BAB 11-1
“SEBAGAI KESIMPULAN, strategi yang saya cadangkan ini dijangka dapat memperkasakan Bahagian Keselamatan Komputer dan Rangkaian. Bahagian ini nanti, bukan sahaja berfungsi dalam menjaga keselamatan sistem komputer dan rangkaian di syarikat ini, bahkan dapat mengeluarkan produk yang akan menambah pendapatan syarikat.”
“Di samping itu, usahasama yang dicadangkan dengan syarikat di Glasgow, Scotland itu saya yakin akan berkembang dari kita sebagai pekongsi yang pasif kepada pekongsi yang lebih aktif dengan penghasilan produk-produk baru secara usahasama. Saya jangkakan, dalam lima tahun, produk yang dihasilkan di premis kita ini akan menembusi pasaran Britain dan Eropah melalui aktiviti pemasaran bersama dengan syarikat di Glasgow itu.”
“Fatin! Tahniah,” puji Sheikh Hamdani. “Keep it up.”
“Terima kasih Tuan Sheikh.”
“Fatin! Cadangan projek ni sangat bagus. Kami yakin Ahli Lembaga Syarikat akan memberikan sokongan kepada rancangan ini.” Giliran Nur Atiqah pula memberikan sokongan
“Kami ada buat catatan dalam hardcopy ni. Fatin buat ubahsuai selaid dan kertas kerja. Esok kita bincang kertas kerja yang dah diubahsuai tu. Hari Isnin boleh present pada Lembaga Pengarah. Minta bantuan Pengurus Bahagian Reseach, Development and Innovation, Encik Encik Zambri Muhammad Syukri.”
“Terma kasih. Saya tak hampakan harapan Cik Nur Atiqah, insya Allah.”
“Alhamdulillah. Kita patut bersyukur pada Allah yang sentiasa memudahkan kerja kita.”
“Fatin! Tuan Pengerusi Kumpulan Mawaddah dan ana dah setuju nak hantar Fatin ke Glasgow bulan depan. Kami nak Fatin membuat lawatan sambil belajar di sebuah Syarikat rakan kongsi di sana.”
“Bulan depan! Bulam Mei ni?” Fatin meminta kepastian.
“Minggu kedua bulan Mei.”
“Terima kasih, Cik Nur Atiqah. Terharu saya dengan kepercayaan yang Tuan Sheikh dan Cik Nur Atiqah berikan pada saya.”
“Fatin. Kepercayaan disertai dengan tanggungjawab. Tanggungjawab Fatin semakin berat. Tapi kami percaya Fatin boleh lakukan.”
“ Saya akan cuba sedaya upaya agar saya tidak mengecewakan Cik Nur Atiqah, Tuan Sheikh dan juga Syarikat.”
“Bukan itu sahaja ... Fatin juga berkewajipan untuk bersama-sama membangunkan syarikat ini. Hmmm..... tentang attachment di syarikat rakan kongsi tu, ana akan berikan surat sokongan. Tuan Pengerusi Kumpulan Mawaddah akan meminta syarikat rakan kongsi itu mengeluarkan surat jemputan bagi memudahkan permohonan visa. Jangan lupa juga buat visa di Kedutaan Arab Saudi.”
“Kedutaan Arab Saudi? Saya ke pergi Arab Saudi juga ke?”
“Kita akan melawat Ibu pejabat Kumpulah Mawaddah di Jeddah.”
“Kita?”
Posted at 07:41 pm by ismad