Menuntut Ilmu Wajib bagi Semua Mukmin dan Mukminah


Tuntutlah Ilmu dari Buaian hingga ke Liang Lahat

Ilmu itu bagaikan bintang-bintang yang gemerlapan
Menyinari hati sanubari setiap insan yang mendamba kebenaran







Selamat Datang ke
Alur Ilmu





Novel motivasi untuk kecemerlangan pelajar


   

<< June 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



My other blogs: "Purplemelastoma
Gedung Ilmu


Mawar Untuk Umi (MUU)
Ceraka sekadar hiburan


[1] [2] [3(1)] [3(2)] [4(1)] [4(2)] [5(1)] [5(2)] [6(1)] [7(1)] [7(2)] [8(1)] [8(2)] [9(1)] [9(2)] [9(3)] [10(1)] [10(2)] [10(3)] [10(4)] [11(1)] [11(2)] [11(3)] [12] [13(1)] [13(2)]

"Umi tak sayang Tiqah. Itu sebab Umi tinggalkan Tiqah...." Diulang-ulangnya kata-kata itu, dan dia terus menangis, menangis, menangis...
Beng! Satu das tembakan tepat sasarannya pada tengah-tengah dada Nur Atiqah. Satu das lagi menyemburkan darah daripada Ibu Kartini yang telah meluru untuk melindungi Nur Atiqah dengan jiwa dan raganya. Nur Atiqah sempat memeluk Ibu Kartini dari belakang dengan kekuatan yang masih bersisa. "Ya Allah!" Kedua-dua mereka bersama-sama rebah ke atas jubin lorong jalan kaki, kaku.
"Usah ditangisi yang telah pergi. Memang sudah tersurat sejak azali... di Luh Mahfuz tempat tersimpan segala rahsia ....."


Panduan Menulis



Panduan Belajar dan Peperiksaan




Dapatkan Barangan Halal
untuk anda dan keluarga anda

  • HalalMall, 9163, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Nombor telefon: 03-41066385; HP: 0196346350; Fax 03-41067324

  • AlHambra Organic Food and Trading, 31-G-01 Jalan Medan PB2B Syeksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor. E-mail: azzain.product@gmail.com

  • Cokolet dari Tasneem chocolate

  • Pelbagai produk keluaran muslim oleh HPA Industries Sdn Bhd untuk muslim dan muslimat.

  • Dapatkan pelbagai informasi dari portal untuk produk-produk muslim di laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

  • Ubat gigi Halagel dan produk-produk lain olehKohalal

  • Muslim media
  • HPA
  • Victus Semulajadi
  • Kohalal
  • Az-Zain Halal Products
  • PERHATIAN: Senarai Hotel dengan Sijil Halal Malaysia


    Bahan-bahan Bacaan Menarik


    [Selesema babi] [Vitamin] Baca Info Info halal

    Halaman Penerbit Ulasan Novel

    Kebajikan dan Amal

    Al Quran On-line



    Kalau memang baka yang baik, di tepi longkang pun tetap beseri.

    Pink daisy khas buat Darwisi

    DAISY ANDERSON DAN SALAMAH LESLEY mimum teh petang di rumah keluarga Mustaffa Adnan berdekatan kawasan Southwark, Greater London. Musim bunga di bulan Mei amat menyegarkan. Dari tingkap yang terbuka luas, boleh sahaja dinikmati pokok-pokok kecil dan besar yang sedang berbunga. Sesetengahnya pohon-pohon endosperma mengeluarkan pucuk-pucuk yang sedang mencambahkan daun dan bunga pada masa yang sama. Spring is when every plant spings up, a time of renewal. Itu ibarat yang berlaku ketika itu. Desiran angin membuai-buai kuntum-kuntum bunga yang pelbagai bauan. Indah dan nyaman apabila bayu mengulis pipi dan menjamah indera bauan. Bukan sahaja begitu, hati-hati yang dibuai perasaan pun turut berbunga apabila disapa bayu musim bunga itu.





    free counters



    Peningkatan Ibadat



    Berita Dalam Negara


    Resepi Masakan Di Internet


    Berita Luar Negara


    Halaman Sastera



    Santapan Jiwa

    Kalau Boleh Memilih



    Kalau boleh aku memilih
    Aku mahu dicipta sebagai sepohon tumbuhan
    Dimakan haiwan dan berakhir sebagai seketul najis
    Atau hanya sekadar sahelai daun
    Gugur ke tanah dihancurkan oleh mikroorganisma
    Andai jadi seekor haiwan pula, aku hanya makan dan minum
    Mati disembilih atau dimakan haiwan buas tamat riwayat
    Jadi ikan pun begitu
    Sedang bermain-main di dalam lautan tiba-tiba terperangkap di dalam pukat
    Tamat riwayat di dalam kuali bersama asam, garam dan cili
    Tetapi aku tiada pilihan
    Dijadikan sebagai manusia yang diberi akal dan tanggungjawab
    Akan dimatikan dan dihimpun di padang Mahsyar
    Akan ditimbang segala amalan baik dan amalan buruk
    Aku hanya mampu mengharap dengan penuh positif
    Bahawa Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang
    Hanya kerana limpah rahmatNya
    Mengurniakan aku kejayaan abadi

    Air Mata


    Air mata mengalir
    Dalam tangisan
    Seiring warna hati
    Gembira
    Sedih
    Sayu
    Kecewa
    Namun harus waspada!
    Air mata buaya
    Lakunan memperdaya
    Dan air mata yang paling berharaga
    Menitis di malam yang hening
    Berbaring, duduk maupun berdiri
    Mengenang nasib di alam baqa
    Tiada yang melihat
    Keculi yang diRindui

    5 1.2002

    Hujan


    Kau dipohon
    Kau dipuji
    Kau dicaci
    Kau dimarahi
    Kau dibenci
    Pelbagai perasaan dilemaparkan
    Apabila kau tak datang
    Tanah kering kuntang
    Padang pasir gersang
    Debu-debu berterbangan
    Bahang sinaran suria
    terasa hingga ke tulang
    Kau dipohon
    Apabila kau datang bertalu-talu
    Banjir kilat
    Harta benda hanyut
    Nyawa tergugat
    Hakisan melanda
    Pergerakan terganggu
    Kau dicaci
    Kau dimarahi
    Kau dibenci
    Apabila kau datang di sini
    Ada insan memuji
    Ada insan membenci
    Apabila di sana, tidak di sini
    Ada insan membenci
    Ada insan memuji
    Perasaan mengikut keperluan
    Wahai hujan yang patuh sunnatullah
    Kaulah air dari langit
    Menghidupkan bumi yang mati
    Dari mu bermula segala kehidupan
    Dengan izin Yang Maha Kuasa
    Aku tahu kau ingin berkata demikian
    Wahai insan yang sentisa mementingkan diri
    Jangan mencaci jangan membenci
    Bersyukur dan bersabar
    Kerana, bagi setiap insan
    tak mungkin sama keperluan

    Ogos 1997

    Air


    Bersih lagi membersihkan
    Suci dan mensucikan
    Mengikis kotoran dan najis polar bersendirian
    Mengikis kotoran bukan polar dengan bantuan penyerak
    Daripada permukaan dan dalaman
    Itulah air asas kebersihan dan kesucian
    Turun dari langit sebagai hujan
    Asal dari permukaan paya, sungai dan lautan
    Diwapkan dan dijadikan awan
    Turun ke bumi menghidupkan dan menyuburkan
    Haiwan, tumbuhan dan segala hidupan
    Itulah air asas kehidupan dan kesuburan
    Mengalir dari hulu ke muara sungai
    Dengan arus yang deras atau perlahan
    Disekat ampangan dan dikawal laluan
    Menghasilkan elektrik yang memancarkan cahaya
    Juga tenaga yang menjalankan alat jentara
    Itulah air asas keperluan dan keselesaan
    Sungguhpun ianya teramat penting
    Sumber utama kehidupan
    Namun ada manusia yang gelojoh
    Mereka yang merosakkan alam sekitar
    Mencemarkan segenap badan air
    Baik di kolam, di sawah, di paya, di suangi dan di lautan
    Itulah air tidak dihargai selagi ada
    Cair tetapi boleh dibeku dan diwapkan
    Sebatian yang ringkas tetapi stabil
    Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen
    Boleh melarutkan pelbagai sebatian polar
    Bagi kegunaan keseluruhan hidupan
    Itulah air
    Asas kepada pembinaan sebatian stabil
    Berpotensi mengganti petroleum yang kian lengai
    Dengan teknologi moden dan terkini
    Sumber tenaga baru
    Yang bersih dan dan selamat
    Yang banyak dan percuma
    Itulah air
    Sumber tenaga baru akan datang
    Anugerah dari Tuhan
    Janganlah dicemari dan persiakan
    Hargailah dan peliharalah air
    Bangunkanlah teknologi baru tenaga
    Sebagai sumber baru ekonomi negara
    Senjata baru keselamatan negara
    Itulah air
    Bahan kajian untuk saintis muda

    24.11.2001


  • Tuesday, June 23, 2009
    Mawar Untuk Umi


    Bab 1 (Versi 8)


    SINAR SURIA PERTENGAHAN PAGI memancarkan cahaya bagai mengucapkan selamat datang kepada ribuan tetamu yang datang semata-mata untuk mendapatkan keredaan Tuhan yang Maha Esa. Hawa dingin di pagi bulan Disember beransur suam. Keadaan untuk beribadat pun terasa semakin selesa. Kalau diikutkan rasa hati, dia tidak mahu berganjak. Dia ingin terus menghadapkan wajah dan perhatiannya ke arah Kaabah dengan bersolat sunat, berdoa dan sujud. Sejak usai tawaf wida’ tadi macam itulah keadaannya, beribadat dengan khusuk di belakang Maqam Nabi Ibrahim. Sudah kira-kira satu jam dia berbuat begitu.

    Baitil Atiq, tidak terbayang bagaimanakah nanti jika dia tidak dapat memandang pada Rumah Ibadat Tertua itu sekerap sekarang? Namun dia terpaksa pergi.

    “Habibati, kita dah nak kena pergi. Flight kita lagi tiga jam.”

    Nur Atiqah terkelinjat. Dia monoleh ke arah datangnya suara itu. “Boleh tunggu sekejap lagi. Tiqah nak sujud lagi sekali. ”

    Sujudnya kali ini agak lama. Sujud penuh tawadduk. Sujud yang diisi dengan doa dan dihiasi oleh titisan air mata. Banyak perkara yang hendak diadukan dan diluahkan kepada yang Ampunya Baitil Aitiq itu, sebanyak air mata yang menitis di atas lantai marmar. Dia bagun dari sujud dan bertafakur buat beberapa minit, matafokus pada tempat dahinya tadi tercacah ke lantai marmar. Dia akan pergi sekarang. Yang tinggal hanyalah kenangan dan manik-manik air mata biru yang membiaskan warna pelangi pada tempat sujudnya tadi.

    Nur Atiqah bangun dan berdiri di sisi Sheikh Hamdani yang sabar menanti. Dia belum mahu melambai selamat tinggal. Dia belum mahu berangkat. Dia mahu menggunakan masa yang masih ada untuk menikmati kedamaian apabila menatap Baitil Atiq yang tersergam di hadapan. Atau memerhati manusia bertali arus mengelilingi Kaabah, dan yang berkelintaran dan berpapasan ke sana ke mari. Pemergian kali ini tidak seperti biasa. Selepas ini entah bila lagi dia akan berpeluang mengecap nikmat ini. . Usai melambai selamat tinggal ke arah Kaabah, Sheikh Hamdani berundur tiga tapak ke belakang. Kemudian dia berpaling membelakangi rumah suci itu untuk meninggalkan kawasan Masjidil Haram. Baru berjalan tiga langkah ke hadapan, khsyuknya dicuri oleh satu esakan. Dia menoleh ke sisi lalu memeluk bahu Nur Atiqah.

    "Habibati, hijrah satu pengorbanan. Pengorbanan memerlukan kesabaran. Tapi, walau jauh manapun kita hijrah, kita akan kembali lagi ke sini, Insya-Allah," pujuk Sheikh Hamdani.

    Nur Atiqh menyeka mata yang dipenuhi air jernih dengan tisu. "Tiqah sedih nak tinggalkan tempat ni, abi. Nanti bila rindu, Tiqah tak tahu nak lepaskan mana. Masjidil Haram jauh, Baitil Atiq pun jauh."

    Sheikh Hamdani tersentuh dengan luahan perasaan anaknya itu. Tiada jawapan segera yang dapat diucapkan. Dia meneruskan langkah. Cepat-cepat mahu sampai ke luar kawasan Masjidil-Haram. Mungkin di dalam kereta nanti kata-kata perangsang lebih mudah disampaikan. Pelukan dibahu dilepaskan, mereka berdua menaiki kereta yang sudah sedia dibuka pintunya oleh pemandu. Kereta bergerak hati-hati, mengelak pejalan kaki yang bersimpang-siur merentas jalan. Kadang-kadang terpaksa berhenti buat beberapa ketika apabila pejalan kaki melintas bertali arus.

    Nur Atiqah tidak hirau semua yang berlaku di luar. Dia hanya memikirkan dirinya. Tentang Masjidil Haram dan Baitil Atiq yang akan ditinggalkan. Tentang hijrah yang bakal dilakukan. Tentang perantauan yang akan dimastautinkan. Jadi, dalam perjalanan ke Lapangan terbang antarabangsa Jeddah yang sedang dilalui itu, air matanya terus menerus mengalir. Esakan terus menerus mendominasi ruang. Sepanjang perjalanan itu jugalah Sheikh Hamdani memeluk bahu anak kesayangannya. Sambil jari-jari mengusap bahu dan belakang, bibirnya berkumit-kumit mencurahkan kata-kata perangsang dan pujukan. Hanya itu sahajalah ubat penenang bagi perasaan yang hanyut tak tahu ke mana.

    "Kita kena sabar habibati. Kita perlu tabah menghadapi cabaran ini. Walaupun kita yang merancangnya, tapi percayalah habibati, semua yang berlaku ini adalah takdir yang telah ditentukan. Yakinlah habibati setiap yang berlaku ini hikmahnya."

    "Tapi Abi, Tiqah akan kehilangan sebahagian daripada hidup Tiqah. Bila Tiqah rasa sayu dan rindu pada umi, dah tak ada Masjidil Haram untuk berteduh, dah tak ada Kaabah tu di depan mata."

    "Allah ada di mana-mana habibati. Allah dengar doa kita walau di manapun kita berada."

    Mudah Sheikh menutur jawapan. Namun jauh di sudut hati dia merasai apa yang dirasakan oleh anaknya itu. Dia saham setiap butir perkataan yang diluahkan sejak meninggalkan Masjidil Haram tadi. Dia tahu di situlah anaknya dapat sumber ketenangan apabila teringatkan uminya. Sejak kecil dia selalu membawa anaknya ke situ. Mereka akan mengerjakan umrah, atau sekadar solat di Masjidil Haram dan tawaf sunat di Baitullah. Setengah hari di situ, Nur Aitiqah akan merasa tenteram.

    "...... dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, akan tenteramlah dia....' (Ayat 97 Surah Ali-Imran)

    Nur Atiqah pernah bertanya pada ayahnya, "Nama Nur Atiqah tu ada kena mengena dengan Baitil Atiq ke, abi?"

    Hati-hati dia menjawab, "Memang nama habibati tu sempena nama Baitil Atiq-lah. Baitil Atiq tu nama lain untuk Baitullah tu. Nur Atiqah tu maknanya Cahaya Rumah Ibadat yang tertua di dunia."

    "Serononk kan abi, kalau nama kita ada kaiatan dengan nama syiar Islam!"

    "Sebaiknya begitulah. Mudah-mudahan dapat berkat dari nama itu. Allah jadikan Baitullah tu sebagai sumber hidayah untuk seluruh umat manusia (Ayat 96 Surah Ali-Imran). Nanti, bila habibati dah besar, habibati jadi orang baik, tau. Insya Allah, habibati jadi sumber hidayah pada kawan-kawan habibati. Dapat imbasan cahaya dari Baitil Atiq."

    "Terima kasih Abi. Tiqah sayang abi." Nur Atiqah akan memeluk ayahnya. Semasa kecil, Sheikh Hamdani akan mencium pipi kemerahan anaknya. Layak sekali kalau dia digelar Humairah.

    Bukan dia tak kesian pada anaknya itu. Bukan dia mengenepikan yang Baitil Atiq dan Masjidil Haram itu mempunayi pengaruh yang besar pada Nur Atiqah. Bukan juga dia tak tahu yang anaknya boleh menghadapi risiko tekanan jiwa kerana kejutan budaya di tempat baru kelak. Tapi demi untuk kebaikan masa depan dia tetap pada pendiriannya ... hijrah. Kerana setiap kebaikan bermula dengan hijrah.

    Di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, beberapa orang teman sudah menunggu. Mereka sampai lebih awal.

    "Kami nak ucapkan selamat jalan pada enti."

    "Kami nak ucapkan selamat berjaya dalam segala urusan enti di sana kelak."

    "Kalau ada rezeki kami akan datang melawat enti di sana nanti."

    Itu janji mereka. Nur Atiqah setakat tersenyum. Senyuman yang manis di bibir, tetapi terasa kelat di hati. Entah bila mereka itu akan sampai ke sana nanti? Entah.

    Selepas dua jam menunggu, saat untuk berlepas sudah tiba. Panggilan untuk penumpang bagi penerbangan pesawat MAS sudah dilaungkan. Sheikh Hamdani mengajak Nur Atiqah untuk masuk ke dalam balai pelepasan. Nur Aitiqah dan teman-temannya juga bangun. Mereka berpelukan dan bersentuhan pipi, sambil meyeka air mata yang mudah keluar apabila dalam keadaan begitu. Selesai berpelukan dia melangkah ke sekatan imigresen dengan hati yang berat. Namun, dia tidak ada pilihan. Tiada ruang untuk berpatah balik. Segala-galanya sudah diatur.

    Dari tempat duduk di tepi tingkap dia menjengah ke bawah. Bumi tempat dia membesar itu semakin ditinggalkan. Semakin lama berada di udara semakin terasa bahawa apa yang ditakutinya selama ini kian menjadi menjadi realiti. Realitinya bukan sahaja pada tempat tetapi juga pada masa. Realiti hijrah dari Tanah Arab ke suatu destinasi yang asing. Realiti bahawa dia akan berada di situ untuk tempoh masa yang tak terjangka, entak sekejap entah selamanya.

    Kini gigi air laut yang memisahkan semenanjung Tanah Arab dengan benua Asia sedang dilalui. Tatkla bumi yang terletaknya Masjdil Haran dan Baitil Atiq itu beransur-ansur hilang dari pandangan, tatkala itulah juga air matanya mengalir. Oh Tuhan seru sekelian alam! Sesungguhnya bumiMu ini amat luas. Sesungguhnya Engkaulah waliku dan wali abiku. Peliharalah aku di mana sahaja aku berada. Ya Allah! Berkatilah hijrah yang abi anjurkan untukku dan kekalkanlah abiku sebagai penjangga ku sehingga sampai janjiMu kepada ku. Doa itu diulanginya berkali-kali. Dan berkali-kali jugalah air jernih turun mengiringi perasaan yang tidak tentu hala itu.

    Satu jam sudah berlalu, destinasi yang dituju semakin hampir. Keyakinannya tentang semangat hijrah dan jihad mula tergugat. Keluh kesah pula mula bertapak. Kerana Nur Atiqah hanyalah seoang gadis biasa. Walaupun sudah menjangkau dewasa, tetap memerlukan seorang penjaga. Semangat juang tidak sentiasa dapat membara. Slogan "pantang mengaku kalah sebelum bertarung, pantang berundur sebelum tewas" pun mula meninggalkan dada. Hatinya yang kadang-kadang rapuh, perlu diyakinkan secara berulang-ulang. Tiada tempat lain untuk mengadu, kecuali ayahnya.

    "Abi! Tiqah semakin tak yakin yang Tiqah boleh memimpin syarikat tu, abi. Tiqah semakin tak yakin yang Tiqah akan berjaya. Tiqah takut abi akan kecewa."

    Shiekh Hamdani mendekatkan mukanya ke arah Nur Atiqah. "Betawakkal kepada Allah, habibati. Kita dah buat persediaan yang rapi. Kita buat yang terbaik. Insya-Allah kita berjaya. Kita lakukan semua ini pun atas dasar jihad. Jihad dalam membangunkan ekonomi umat Islam."

    "Abi terlalu mengharap pada Tiqah."

    "Habibati dah ada pengalaman memimpin syarikat lebih setahun, dan alhamdulillah, berjaya. Insya Allah, pengalaman tu dah cukup untuk beri kenyakian pada diri habibati. Walid sendiri pun yakin dengan kebolehan habibati. Dah, jangan fikir yang negatif macam tu."

    "Tapi Abi, di Jeddah tu, Abi suruh Tiqah jaga syarikat yang Abi dah bina lebih daripada dua puluh tahun. Tapi syarikat yang di Malaysia tu, syarikat baru.... Dahlah keadaan berbeza, Tiqah pulak baru pertama kali nak pijak kaki ke Malaysia. Macam mimpi aje, Abi, Tiqah rasa."

    "Tak perlu risaulah, Habibati. Walid akan ulang-alik antara Jeddah, London dan Kuala Lumpur. Habibati tak seorang buat kerja ni. Timbul masalah, angkat aje telefon tu, tup-tup walid, Insya Allah, dah sampai."

    "Berapa lama abi nak temankan Tiqah kat Kuala Lumpur tu, nanti?"

    "Sebulan. Insya-Allah, Walid pastikan yang habibati dah rasa selesa dulu, baru walid balik ke Jeddah."

    Nur Atiqah menoleh ke sisi. Terima kasihnya diucapkan tanpa kata. Wajah ayahnya yang masih mengekalkan daya tarikan, bersih, tenang dan jernih itu ditatap lama. Wajah itu jarang sekali menunjukkan riak masam atau marah terhadapnya. Tak cukup dengan itu, tangan ayahnya yang terletak pada sempadan dua bangku berjiran itu disauknya dengan tangannya.

    Sheikh Hamdani terkedu. Dia teringat akan masa lampau yang jauh. Begitulah cara umi anak gadis ini menyatakan sesuatu yang dia suka. Namun, cepat dia menyembunyikan apa yang terlintas dalam fikirannya dengan menyambung perbualan.

    "Habibati! Nak buat keputusan hantar habibati jadi CEO syarikat tu, bukannya senang. Abi dah fikir semua buruk baiknya. Solat istikharah, munajad di depan Kaabah dan Multazam pun dah buat. Bila dah buat keputusan, walid serahkan segala-galanya pada Yang Maha Berkuasa. Walid tahu tindakan yang walid buat ni adalah sutu pengorbanan yang amat besar. Pengorbanan untuk diri walid sendiri dan juga habibati. Namun hati walid dah bulat nak lantik habibati jadi CEO di syarikat tu. Kalau Nabi Ibrahim sanggup meletakkan Siti Hajar dan anaknya Ismail bersedirian di padang pasir Mekah yang kering kontang, tak kan walid tak sanggup letakkan seorang anak di bumi Malaysia yang aman damai dan maju? Dalam mengharungi kehidupan ini kita perlu lakukan sedikit pengorbanan. Percayalah habibati. Kalau niat kita ikhlas atas dasar jihad tu, kita akan berjaya dunia dan akhirat."

    Nur Atiqah mengangguk surut. Memberi perhatian walaupun kelopak matanya sudah terkatup rapat. Perkataan hijrah dan jihad itu semakin memberi makna kepadanya. Kedewasaan menambah kesabaran. Kedewasaan juga meningkatkan kefahaman kepada dunia dan tuntutan agama. Apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran yang berkenaan dengan sesuatu situasi, terpujuklah hatinya.

    "Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang maamur, ......" Ayat 110 dari Surah Al-Maidah.

    Itulah perkara terakhir yang berada dalam midanya sebelum dia terlena. Hanya bila tiba waktu untuk makan dan solat barulah dia membuka matanya semula.

    Posted at 07:30 am by ismad

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Home Next Entry