Bab 10-1
SEJAK AKHIR-AKHIR INI Sheikh Hmadani bagai hendak menghulurkan ruang dan peluang kepada anaknya membincangkan perkara-perkara peribadi. Nur Atiqah pun perasaan perubahan yang berlaku pada ayahnya. Dia sudah dewasa. Dia sudah belajar berdikari. Mungkin itulah yang ada dalam fikiran abi.
Malam itu mungkin Sheikh sengaja hendak membawa anaknya makan malam di sebuah restoran yang eksklusif. Malam tengah minggu, malam tengah bulan, memang kurang pengunjung. Keadaan selesa begitu, tentu sesuai untuk membincangkan perkara peribadi. Tak ada orang nak curi-curi dengar. Tak ada Ibu Tini yang tiba-tiba muncul untuk membawa seteko teh atau bertanya itu, bertanya ini. Tapi ketika itu hanya mereka berdua sahaja, tidak ada ganguan.
Mungkinkah secara tidak langsung abi nak bagitau tentang dirinya? Nur Atiqah pun ada terfikir seperti itu. Atau, mungkinkah abi sudah dapat membaca apa yang difikirkannya dalam beberapa minggu ini? Jika begitu keadaanya, inilah masanya untuk bertanyakan hal-hal peribadi ayahnya, Sheikh Hamdani.
"Abi," seru Nur Atiqah untuk meraih perhatian ayahnya. ,br>
“Habibati.” Sahut Sheikh Hamdani, lembut, melayan anak gadisnya itu semanja yang boleh. Dia nak lihat anaknya itu sentiasa ceria.
Nur Atiqah menatap wajah ayahnya. Dia sedang berfikir sama ada mahu meneruskan pertanyaan yang telah difikirkannya sejak beberapa hari yang lalu. Tapi macam mana nak mula? Kena hati-hati nak tanya perkara yang sensitif. Paling mudah ialah meraih simpati ayahnya.
"Minggu depan abi dah balik Jeddah. Nanti Tiqah rindu pada abi."
"Kali ni walid pergi tak lama. Tiga hari di London, sepuluh hari di Jeddah, lepas tu empat hari di Sudan. Semua sekali, tak sampai tiga minggu. Tapi kenapa kali ni habibati macam lain sikit dari yang lepas-lepas bila walid nak pergi?"
"Lain? Tak adalah.... Cuma ..."
"Cuma apa tu?"
"Cuma .... Tiqah ada satu benda nak tanya abi. Boleh tak, abi?"
Sheikh Hamdani membetulkan keduddukannya. Dia mempamerkan wajahnya tenang supaya anaknya dapat meneruskan pertanyaan. "Boleh. Tanyalah."
Nur Atiqah menyuap makanan. Matanya memandang makanan di dalam pinggan dan kemudian memandang lurus ke hadapan. Hendak disebut berasa bersalah, tidak disebutpun salah juga. Tapi, dia masih belum dapat mengumpulkan kekuatan. Mungkin menunggu dorongan dari yang mahu mendengar.
"Habibati malu nak bagitau walid, ke?"
"Tiqah tak malu....Cuma tak berani. Takut Tiqah jadi tak berakhlaq pada abi."
"Macam mana perasaan macam tu boleh timbul pula. Kalau ada apa-apa beritahulah. Macam walid kata tadi, walid akan beri perhatian."
Nur Atiqah berhenti menyuap makan. Dia menatap wajah ayahya tepat pada matanya. Gembira mendengar jaminan ayahnya. "Sungguh abi nak dengar yang Tiqah nak tanya ni?"
"Takkan berat sangat kut soalan tu sampai habibati susah nak sebut."
Kalau tentang dirinya sendiri, taklah berat. Tapi kalau tentang diri ayahnya beratlah juga. Kuatkan semangat Tiqah! Nur Atiqah bertambah yakin.
"Abi! Setakat yang Tiqah tahu, Tiqah tak pernah lihat abi berdamping rapat dengan seorang wanita. Tiqah nak sangat lihat abi hidup bahagia bersama seseorang yang abi cintai."
"Insya-Allah walid akan kahwin suatu hari nanti. Walid janji. Tapi walid nak habibati kawin dulu. Walid tak nak bahagikan perhatian dan kasih sayang pada habibati dengan orang lain."
"Tapi abi, semakin tunggu masa semakin suntuk. Umur Tiqah dah dua puluh tujuh tahun. Abipun dah lebih lima puluh tahun. Tiqah tak dapat nak jangka bila Tiqah kawin. Jadi, abi tak payahlah tunggu Tiqah. Lagipun, Tiqah dah banyak belajar berdikari sejak berpindah ke Malaysia ni."
"Walid yakin, Allah temukan jodoh untuk habibati. Dalam tugas habibati menguruskan syarikat, habibati akan jumpa dengan banyak orang. Insya-Allah habibati akan jumpa orang yang habibati sukai. Walid doakan. Walid akan terus tunggu."
"Terima kasih, abi."
"Hmmm... habibati. Hujung minggu ni jadi ke nak teman walid pergi dinner Hub Halal Muslim tu?"
"Kalau abi insist, Tiqah ikulah."
"Alhamdulillah. Tak lah walid pergi sorang-sorang."
Perbualan behenti sebentar kerana masing-masing sedang menikmati roti pita bersama ayam tanduri. Tetapi dalam diam itu, fikiran Nur Atiqah berputar untuk mengolah satu soalan yang lebih sensitif. Dia sudah dapat kekuatan untuk bertanya sedikit lagi tentang sejarah hidup ayahnya.
Posted at 10:20 am by ismad