Menuntut Ilmu Wajib bagi Semua Mukmin dan Mukminah


Tuntutlah Ilmu dari Buaian hingga ke Liang Lahat

Ilmu itu bagaikan bintang-bintang yang gemerlapan
Menyinari hati sanubari setiap insan yang mendamba kebenaran







Selamat Datang ke
Alur Ilmu





Novel motivasi untuk kecemerlangan pelajar


   

<< August 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



My other blogs: "Purplemelastoma
Gedung Ilmu


Mawar Untuk Umi (MUU)
Ceraka sekadar hiburan


[1] [2] [3(1)] [3(2)] [4(1)] [4(2)] [5(1)] [5(2)] [6(1)] [7(1)] [7(2)] [8(1)] [8(2)] [9(1)] [9(2)] [9(3)] [10(1)] [10(2)] [10(3)] [10(4)] [11(1)] [11(2)] [11(3)] [12] [13(1)] [13(2)]

"Umi tak sayang Tiqah. Itu sebab Umi tinggalkan Tiqah...." Diulang-ulangnya kata-kata itu, dan dia terus menangis, menangis, menangis...
Beng! Satu das tembakan tepat sasarannya pada tengah-tengah dada Nur Atiqah. Satu das lagi menyemburkan darah daripada Ibu Kartini yang telah meluru untuk melindungi Nur Atiqah dengan jiwa dan raganya. Nur Atiqah sempat memeluk Ibu Kartini dari belakang dengan kekuatan yang masih bersisa. "Ya Allah!" Kedua-dua mereka bersama-sama rebah ke atas jubin lorong jalan kaki, kaku.
"Usah ditangisi yang telah pergi. Memang sudah tersurat sejak azali... di Luh Mahfuz tempat tersimpan segala rahsia ....."


Panduan Menulis



Panduan Belajar dan Peperiksaan




Dapatkan Barangan Halal
untuk anda dan keluarga anda

  • HalalMall, 9163, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Nombor telefon: 03-41066385; HP: 0196346350; Fax 03-41067324

  • AlHambra Organic Food and Trading, 31-G-01 Jalan Medan PB2B Syeksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor. E-mail: azzain.product@gmail.com

  • Cokolet dari Tasneem chocolate

  • Pelbagai produk keluaran muslim oleh HPA Industries Sdn Bhd untuk muslim dan muslimat.

  • Dapatkan pelbagai informasi dari portal untuk produk-produk muslim di laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

  • Ubat gigi Halagel dan produk-produk lain olehKohalal

  • Muslim media
  • HPA
  • Victus Semulajadi
  • Kohalal
  • Az-Zain Halal Products
  • PERHATIAN: Senarai Hotel dengan Sijil Halal Malaysia


    Bahan-bahan Bacaan Menarik


    [Selesema babi] [Vitamin] Baca Info Info halal

    Halaman Penerbit Ulasan Novel

    Kebajikan dan Amal

    Al Quran On-line



    Kalau memang baka yang baik, di tepi longkang pun tetap beseri.

    Pink daisy khas buat Darwisi

    DAISY ANDERSON DAN SALAMAH LESLEY mimum teh petang di rumah keluarga Mustaffa Adnan berdekatan kawasan Southwark, Greater London. Musim bunga di bulan Mei amat menyegarkan. Dari tingkap yang terbuka luas, boleh sahaja dinikmati pokok-pokok kecil dan besar yang sedang berbunga. Sesetengahnya pohon-pohon endosperma mengeluarkan pucuk-pucuk yang sedang mencambahkan daun dan bunga pada masa yang sama. Spring is when every plant spings up, a time of renewal. Itu ibarat yang berlaku ketika itu. Desiran angin membuai-buai kuntum-kuntum bunga yang pelbagai bauan. Indah dan nyaman apabila bayu mengulis pipi dan menjamah indera bauan. Bukan sahaja begitu, hati-hati yang dibuai perasaan pun turut berbunga apabila disapa bayu musim bunga itu.





    free counters



    Peningkatan Ibadat



    Berita Dalam Negara


    Resepi Masakan Di Internet


    Berita Luar Negara


    Halaman Sastera



    Santapan Jiwa

    Kalau Boleh Memilih



    Kalau boleh aku memilih
    Aku mahu dicipta sebagai sepohon tumbuhan
    Dimakan haiwan dan berakhir sebagai seketul najis
    Atau hanya sekadar sahelai daun
    Gugur ke tanah dihancurkan oleh mikroorganisma
    Andai jadi seekor haiwan pula, aku hanya makan dan minum
    Mati disembilih atau dimakan haiwan buas tamat riwayat
    Jadi ikan pun begitu
    Sedang bermain-main di dalam lautan tiba-tiba terperangkap di dalam pukat
    Tamat riwayat di dalam kuali bersama asam, garam dan cili
    Tetapi aku tiada pilihan
    Dijadikan sebagai manusia yang diberi akal dan tanggungjawab
    Akan dimatikan dan dihimpun di padang Mahsyar
    Akan ditimbang segala amalan baik dan amalan buruk
    Aku hanya mampu mengharap dengan penuh positif
    Bahawa Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang
    Hanya kerana limpah rahmatNya
    Mengurniakan aku kejayaan abadi

    Air Mata


    Air mata mengalir
    Dalam tangisan
    Seiring warna hati
    Gembira
    Sedih
    Sayu
    Kecewa
    Namun harus waspada!
    Air mata buaya
    Lakunan memperdaya
    Dan air mata yang paling berharaga
    Menitis di malam yang hening
    Berbaring, duduk maupun berdiri
    Mengenang nasib di alam baqa
    Tiada yang melihat
    Keculi yang diRindui

    5 1.2002

    Hujan


    Kau dipohon
    Kau dipuji
    Kau dicaci
    Kau dimarahi
    Kau dibenci
    Pelbagai perasaan dilemaparkan
    Apabila kau tak datang
    Tanah kering kuntang
    Padang pasir gersang
    Debu-debu berterbangan
    Bahang sinaran suria
    terasa hingga ke tulang
    Kau dipohon
    Apabila kau datang bertalu-talu
    Banjir kilat
    Harta benda hanyut
    Nyawa tergugat
    Hakisan melanda
    Pergerakan terganggu
    Kau dicaci
    Kau dimarahi
    Kau dibenci
    Apabila kau datang di sini
    Ada insan memuji
    Ada insan membenci
    Apabila di sana, tidak di sini
    Ada insan membenci
    Ada insan memuji
    Perasaan mengikut keperluan
    Wahai hujan yang patuh sunnatullah
    Kaulah air dari langit
    Menghidupkan bumi yang mati
    Dari mu bermula segala kehidupan
    Dengan izin Yang Maha Kuasa
    Aku tahu kau ingin berkata demikian
    Wahai insan yang sentisa mementingkan diri
    Jangan mencaci jangan membenci
    Bersyukur dan bersabar
    Kerana, bagi setiap insan
    tak mungkin sama keperluan

    Ogos 1997

    Air


    Bersih lagi membersihkan
    Suci dan mensucikan
    Mengikis kotoran dan najis polar bersendirian
    Mengikis kotoran bukan polar dengan bantuan penyerak
    Daripada permukaan dan dalaman
    Itulah air asas kebersihan dan kesucian
    Turun dari langit sebagai hujan
    Asal dari permukaan paya, sungai dan lautan
    Diwapkan dan dijadikan awan
    Turun ke bumi menghidupkan dan menyuburkan
    Haiwan, tumbuhan dan segala hidupan
    Itulah air asas kehidupan dan kesuburan
    Mengalir dari hulu ke muara sungai
    Dengan arus yang deras atau perlahan
    Disekat ampangan dan dikawal laluan
    Menghasilkan elektrik yang memancarkan cahaya
    Juga tenaga yang menjalankan alat jentara
    Itulah air asas keperluan dan keselesaan
    Sungguhpun ianya teramat penting
    Sumber utama kehidupan
    Namun ada manusia yang gelojoh
    Mereka yang merosakkan alam sekitar
    Mencemarkan segenap badan air
    Baik di kolam, di sawah, di paya, di suangi dan di lautan
    Itulah air tidak dihargai selagi ada
    Cair tetapi boleh dibeku dan diwapkan
    Sebatian yang ringkas tetapi stabil
    Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen
    Boleh melarutkan pelbagai sebatian polar
    Bagi kegunaan keseluruhan hidupan
    Itulah air
    Asas kepada pembinaan sebatian stabil
    Berpotensi mengganti petroleum yang kian lengai
    Dengan teknologi moden dan terkini
    Sumber tenaga baru
    Yang bersih dan dan selamat
    Yang banyak dan percuma
    Itulah air
    Sumber tenaga baru akan datang
    Anugerah dari Tuhan
    Janganlah dicemari dan persiakan
    Hargailah dan peliharalah air
    Bangunkanlah teknologi baru tenaga
    Sebagai sumber baru ekonomi negara
    Senjata baru keselamatan negara
    Itulah air
    Bahan kajian untuk saintis muda

    24.11.2001


  • Monday, August 31, 2009
    Mencari Bahan Karangan



    Penulisan yang berkesan adalah tajuk yang penting untuk dibincangkan. Saya akui, jika kita tahu sedikit sebanyak apa yang dimaksudkan dengan tulisan berkesan, kita akan lebih berhati-hati dalam memilih bidang, tajuk, kandungan, pendekatan, dan cara pembentangan idea dalam menghasilkan sesebuah karangan. Tetapi memilih bidang untuk ditulis pun juga merupakan satu persoalan yang asas, justeru itu perlu diberikan perhatian. Jadi, buat kali ini saya masih memilih untuk membincangkan tentang bahan, khususnya tentang pencarian bahan.

    Banyak nampaknya yang hendak difahami sebelum dapat menulis! Tapi tidak mengapa. Saya akan terangkan perlahan-perlahan, satu-satu.

    Mula-mula mari kita bincangkan tentang bidang. Untuk menulis tentang sesuatu perkara dengan baik, kita terlebih dahulu mesti mengetahui tentang bidang yang kita hendak tulis itu. Kita mesti lebih tahu daripada pembaca. Kalau kita menulis tentang sesuatu yang semua orang sudah mengetahui, tiada orang yang akan membacanya. Bagaimana pula kita hendak mengetahui sesuatu bidang itu, kalau kita hanya seorang pelajar universiti? Kalau pelajar sekolah menengah pula macam mana?

    Pertama kita mesti ada ilmu asas yang kita pelajari secara formal dari kursus atau subjek yang kita ambil di universiti atau di sekolah. Kalau kita jenis orang yang tidak malu bertanya, kita boleh bertanya pada guru atau pensyarah yang ada kepakaran tentang perkara yang kita berminat untuk menulis. Dari situ Kita pilihlah satu bidang yang dibincangkan oleh umum sekarang ini. Antara bidang-bidang yang diperkatakan sekarang ini ialah kemelesetan ekonomi, pencemaran sekitaran, gejala sosial, penghasilan bahan tanaman dan makanan secara moden dan penyakit-penyakit berjangkit. Jika kita menulis tugasan atau assingment untuk memenuhi keperluan kursus, lagi mudah, sebab bidangnya sudah diketahui. Tetapi dalam keghairahan kita memilih bidang, kita berwaspada supaya mengelakkan diri dari menulis tentang perkara yang kontroversi ataupun sesuatu yang tidak etikel dan tidak bermoral.

    Selepas memilih bidang, kitapun perlulah membuat kerja sedikit.... mencari bahan. Kerja ini disebut sebagai penyelidikan. Percayalah, sebuah buku ilmiah yang telah siap ditulis, mungkin telah dirujuk kejituan fakta-faktanya dari lebih seratus bahan bacaan yang lain. Malah dalam menulis sebuah novel fiksyen pun begitu juga. Walaupun ceritanya rekaan tetapi latarbelakang tempat kejadian, peralatan yang digunakan, pekerjaan orang-orang yang diceritakan, mestilah logik dan tepat. Tentu sekali perkara-perkara yang berkaitan itu mesti dicari faktanya. Sebagai contoh, jika watak utama adalah seorang doktor di hospital, maka peralatan yang digunakan dan cara kerja seorang doktor mestilah diterangkan dengan tepat. Kalau watak-watak itu bekerja dalam sekitaran bisnes arkitek pula, tentu sekali kita dituntut untuk mengetahui tentang bidang senibena. Jika ada pengalaman, lagi mudah. Pengalaman dapat membantu.

    Apakah sumber yang baik untuk mencari rujukan yang akan dijadikan sebagai bahan tulisan? Saya fikir itulah persoalan pertama yang datang ke minda setiap orang yang hendak memulakan penulisan. Jika perkara yang hendak ditulis itu adalah faktual, maka sudah tentu Internet, perpustakaan dan majalah-majalah pendidikan (contohnya, majalah-majalah Dewan, Scientific American dan yang sepadan). Macam mana hendak mendapatkan bahan-bahan yang relevan dari Internet? Jawapannya ialah menggunakan keyword (kata kekunci) yang sesuai. Letakkan kata kekunci itu pada kotak pencarian dan tekan "go". Dalam kurang dari dua puluh saat, kita sudah dapat maklumat yang kita cari. Mudah bukan?

    Selepas kita berjaya memilih bidang, kita beralih kepada tahap seterusnya, iaitu memilih tajuk karangan. Bagaimana hendak memilih tajuk yang sesuai? Apa yang dimaksdudkan dengan tajuk yang sesuai? Itulah persoalan asas yang perlu dijawab apabila berdepan dengan tugas menyediakan karangan atau tugasan (assignment).

    ..... Tajuk akan datang


    Posted at 08:47 am by ismad

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry