BAB 9 -1 (Versi 6)
“SEBAGAI KESIMPULAN prestasi syarikat Mawaddah Communiation International Sendirian Berhad ini adalah seperti yang dijangkakkan. Keadaan cash flow syarikat masih negatif. Pendapatan yang ada hanyalah dari hasil pemasaran barangan yang sedia ada, sama ada diimport dari London atau dari Jeddah. Apabila produk baru syarikat mula menemui pasaran dalam empat bulan lagi cash flow syarikat, insya Allah, akan beransur menjadi positif. ”
Selesai menggulung laporan prestasi syarikat, Nur Atiqah mengalih pandangan kepada Pengerusi Kumpulan Mawaddah, Tuan Sheikh Hamdani.
“Terima kasih Cik Nur Atiqah. Secara keleluruhannya ana berpendapat future outlook syarikat adalah positif. Sebagai pengerusi Kumpulan Mawaddah ana mengucapkan tahniah kepada CEO, ahli Lembaga Pengarah, Pengurus-pengurus dan semua pekerja di Syarikat ini. Sungguhpun begitu ana masih mahu mengingatkan supaya kamu semua terus bekerja keras untuk mencapai sekurang-kurangnya seperti jangkaan yang tertulis dalam plan perniagaan yang asal.”
“Ana syorkan supaya syarikat memasarkan produk-produk keluaran syarikat-syarikat dari Glasgow dan Ediburgh yang memilih syarikat kita sebagai wakil pemasaran untuk rantau Asia Tenggara. Kita perlukan aktiviti pemasaran yang lebih agresif. Kalau kita dapat memberikan kepercayaan kepada mereka tentang kemampuan kita, mereka akan juga memasarkan produk-produk baru kita di UK nanti. Memasarkan produk secara joint marketing akan menguntungkan kedua-dua pihak.”
“Akhir sekali, ana syorkan supaya syarikat menerokai bidang baru yang bersesuaian dengan keadaan dan permintaan tempatan, supaya syarikat menjadi relevan sepanjang masa. Terima kasih.”
“Sebelum ana menutup menyuarat minta Pengurus HRM, Tuan Haji Mumammad untuk mengumumkan pemenang “Pekerja Terbaik” untuk bulan Mac.”
“Terima kasih Cik Nur Atiqah. Setelah meneliti laporan-laporan yang saya terima saya ingin mengumumkan “Pekerja Terbaik” untuk bulan Mac ialah Encik Kamal Zainuddin dari bahagian maintenance. Beliau diberikan penghargaan ini dua bulan berturut-turut. Teima kasih.”
“Kalau ada bantahan sila kemukakan terus pada ana. Tarikh akhir buat bantahan ialah hari Jumaat minggu ini. Kalau tak ada apa-apa lagi saya tutup mesyuarat Lembaga Pengarah syarikat.” Pertemuan berakhir dengan makan tengahari.
Posted at 07:25 am by ismad