dengan syarikat Mawaddah Communication International itu membawa mereka ke tempat-tempat yang diminta oleh Sheikh Hamdani. Seperti yang dirancang, mereka hanya sampai balik ke rumah selepas waktu isyak.
NUR ATIQAH sudah sedia untuk tidur. Dia berbaring di atas katil yang empuk, mata memandang siling yang berhias ukiran bunga mawar warna emas. Namun, penglihatnnya bukan tertumpu pada ukiran itu, tetapi pada segala peristiwa yang berlaku dari semalam hingga ke hari ini. Dia teringat mengemas pekaiannya ke dalam beg. Dia terigat waktu dia meninggalkan rumah, mengerjakan umrah dan tawaf wida' di Masjidil Haram. Dia teringat waktu sedih yang dialaminya tatkala menaiki pesawat. Semuanya berlaku seperti mimpi. Walhal ianya adalah realiti, betul-betul berlaku ke atas dirinya. Sekarang dia sudah berada di satu tempat yang asing. Suatu tempat yang belum pernah dia sampai sebelum ini ...... Putrajaya dan Cyberjaya, Malaysia.
Petang tadi dia sudah melihat sekitaran yang dia akan tinggal buat masa yang dia sendiri tidak dapat menjangkakan. Sebulan, enam bulan, setahun yang akan datang, dia tidak tahu. Mau-mau dia akan berada di sini seumur hidupnya. Ah sedihnya! Tiada ayah untuk menemani dan menjaga. Tiada sanak saudara tempat berbicara dan bergurau senda. Tiada teman sebagai penglipur lara. Hatinya terus merintih ......
Memikirkan akan nasib diri seperti terbuang itu, kelopak matanya mula menakung air. Dibiarkannya air mata itu mengalir seperti mengalirnya air jernih melalui alur yang berliku-liku. Rasa rindu dan pilu pada umi yang tidak pernah dikenal menambahkan lagi lajunya aliran air jernih di dalam alur yang berliku itu. Umi! Umi! Jeritan perasaannya begitu menghibakan.
Dalam pada hati membawanya ke arah kesedihan, pemikiran rasionalnya pula mula menganalisis sebabnya dia berada di sini. Kecekalan Sheikh Hamdani yang sentiasa bertawakkal dalam usaha jihadnya menjadi sumber kekuatan kepada sesiapa sahaja yang berdamping dengannya. Apatah lagi pada anaknya ini. Lalu arus pemikirannya kini hanya mengambil butiran positif untuk dijadikan asas dalam proses merumus.
Takkanlah abi sanggup meninggalkan sesatunya zuriat yang dia ada di tempat yang asing ini tanpa tujuan! Ternyata ini adalah satu hujah yang baik untuk merangsang perdebatan monolog dalam diri. Pasti abi merancang sesuatu yang akhirnya membahagiakan anak yang disayangi ini. Mungkinkah di sini wujudnya seorang wanita yang dipanggil umi? Dan abi akan memperkenalkan wanita itu agar pencarian terhadap umi berakhir di sini. Mungkinkah abi merancang agar ana bertemu jodoh di sini? Dan abi akan memperkenalkan jejaka itu agar satu jalinan suci akan dapat dibina. Alangkah baiknya jika inilah hasil dari penghijrahan ini. Ana yakin itulah harapan abi. Terima kasih abi yang baik hati.
Dengan terjananya pemikiran positif itu, Nur Atiqah memejamkan mata. Keletihan menguasai dirinya. Perasaan melayang ke mana-mana. Hanya deringan alarm yang kuat sahaja yang berjaya mengejutkannya dari tidur yang amat lena itu.
Lampu tidur yang malap memberikan cahaya yang cukup untuknya mengecam waktu yang ditunjukkan oleh sebuah jam dinding. Pukul empat setengah pagi. Masih dinihari. Bersusah payah dia bangun dan menyediakan diri untuk bermunajjad sebelum mendirikan solat subuh. Biarlah penat pun. Asalkan saja mendiami tempat baru ini dimulakan dengan kepatuhan pada Ilahi. Semoga setiap satu yang dilakukannya kelak di tempat ini, mendapat berkat dan keredaan daripadaNya.
Posted at 08:09 pm by ismad
|
|
|